Mac 22, 2021

Lama Tak Perkena Mr.Steak House!!

Lama betul tak makan Mr.Steak House di Kompleks Mutiara Pernama ni. Rasanya ada lah dekat 4 tahun tak datang ke sini. Dedulu, sinilah tempat kitaorang laki bini ber-dating makan-makan. Last makan dekat sini dulu tahun 2017 kalau tak silap Syu. Masa tu kami berdua masih lagi memegang status tunangan orang 😁. Kiranya kalau lapar, ni la port dating Syu ngan husband masa tu. Asal gaji jer ke sini la jawabnyer. Bukan pergi wayang ke karaoke ke...tapi pergi makan!!πŸ˜†



Memandangkan mood nak memasak hari ni macam agak ke laut sikit, jadi setelah membuat perhitungan dengan encik suami maka dengan rasminya, hari ni gantung periuk kuali satu hari lagi!! Yakyakyeh!!😁. Hari-hari asyik makan makanan homecooked saja lama-lama jemu juga. Ye dak? Tambah-tambah kita yang jadi tukang masak. Kadang tu sampai dah tak tau nak masak apa. Buntu idea nak memikir hari-hari πŸ˜‚.


Mr.Steak House Ipoh
Yang Syu order ni Chicken Marryland nama dia. 


SEDAP & PORSI BANYAK | Kalau korang nak tau, Chicken Marryland ni memang menu favourite Syu di Mr.Steak House ni. Tekstur ayamnya ranggup di luar & juicy di dalam. Last time masa datang sini pun memang menu ni jugak yang Syu order. Tapi kan, makanannya kali ni macam ada perbezaan sikitlah jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni. Mungkin cara plating dia agaknya. Tak pun sosnya ada kurang sikit πŸ˜—?


Yang ini korang kena bagi masa Syu godek gambar lama kejap πŸ˜‚!! Ada. Syu pernah ambil tau gambarnya. Korang jangan ingat tak ade ya. Walaupun Syu makan Chicken Marryland ni tahun 2017, tapi gambarnya masih ada Syu simpan dalam handphone. Cuma nak kena korek balik tu lah makan masa sikit. Nanti kalau jumpa Syu letak di penghujung entri πŸ˜‰.


Mr.Steak House Ipoh
Muka ada sinyum yer tuan-tuan & puan-puan!!Actually, yang tukang amik gambar ni pon senyum jugak sebenarnya sebab tak payah masak!!πŸ˜†


Kalau dekat steak house yang lain jujur lah Syu cakap ya. Portion-nya sikit yakhamat. Macam semalam Syu pergi makan kat satu kedai ni, memang sikit gila portion steak-nya & sangat tak berbaloi dengan harga. Itu pasal hari ini Syu & encik suami menyinggah makan ke Mr.Steak House ni pula. Semua gara-gara tak puas makan Western Food dekat satu kedai ni semalam (Tak nak mention nama kedai. Nanti melingkup kedai kawan tu 😌).


Mr.Steak House Ipoh
Steak combo ni husband Syu punya. Yang ini pun sedap juga πŸ˜‹.


ADA PILIHAN LAIN | Untuk pengetahuan korang, dekat Kompleks Mutiara Pernama ni ada jugak kedai-kedai lain tau korang. Fat Boy Kitchen & Warung Makan Ipoh pun kat sini jugak diorang punya lokasi. Misal kata korang tak nak makan makanan Western, korang boleh pilih menu dari dua kedai ni untuk pilihan makan malam korang.



Macam Fat Boy, menunyer lebih kepada fast food seperti burger, meatball, spagetti & onion ring ni. Warung Makan Ipoh pulak lebih kepada masakan ala-ala kampung gitu. Jadi, korang ada pilihan lain sekiranya korang tak nak makan makan dari Mr.Steak House ni. Kalau korang datang Ipoh, korang wajib datang makan dekat kedai-kedai ni okay!! Menu sedap-sedap & harga pun boleh dikatakan berpatutan juga.


Mr.Steak House Ipoh
Set onion rings memang terbaiklah korangπŸ‘.


CHICKEN MARRRYLAND 2017 | Hah!! Jumpa pon gambarnya. Memang betul lah. Cara plating & sos dia ada berubah sikit. Tapi tak mengapa, harga dia masih lagi berpatutan & berbaloi jika dibandingkan dengan steak house lain yang Syu pernah makan. 


Mr.Steak House Ipoh
Chicken Marryland & Steak Combo yang Syu makan masa tahun 2017 hari tu 😁.

Februari 21, 2021

Mini Backyard Garden Project Start!!

Sejak terjebak dengan group berkebun dekat Facebook (FB) hari tu, kat otak ni macam-macam idea datang. Tangan ni pulak gatal jer nak berbeli barang gardening kat SHOPEEπŸ˜‚. Kena plak ada SALE time tu, lagi lah meriah berbeliπŸ’Έ. Dalam cart pon ade lagi yang tengah que. Cukup bulan gaji, sraaaaapppppp.....sedas,ha3!!

Kalau korang nak tau untuk segmen Gardening Diary Syu kali ni Syu plan nak buat satu mini garden & Syu namakan Mini Backyard Garden Project atau ringkasannya MBGP. So, next time kalau korang ada ternampak posting Syu pasal MBGP ni tak payah pening-pening nak pikir apa benda dah.


Kemarin Syu ada beli tanah. Siap dah masuk polibag!! Hari ni pulak, biji benih yang Syu beli dekat SHOPEE dah selamat mendarat. Ni baru biji benih jer tau. Actually, ade lagi barang yang Syu order belum sampai. Baja AB, baja kopi, trellis net, polybag, pasu, anak pokok, tanah... Eh,bnyak la lagi!!

Barang SHOPEE Syu ni sebelum nak rentas ke backyard mesti kene inspection dulu dengan husband. Kadang tu kan, packaging yang sampai besar-besar belaka. Stress plak rase. Bukan ape, sebab kewujudannya obvious sangat. Bila nak nyorok tu confirm-confirm lah tak dapat. Nak tak nak, menjawab jelah bila kena siasat. Bila kata beli barang berkebun ke...pokok ke...husband dah redha dah dengar jawapan Syu. Tapi takpelah...bukan guna duit dia pon😝.

Vegetables seeds


Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!πŸ˜†. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jerπŸ˜‚.


Recycled germination tray
Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!!
(Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu
πŸ˜…) 

Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!πŸ˜†


Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.


Backyard garden
Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation🌱. 

πŸ˜‚Haaaa.....Ni lah backyard Syu. Sadis giler kalau korang tengok!! Memandangkan Syu dah bosan menghadap air plants Syu, Kali ni Syu nak spent mase sikit kat backyard Syu ni untuk dijadikan mini garden. Bukan garden bunga hokey,tapi garden sayor!! Bukan apa, at least la kan...kendian hari ade jugak hasil Syu boleh tuai untuk buat pemakan. Lagi satu tak payah Syu nak berbeli sayur dah. Nak makan petik jer kat belakang rumah. kalau ade lebih, sambil-sambil tu boleh share-share sesama jiran. Okay dah, jom kita sambung berkebun!!🌱

Februari 20, 2021

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!

Air plants


Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagiπŸ˜‚. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!! Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.



Maka dengan ini, bertambah lah lagi rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama berterbangan jugak lah duit-duit Syu kat RAZINA AIRPLANT πŸ˜…. Lepas ni kena cari & buat rumah diorang pula. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah, rumah tak bertambah??Ha3!! πŸ˜‚


T. Streptophylla
T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah πŸ˜ŠπŸ’•.

T. Streptophylla
Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!! πŸ˜

T.Ionantha Silver
T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah.

T. Pseudobaileyi
T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae.

T. Pseudobaileyi
Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting.

Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni - POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!! atau korang boleh klik pada link dibawah untuk terus membeli di Shopee. Baca juga TIPS PENJAGAAN yang Syu dah kongsi pada entri Syu sebelum ni supaya korang tahu macam mana nak jaga pokok-pokok udara ni πŸ˜ŠπŸ’•.

Disember 01, 2020

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya POKOK UDARA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Tillandsia spp.  Kalau nak tahu, pokok ni tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.



Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepas tu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak. Tambah-tambah kalau jenis hybrid & rare species. Kadang boleh cecah ribu-ribu jugak seketul kecil macam ni πŸ˜…. Macam Syu, Syu tak mampulah. Koleksi yang sedia ada ni pun koyak poket nak berbeli πŸ’ΈπŸ€‘.


T.bulbosa


Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Ada bermacam-macam spesis korang boleh beli. Tapi, kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!



Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua matiπŸ˜”. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!


T.ionantha druid

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa πŸ˜†!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni. Harga pun busuk-busuk boleh lagi dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 



Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 

πŸ’• Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
πŸ’• Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon tak apa!!)
πŸ’• Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
πŸ’• Pesticide & insecticide : Bila perlu
πŸ’• Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer


T.ionantha stricta


πŸ˜‚So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu dibuatnya. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi?? Inilah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Tak payah tanah & baja segala. Siram pun seminggu sekali jer. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi, maka sure tak dedahkan pokok-pokok udara ni dengan direct sunlight okey!! Takut pokok-pokok tu mati nanti πŸ˜‰πŸ’•.