Posts with the label Kedai Makan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan. Papar semua catatan

September 08, 2026

Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside

Alang-alang dah ambil mak balik Pusing, esoknya Syu decided bawa mak pergi jalan-jalan cuci mata kat pasar karat Ipoh (Memory Lane). Sebelum ke Pasar Karat, pagi tu kitaorang singgahlah breakfast kejap kat Restoran KOSISWA Riverside Ipoh. Bila dah breakfast kurang sikit rambang mata nak berbeli nanti!😁

Restoran Kosiswa Riverside
Di mana kakak & mak. Di situ adanya Sarah! Kih3 😁.

 

Actually, dah lama Syu teringin nak breakfast kat KOSISWA ni. Baru ini ada kelapangan nak singgah. Tengok dekat TikTok macam meriah menu-menu yang ada kat sini. That's why kita usahakan juga jejakkan kaki.

 

Kalau korang nak tahu, KOSISWA ni start beroperasi dari jam 7 pagi sampailah ke jam 3 petang. Lokasi kedai betul-betul kat belakang UTC Ipoh. Yang menariknya ada macam-macam menu masakan kampung korang boleh pilih kat sini. Dari breakfast sampailah ke makan tengahari.

 

Nak datang makan kat sini sebaiknya kena datang awal. Sebab port ni selalu ramai orang datang singgah. Parking space, sejujurnya tak ada disediakan. Tapi, korang boleh jer park surrounding UTC Ipoh tu. But make sure parking dalam petak yang disediakan. Kalau tak nanti MBI saman!

 

Restoran Kosiswa Riverside
Nak makan cedok kena sendiri tau. Setel ambil makan, duduk jer kat meja diam-diam. Nanti ada pelayan datang kirakan 😚.

 

Port wajib breakfast Ipoh
Nak duduk makan kat dalam boleh. Nak duduk kat pangkin luar ni pun boleh.

 

Restoran Kosiswa Riverside
Sebab apa nama kedai ni Restoran Kosiswa Riverside? Inilah dia sebabnya.


Overall, lepak breakfast kat KOSISWA ni memang best! Bukan setakat makan sedap & banyak pilihan makanan. Tempatnya pun selesa & santai. Redup. Kiri kanan hijau. Rasa tenang jer bila datang mengeteh. Lepas ni, port ni memang akan jadi port wajib Syu breakfast bila datang pekan Ipoh! 


Masyaallah...Penuh meja! 😂


Setel isi tangki kat sini! Jom, kita ke Pasar Karat pulak cuci mata.




Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside

September 08, 2026

Julai 16, 2025

Nasi Ayam Taugeh Ipoh Paling Sedap & Portion Banyak

Kemarin Syu puasa. Cadang nak masak lepas balik kerja sebenarnya. Tapi husband ajak kita makan kat luar pula 😂. Cari punya cari, jumpalah satu kedai nasi ayam kat pekan Ipoh ni. Nama kedai tu Restoran Masakan Yan - Ramai review kat Google kata nasi ayam kat sini sedap. Kedainya kecil jer. Sebaris Deen CT Corner Cendol. Seberang jalan food court TKK.


Nasi Ayam
Order lebih pasal tengah craving sangat nak makan nasi ayam 😁.


Kitaorang laki bini order nasi ayam taugeh tambah ayam lebih dua set & satu set nasi ayam biasa untuk si Sarah - Biasa ada timun jer tak ada letak taugeh. Kat sini ada 3 pilihan ayam untuk nasi ayam. Ayam panggang, ayam hainan (stim) & ayam berempah. Paling Syu suka dia punya ayam panggang. Ayamnya lembut & juicy - Cuma ayam stimnya kureng sikit. Rasa kosong sangat. Portion nasi ayamnya banyak juga. Sepinggan makan memang kenyang. Taugeh tak kedekut. Memang selambak dia bubuh.

 

Total makan sini semalam RM48 (Termasuk harga air) - Korang rasa okay ke tak okay harga macam ni? Kalau makan dekat Chicken Rice Shop silap-silap harganya lagi lebih rasanya. Nak-nak yang order tu makan macam gajah 😂. Overall, nasi ayam kat kedai ni memang super duper sedap - Ni sedap pada tekak Syu ya. Tekak orang lain Syu tak pasti.


Nasi Ayam Taugeh Sedap Di Ipoh
Sedap nasi ayamnya. Portion banyak. Paling suka dia punya ayam panggang. Dapat ratah macam tu saja pun dah sedap 😋.


Portion banyak. Cukup pedas. Cukup masin manisnya. Kedai bersih. Layanan owner & pekerja pun sangat mesra. Kalau nak tahu kedai ni beroperasi dari pukul 12.30 tengahari sampai pukul 10 malam sahaja. Datang Ipoh, korang try lah singgah makan nasi ayam kat sini. Confirm tak mengecewakan. So, nak datang makan sini lagi tak next time?? Of course!! Syu akan repeat makan nasi ayam kat sini lagi & lagi macam Syu repeat makan kat Cafe Bajet Kiut hari tu tau 😋. 

Nasi Ayam Taugeh Ipoh Paling Sedap & Portion Banyak

Julai 16, 2025