Avatar The Way of Water [2022]

Disember 25, 2022

 

Avatar The Way of Water
SUMBER FOTO : WDW News Today



Genre : 


Action, Adventure, Fantasi, Science Fiction


Pelakon : 

Sam Worthington [Jake Sully], Zoe Saldana [Neytiri], Sigourney Weaver [Kiri],  Jamie Flatters [Neteyam], Stephen Long [Kolonel Miles Quaritch], Britain Dalton [Lo'ak], Kate Winslet [Ronal], Cliff Curtis [Tonowari], Triniti Jo-Li Bliss [Tuk], Bailey Bass [Tsiriya]


Pengarah : 

James Cameron


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


13 tahun tunggu filem Avatar ni keluar panggung. Akhirnya! Keluar juga. Kalau korang nak tahu, filem Avatar The Way of Water terbitan Walt Disney Pictures ni mula ditayangkan pada 13 Disember 2022 & ia merupakan sekuel filem Avatar yang telah diterbitkan pada tahun 2009.

 

Filem yang menelan belanja RM1.5 bilion ni memang sangat colorful & penuh dengan imaginasi. Kemudian disuntik pula dengan elemen aksi & kekeluargaan. Sekaligus menjadikan filem ni bertambah menarik. Tak banyak plot twist & senang nak digest jalan ceritanya. Teknik CGI yang digunakan jangan cakaplah. Memang luar biasa! – Menyesal pula tak tengok versi IMAX 3D 😂.



Colonel Miles hidup lagi rupanya!

 

Di dalam filem Avatar The Way of Water kali ini, Jake Sully bersama keluarganya hidup dalam pelarian disebabkan niat jahat orang langit yang ingin menakluk Pandora & dendam Colonel Miles. Kalau ikutkan, Colonel Miles ni dah mati dah sebenarnya dalam filem Avatar yang lepas. Tapi, dia dihidupkan kembali dengan sisa memorinya yang ada ke dalam klon Na'vi-nya 😑.

 

Avatar The Way of Water
Ketua puak Metkayina, Tonowari.

 

Demi menyelamatkan isteri & anak-anaknya dari menjadi buruan orang langit & Colonel Miles. Jake Sully sanggup melepaskan jawatannya sebagai ketua puak Omaticaya & gelaran Toruk Makto yang dipegangnya selama hari ni kepada orang lain. Kemudian membawa dirinya bersama keluarga menyembunyikan diri jauh ke Selatan Pandora untuk meminta perlindungan dari puak Metkayina.



Pada awalnya Jake Sully & keluarga tidak diterima baik oleh puak tersebut. Tapi, atas dasar ehsan & rasa hormat Tonowari kepada Jake Sully. Dia membenarkannya untuk tinggal bersama puak Metkayina. Dengan syarat, Jake Sully & keluarga belajar beradaptasi dengan suasana & cara hidup puaknya. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang kena tengok sendiri filemnya di pawagam yang berdekatan dengan korang. Tak syoklah spill the tea dekat sini 😁.

 

Avatar The Way of Water
Part yang ini memang sedih. Berair air mata tengok tau 😔.


Pada Syu, ianya satu penantian yang sangat berbaloi. Sebab jalan cerita filem Avatar kali ni memang epik & luar biasa. Penuh aksi, fantasi & sedikit sebanyak ada bermain dengan emosi juga sebenarnya. Meleleh jugalah air mata Syu tengok scene yang penghabisan tu. Tak sia-sia tunggu bertahun-tahun filem terbitan James Cameron ni 😁. 

 

Walaupun ada sedikit plot hole dalam filem Avatar The Way of Water ni. Tapi Syu abaikan saja. Sebab pada Syu, James Cameron & krewnya dah letakkan effort yang sangat tinggi pada sekuel Avatar kali ini. Bukan mudah ya nak buat filem yang macam ni. Syu sendiri pun tak ada kegigihan & bakat macam James Cameron. Next, kita tunggu filem Alita pula. Filem ni pun antara filem yang Syu tunggu-tunggu juga sebenarnya.

Comments

  1. Baru bawa Aqil tengok Sabtu lepas memang cantek gambar dia. ;) Deme dah jadi mak apak sedikit emo ibu bila anak sulungnya mati. Tak sedar ibu menangis. Sobsssss! Jiwa emak emak sungguh lahai.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan? Penuh aksi & fantasi.
      Syu pun nangis tengok sekuel filem Avatar ni 😭. Sebak sangat bila Neteyam mati.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!