April 12, 2021

Pengumuman Puasa 2021


Sapa tak kenal ayahanda ni sila ketuk ketampi 10x. Biashe tu!! Boleh plak tak kenal. Babap baru tau πŸ˜‚. Kalau nak tau ayahanda ni tiap-tiap tahun muncul tau. Mana yang tak kenal tu meh Syu nak bagitau. Ayahanda ni nama dia Tan Sri Syed Daniel (TSSD), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bila esoknya nak Ramadhan, mesti ayahanda ni akan muncul buat annoucement yang esoknya PUASA!! Time nak dekat raya pon sama tau. Takde dia buat pengumuman, sampai ke sudah lah korang tak tau esoknya jadi puasa/raya. Jangan main-main.


Agak-agak korang la kan...macam mana penampilan uncle TSSD malam ni yer 😁. Last year, ayahanda buat announcement puasa takde duduk kat sofa macam sebelum-sebelum ni. Pastu pakaian pulak baju melayu lengkap bersongkok & bersongket tema color mint. 


Agak-agaknyer tahun ni tema color ape la pulak gamaknyer yer? Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan. Almaklum lah bukan selalu uncle TSSD muncul kat TV. Apa-apa pon, kita nantikan kemunculan uncle TSSD malam ni jam 8 malam menerusi saluran TV1 RTM & juga saluran-saluran TV yang lain.

April 08, 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Korang! Syu nak bagitahu ni. Design Sampul Raya Hipster 2021 dari Azhafizah.com dah keluar tau! Cantik-cantik semua designnya kali ni. Kalau korang pergi dekat FB page Blog Si Hati Merah Jambu, korang boleh tengok ada macam-macam lagi design sampul raya hipster dari Azhafizah.com ni. Harga dia sememangnya harga mampu milik. Actually, diorang ni dah lama dah buat sampul raya hipster ni. Since 2010 lagi  tau. 


Sampul raya
Syu memang in love sangat dengan design sampul ni. Cantik & sejuk mata memandang. Ni silap-silap nak bagi orang pon sayang πŸ˜‚. 

Bila sentuh bab sampul raya ni kan...rasanya Syu pun dah lama tak berbeli sampul duit raya since pandemik ni berleluasa πŸ˜‚. Bukan apa, sebab balance sampul raya yang lepas-lepas pon Syu belum habis guna lagi. Almaklumlah, family Syu dengan husband tak ada lah besar mana pon. Anak buah pulak tak berapa nak ramai. Tambah-tambah pulak raya tahun lepas ramai yang tak dapat balik berkumpul. So,penggunaan sampul raya tu agak terhad la kat situ. Jadi tak hairan lah kalau stok sampul raya Syu boleh bertahan sampai bertahun-tahun lamanya πŸ˜…. 

Design yang ini pon boleh tahan jugak. Simple but nice!!

Tapi, misal kata la kan Syu ada sampul raya yang designnya cantik-cantik macam Azhafizah.com ni, gerenti Syu sayang nak bagi kat orangπŸ˜…. Silap-silap Syu guna untuk jadikan decoration kat dinding. Bukan apa, sayang!! Sebab terlampau cantik sangat nak bagi kat orang. Tambah-tambah yang fully handmade by soul macam ni. Halah3!!

Yang ni rekaan yang paling minimalist & designnya tak telampau fancy sangat.

Masa zaman 80-an & 90-an dulu-dulu, nak beli lampu kelip-kelip tu mahal tau. So, alternatif lain untuk menceriakan lagi rumah adalah dengan menampal sampul raya & kad raya dekat dinding.Mana-mana kad raya yang dapat dari kawan-kawan tu semua tampal kat dinding, sampul raya yang cantik-cantik tu pun sama jugak. 


Bila buat macam tu baru la nampak ceria sikit rumah. Kalau nak tau, selain bagi duit raya, aktiviti tampal kad raya & sampul raya dekat dinding ni pon salah satu tradisi jugak tau masa celebrate Hari Raya Aidilfitri masa zaman 80-an & 90-an duluπŸ˜‰. Tapi sekarang ni zaman 20-an, Syu rase memang tak ada dah main tampal-tampal sampul & kad raya kat dinding ni lagi kan....

πŸ‘†Klik banner untuk join.

Okey. Sambil-sambil korang tengok-tengok design sampul tu. Masih belum terlambat jugak untuk korang join give away (GA) sampul raya dari Azhafizah.com. ni. Cubalah!! Mana la tau kan, korang bernasib baik menang sampul raya yang cantik-cantik ni. Kalau menang GA ni dah tak payah korang  berbeli sampul raya lagi kan?? 


Syu harap raya tahun ni adalah peluang & sinar untuk kita berkumpul satu family seperti sediakala. Bukan apa...bagi Syu, kehadiran pandemik ni memang sangat-sangat menjejaskan hubungan & interaksi sesama keluarga.

Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC)

Air kopi yang sedap, pekat likat yang dibuat khas dari biji kopi premium. Memang sesuai buat penggemar-pengemar kopi πŸ˜‹ 

Malam ni Syu bawakan khusus buat penggemar-penggemar kopi espresso premium dari Espresso Street Coffee(ESC) Ipoh yang rase dia sememangnyer sedap, pekat, likat, melekat, terangkat!! Sekali cuba mesti terpikat!! Gittew πŸ˜‹!! ESC ni kalau korang nak tau baru sahaja beroperasi pada bulan Februari yang lalu & gerainya terletak di jalan Sci 1/2 Sunway City, Ipoh. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke FB page diorang Espresso Street Coffee.



Terus terang Syu cakap, once korang cuba kopi espresso dari ESC ni gerenti korang akan jatuh cinta. Sebab apa? Dia punya rasa tu masyaallah... memang setanding jenama-jenama coffee drinks yang mahal-mahal yang ada kat Malaysia ni. Cuma konsepnya adalah "Street Coffee" atau "Kopi Jalanan". Siapa sangka kan... Kopi espresso premium macam ni boleh ada di jual di jalanan. Siap ada coffee machine & coffee grinder bagai. 


Dari segi penyediaan dia kalau korang tengok la kan, fuhhh...memang style ala-ala cafe & coffee shop. Tapi, portnya adalah tepi jalan.


Actually, kalau ikutkan ramai yang tak tahu akan kemunculan ESC ni. Tapi sejak diviralkan oleh youtuber Azfar Badrul(AB), alhamdulillah...makin maju bisnes brother ni. Dua kali Syu cuba pergi tak dapat nak beli sebab sold out gara-gara penangan viral AB. Akhirnya, buat kali ketiga baru lah Syu dapat merasa. Jujur Syu cakap, memang sedap kopinya. Memang sangat rugi kalau korang tak cuba.



Kalau korang nak tau lebih pasal penceritaan kopi brother ni, korang boleh tengok Channel AB ni. Walaupun statusnya adalah "kopi jalanan", tapi standard & kualiti penyediaan memang brother ni jaga dari A  sampai Z tau. Coffee powder yang brother ni guna memang di grind fresh dari biji kopi yang dibeli khas dari supplier biji kopi dari Gerik. 



Serbuk kopi yang brother ni guna berasal dari biji kopi premium yang di kisar menggunakan mesin khas. Hasil dari serbuk kopi tu dia ekstrak sekali jer tau. Once, dapat dia punya pati (espresso) hampasnya tu terus dia buang. Takde recycle guna banyak kali. Salah satu sebabnya adalah untuk bagi korang rasa kopi espresso yang betul-betul umph!!


Serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam cup & akan diekstrak patinya menggunakan espresso machine bagi mendapatkan espresso.


Harga kopi espresso yang sememangnyer mampu beli!! 


Macchiato & Signature ESC πŸ˜‹. 


So, kalau korang turun Sunway City Ipoh, korang WAJIB CUBA kopi espresso brother ni. Tempat dia meniaga betul-betul depan Lite Cafe 101. Sambil-sambil korang berbeli tu secara tak langsung korang dah support & membantu bisnes abang ni jugak. Lagi satu, korang juga jangan lupa support & subscribe channel brother Azfar Badrul(AB) kita di Azfar Badrul Channel. Next entry sekiranya ada kelapangan Syu akan buat entri pasal AB Channel ni pulak okay.

Mac 31, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Dalam diam-diam, sedar tak sedar esok dah masok bulan April yer kengkawan. Bulan Ramadhan pon lagi beberapa hari jer lagi. Syu rase tahun 2021 ni macam cepat pulak mase berjalan. Serius korang. Ramadhan tahun ni memang Syu tak prepare ape pun lagi. Sebab terlampau busy dengan kerja & Mini Backyard Garden Project(BGP) SyuπŸ˜‚. Kalau macam tahun lepas ade la jugak Syu beli kurma & restock segala barang dapor. Almaklom lah...mase tu kan Ramadhan nyer time PKP. So ape lagi...bila keluar berbeli barang tu sekali harung jelah, takde nak repeat-repeat pegi shopping mall dah sebab malas nak beratur panjang punya pasal😎.



Sejujurnye la kan....untuk Ramadhan & Syawal tahun 2021 ni...Syu just nak buat ala kadar jer. Sahur lauk ala kadar, berbuka pun sama. Bukan ape, at least time Ramadhan ni boleh lah Syu vanishkan spare part lemak yang semakin hari semakin bertingkek-tingkek niπŸ˜‚. Pastu lebihan duit barang dapur tu boleh lah Syu sedekahkan ke surau sikit untuk diorang buat moreh. Bulan puase kan makannyer kurang, so mesti ade lebihan sikit kat situ. 



Raya pulak just celebrate biashe-biashe, xde nak jahit baju langsir bagai macam tahun-tahun sudah. Letih nau!! Ha3!!πŸ˜… Tahun ni baju semua beli kat Shopee, kuih pon Shopee, lampu liplap-liplap & kasut raya pon Shopee, pokoknyer semua tunjuk-tunjuk kat Shopee lah senang cite!! Search, add to cart zazzzzz....senang kerojer!! Murah pun murah!!😁


GA Contest

Okay-okay, actually, kalau korang nak tau, entri Syu kali ni ade kene mengena dengan satu giveaway (GA) ni tau. Since Syu ade freetime, so masih belom terlambat untuk Syu cuba join. Untuk pengetahuan korang, dalam Syu sibuk-sibuk menambah rakan blog. Secara tak sengaja Syu ternampak satu posting dari Sis Suraya pasal GA raya dari blog Sis Shida. Jadi, rase terpanggil lah jugak untuk cuba join buat pertama kali dalam sejarah Syu berbloger πŸ˜…. 



Tak kisahlah menang atau pun tidak, Syu cuma sekadar nak menyahut seruan rakan-rakan Bloger yang sememangnyer kreatif dalam usaha diorang untuk memeriahkan blog-blog diorang. Mana tau esok lusa Syu pula buat GA untuk korang join😜. Siapa tahu ye dak? Kepada kawan-kawan yang nak join GA ni, korang boleh klik banner dekat atas.



Korang cubalah!! Mana tahu rezeki menyebelahi korang. Sis Farah & Sis Syazwani jom join GA Raya ni, Syu tengok hadiah GA nyer pon boleh tahan πŸ˜†. Bukan kaleng-kaleng. For those yang join GA Raya ni, all the best & selamat menjalani ibadah puasa Syu ucapkan πŸ˜˜πŸ’•. Semoga Ramadhan kita semua tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Dirahmati, diberkati serta dipermudahkan segala urusan.