Jun 07, 2021

Pulihkan Semula Kulit Guna Produk Penjagaan Kulit Lelaki


Hari ni Allah tarik sekejap nikmat kesihatan Syu. Start dari malam tadi badan tak berapa nak sihat. Dengan selemanya lepas tu dengan senggugut lagi. Memang kalahlah jawabnyer. Bila dok fikir-fikir balik lama jugak sebenarnya Syu tak kena selesema . Tapi bila kena tu siap dapat package combo lah pulak 😂. Ingatkan siang tadi nak sharelah sikit pasal pengalaman masalah kulit Syu dengan korang. Tapi disebabkan Syu dah makan ubat, maka mata ni dia punya mengantuk tu memang tak boleh bincang 😅. Yang Syu sempat buat just post thumbnails ni jer. 


Start dari tengahari tadi memang membuta jer tak ingat dunia. Memang tak sedar langsung. Kuat betul ubat selesema yang Syu makan tu 😁. Malam ni alhamdulillah. Dah start recover balik. Malam-malam macam ni baru dapat luangkan masa nak berblogger. Harap korang sudilah nak membaca. By the way, berbalik kepada tajuk cerita. Apa yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sendiri sebenarnya. Memang betul Syu dah tak pakai produk penjagaan kulit orang perempuan. Terutamanya pencuci muka. Start Syu lepas habis belajar memang Syu tukar terus pencuci muka, tu pun lepas accidentally terpakai pencuci muka adik lelaki Syu. Brand Garnier kalau tak silap Syu. Kulit Syu ni kalau korang nak tahu memang jenis berminyak & senang breakouts.


Last time Syu pakai yang AcneFight. Sekarang Syu pakai Turbolight Oil Control.

Masa Syu Diploma dulu jangan cakaplah. Kulit tu memang disaster sangat-sangat. Tambah pulak ambik course plantation masa tu, memang hari-harilah kulit terdedah dekat matahari. Dengan kena sunburn lepas tu siap lengkap dengan package jerawat lagi 😢. Memang sadislah. Dia punya jerawat tu bukan kaleng-kaleng tau. Siap bernanah-nanah bagai. Syu sampai siap pergi jumpa specialist kulitlah masa tu. Tapi still tak ada kesan. Jadi makin teruk adalah. Bila muka jadi hodoh macam tu, Syu nak bergaul dengan kawan pun Syu segan. Tu pasal masa zaman belajar, Syu memang tak pernah ada  "marka" 😂. Mungkin sebab marka pun tak berani nak pandang Syu agaknya.


Sekarang ni alhamdulillah. Muka Syu memang dah tak macam muka orang pecah rumah dah. Tu pun lepas tukar ke pencuci muka orang lelaki. Nak kata pelowles sangat tu tak lah. Tapi, kesan periuk api tu masih jugaklah boleh nampak 😁. Actually, banyak jugak Syu spent duit beli produk penjagaan kulit tapi semuanya tak berkesan. Even produk mahal pun sama. Tetap tak jalan. Pada Syu, pencuci muka wanita ni dia agak mild sikit untuk Syu. So kesan dia tu macam tak berapa sangat. Atau mungkin kulit Syu bukan kulit orang pompuan agaknya 😂. Tu yang tak sesuai tu. 


Sekarang pakai yang ni 😁.


Kalau korang perasan kan, produk penjagaan kulit lelaki jarang ada toner, serum segala mak nenek bagai. Kita yang perempuan ni jer yang renyah ada macam-macam produk & step penjagaan kulit. Lepas cuci muka nak kena pakai tonerlah serumlah apelah. Tu belum campur make up lagi 😂. Produk penjagaan kulit orang lelaki jugak yang senang & simple. Even macam suami Syu, dia just pakai pencuci muka jer. Tak ada nak tepek toner ke apa ke lepas cuci muka 😂. Kat sini Syu nak ingatkan, pada yang muka dah sedia-sedia baby face & serasi dengan produk penjagaan wanita tu korang jangan cuba-cuba ikut pulak apa yang Syu buat ni. Nanti jenuh Syu nak menjawab. Sebab apa yang Syu share ni adalah berdasarkan pengalaman & jenis kulit Syu yang memang tak boleh masuk dengan produk penjagaan kulit wanita 😁. Kalau nak ikut jugak, ianya atas risiko korang sendiri okay!! 😉

Jun 06, 2021

Blog Review & Kad Raya Virtual Dari AO


Bukan nak cakap apalah. Tapi memang cekap betul si budak AO ni buat kerja 😂. Entah kurun bila dia screenshot blog lama Syu pun Syu tak tahu. By the way, many thanks to AO sebab sudi review blog Syu yang tak seberapa ni. Almaklumlah, baru nak start berjinak-jinak balek dalam dunia blogger ni. Bukan senang nak arrange balek blog yang sedia-sedia caca merba ni😂. Ni pun kira bernasib baik dapat merasa tukar baju blog. Tu pun lepas menang tempat ke-3 dalam blog contest AO. Kalau tak menang mungkin kena pakai duit sendirilah beli baju blog 😁. Sekurang-kurangnya bermanfaat jugak hadiah yang Syu menang dari AO tu kan. Ada jugak bukti kemenangan tu kan.


Bagus jugak sebenarnya tau kalau ada orang sudi review blog kita ni.  Tambah-tambah review percuma macam ni. Selalunya kalau kita nak suruh orang buat review ni, kita kena bayar tau 😂. Even bahan review tu kita yang punya. Pada Syu, segala pandangan blogger pada blog Syu memang Syu sangat-sangat hargai. Sekurang-kurangnya Syu boleh nampak & tahu kekurangan blog Syu dekat mana. Kadang-kadang kita sebagai blogger ni tak nampak dari point of view pembaca.  Mungkin ada sesetengah perkara tu kita terlepas pandang. So dengan adanya komen-komen & review membina macam ni, Syu dapat improvekan lagi blog Syu supaya disenangi & digemari kalangan blogger & pembaca. Kita bukanlah nak jadi blogger terkenal yang vavavom tu 😜. Cukup sekadar orang faham & gembira dengan hasil penulisan kita.


Last but not least, AO ada jugak selitkan kad raya virtual bertemakan Jama Masjid Delhi,India. Memang cantik!! Terima kasih tau AO. Tak dapat pergi India, dapat tengok gambar masjid pun jadilah kan 😁. Cepatlah habis lockdown & pandemik ni. Mendap sangat dah asyik duduk dekat rumah jer memanjang 😂. Kalau boleh, lepas hilang jer pandemik ni Syu nak pergi melancong macam biasa. Tak nak ada mask-mask semua bagai. Kalau boleh nak semuanya jadi normal balek. Boleh keluar jimba-jimba dengan kawan, lepak makan kat mamak. Tapi yang terpaling rindu...nak gembira-gembira bertepuk bertampar dengan family!!😢

Terima kasih jugak untuk kad raya virtual ni!!😘💕

Streaming Movie Dengan Harga Mampu Langgan!!

😁 Sejak lockdown ni kan, Syu hari-hari nampak abam Jularipin kita kat TV sibuk dok iklan pasal Disney+Hotstar. Even YTubers kat luar sana pun banyak bercerita pasal video streamer ni. Best sangat ke kan? Okay, pada yang belum tahu, Disney Hotstar ni merupakan salah satu platform penstriman video terbaru di Malaysia. Disney Hotstar ni kira macam kembar Netflix & Viu lah lebih kurang. Tapi pada harga yang sememangnya mampu langgan. Untuk pengetahuan korang, video streamer ni baru jer dilancarkan pada 1 June hari tu. Hari ni kira dah masuk hari ke enam pelancaran. Tak sampai seminggu pun lagi😂. Tu pasal kalau kat TV tu korang boleh tengok iklan diorang saja yang dok meletup-letup keluar 😂 . Benda baru kasi promote kaw-kaw la kan.

Tengoklah harga dia. Murah giler!! Busuk-busuk harga sebulan RM18.30 jer. Even mahal sikit RM1.30 berbanding Netflix, tapi di Netflix korang hanya boleh guna untuk dua jenis peranti jer iaitu handphone & tablet untuk akses masuk. Itu baru plan mobile jer tau. Kalau korang nak tengok guna TV korang kena upgrade & langgan ke plan yang lain, yang mana harga sebulan dia mungkin lebih kurang dengan harga langganan tiga bulan Disney+Hotstar 😂. 


Actually, Syu dah upload dah apps Disney Hotstar ni dekat phone. Tapi Syu masih belum langgan lagi 😁. Setakat ni Syu tengok apps dia macam senang jer nak guna. Even nak register pun takdelah renyah sangat macam nak register Netflix & Viu tu. Nak kena isi password bagai. Kita ni dahlah banyak password nak kena ingat. Kalau kat Disney+Hotstar ni senang. Nak sign up & log in, korang just perlu key-in phone number jer. Once korang dah submit, korang akan terima SMS notification berupa 4 digit kod untuk terus mengakses.

Pada yang dah langgan Disney+Hotstar ni korang bolehlah sharekan pengalaman korang dekat ruangan komen. At least, kita sama-sama boleh tahu okay ke tidak video streamer yang baru dilancarkan ni 😃. Syu pun akan cuba langgan & reviews pasal Disney+Hotstar dari semasa ke semasa. Syu pun nak tahu jugak sejauh mana hebatnya movie-movie dalam Disney+Hotstar ni. Agak-agak boleh challenge Netflix tak?Tunggu Syu punya review okay!!😉


Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing

Hari ni pokok-pokok Syu dekat depan rumah habis terbalik dikerjakan dek kucing liar. Geram betul!! Apa dibuat bertenggek dekat pasu tu pun tak tahu. Nak marah kucing tu pun tak boleh. Nama pun binatang, bukan tahu apa pun. Kita marahlah macam mana sekalipun esok mesti jadi lagi. Nak tak nak redha jelah. Walaupun semuanya jatuh dalam longkang, tapi masih lagi dapat diselamatkan 😢. Nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak memang tak jumpa dah pokok-pokok Syu tu 😅. Silap-silap boleh nangis tak berlagu dibuatnya.



Pada awalnya Syu gantung dekat pasu sebab tak nak bagi nampak kosong. Tapi bila dah jadi macam ni, Syu rasa lebih baik Syu gantung semua jer pokok-pokok Syu ni dekat besi awning. Lagi selamat. Tak adalah Syu terkilan pokok jatuh masuk longkang lagi 😂. Sedih tau kalau tengok pokok-pokok kita kena pedajai macam ni. Dah lah lama kita bela.


Masa ni pemberat & keychain ring tak jumpa. So, snap gambar barang ni jer dulu 😂.


Untuk buat penggantung airplants ni, apa yang korang kena ada cuma pokok korang, tali pancing, pemberat, keychain ring & gunting. Mula-mula, tali pancing tu korang kena sukat ikut ketinggian airplants dulu, then lipat empat kali [Nak lipat lebih pon boleh]. Make sure kesemua tali yang dilipat tu sama panjang tau. Kalau pokok airplants korang besar, korang boleh gandakan jumlah lipatan tali pancing korang. Disebabkan pokok Syu ni kecik, Syu just gandakan empat kali jer lipatan tali. Once korang dah lipat, korang boleh potong lebihan tali, then ikat bahagian atas & bawah dia jadi macam ni. 


Kedua-dua hujung tali diikat macam ni.


Tali yang korang dah ikat tadi tu korang boleh lah guna untuk letak airplants korang macam ni. Part nak letak ni korang memerlukan kegigihan sikit yer 😁. Setiap tali pancing tu korang kena selak & bukak satu-satu. Bila dah bukak korang selitlah airplants korang dekat tengah-tengah bukaan tali tu. Make sure tali tu korang selit celah-celah daun pokok airplants supaya tak mudah jatuh. 



Bila dah siap terletak korang boleh lah letak pemberat dekat bahagian hujung bawah tali tu. Tapi kalau korang nak sambung letak pokok lain korang boleh guna keychain ring sebagai connector. Then last sekali baru korang letak pemberat. Untuk pemberat, kalau ada batu ladung yang kecik tu memang helok sangat. Kalau suami atau adik korang kaki pancing, benda alah tu mesti ada punya. Kalau diorang kata tak ada memang pembohong besar!!😜


Bahagian bawah tali kena letak pemberat supaya pokok tak terbang kena tiup angin


Bila dah letak pemberat, tali pancing akan jadi tegang & pokok udara korang akan elok terletak.





TIPS JIMAT LEBIH RUANG MENGGANTUNG


Keychain ring tu fungsi dia sebagai connector jer. Nak sambung baru letak.

Untuk keychain ring tu, korang akan gunakan bila korang nak sambung letak pokok dekat bawah. Kira dalam satu gantungan tu akan ada pokok airplants yang lain. Bila buat macam ni, korang dapat jimatkan space untuk korang mengantung pokok 😁. 



Ruang yang lain tu korang bolehlah guna untuk gantung pokok lain pula. Orkid ke hoya ke kan. Tak adalah airplants jer sepanjang-panjang awning korang. Meluat & serabut jugak tengok kan. Macam tak ada varieti langsung 😂. Bila  korang  campur-campur gantung pokok barulah nampak meriah 😉.


Dah siap!! Atas tali tu korang gunalah dawai ke apa ke untuk gantung dekat awning korang 😉.