Jun 10, 2021

Garment Steamer Murah !!

Kalau nak tahu, inilah isi dalam kotak yang Syu guna buat bungkus kasut safety husband Syu tadi. Isi dalam dia Syu ambik, isi luar pula Syu recycle buat bungkus barang untuk proses RETURN/REFUND barang SHOPEE 😁. Nampak gayanya, dah berkurang satu kotak kosong dalam rumah ni. Lepas ni nak bungkus apa pulak ya 😃?



Sebut pasal bungkus membungkus. Hadiah contest raya Syu pun belum sempat packing & pos lagi 😂. Sebenarnya kalau korang nak tahu, Syu tengah tunggu satu lagi hadiah yang Syu pesan. Sampai sahaja barang tu nanti, baru Syu boleh proceed untuk bungkus hadiah korang. Mungkin esok lusa sampailah agaknya. Mohon bersabar ya pemenang-pemenang #RIANG RAYA Bersama SyuDeris 😉.


Air kena letak dalam tank kecik ni. Setiap kali habis kena refill. Dah refill just selit jer dekat tempat dia.

Berbalik pada garment steamer ni. Syu beli bukan apa, kadang-kadang kalau Syu pakai seterika biasa tu selalu sangat terlajak adjust suhu. Walaupun, Syu dah set suhu yang paling rendah pun tetap jadi perkara yang sama. Banyak kali jugaklah baju & tudung Syu melecur kena seterika. Kalau ikutkan, Syu dah ada dua seterika sebenarnya. Yang satu tu elok. Tak ada apa-apa masalah.


Cuma yang satu tu saja selalu lapar nak makan kain memanjang 😂. Nak kata barang murah pun tak. Brand pun kira boleh kata terkenal lah juga . Bila dah jadi macam tu, penyudahnya Syu mintak husband belikan garment steamer ni. Senang sikit kerja-kerja Syu nak menggosok baju. 


Kalau korang nak tahu, garment steamer ni harga asal dia cuma RM47 sahaja. Tapi disebabkan Syu tebus coins SHOPEE, jadi harganya ada susut sikit menjadi RM40 😁. Jimat dah RM7. Yang seronoknya pasal garment steamer ni, kepala plug dia ikut standard kepala plug Malaysia.


Bila nak pakai terus sahaja cucuk pada soket. Tak payah nak guna adapter segala untuk convert plug bagai. Satu set garment steamer ni, dia ada bagi 4 jenis kepala yang korang boleh tukar ikut keperluan. Misal kata, kalau korang nak pergi travel. Korang boleh sumbat semua garment set korang ni dalam beg uncang ni. Beg ni FOC (Free of charges) & memang disertakan sekali dalam kotak. 


Didatangkan sekali dengan drawstring bag ni. In case kalau nak pergi travel boleh angkut garment steamer ni sekali 😁.


By the way, untuk penggunaan biasa, korang boleh guna yang ada stainless steel plate tu. Kalau untuk bersihkan bulu-bulu pada baju pulak, korang boleh guna yang ada berus merah. Macam Syu yang ada bela kucing ni memang sesuai sangat pakai yang ni. Bila ada sisa bulu kucing melekat dekat baju, memang akan hilang bila pakai kepala garment steamer yang jenis macam ni.


Yang plate plastik tu pula korang boleh guna untuk tajamkan sendi-sendi baju kemeja & seluar. Dekat bahagian belakang tu ada satu klip. Bila nak pakai cuma klipkan sahaja dekat bahagian yang korang nak steam. Kepala garment steamer yang ada berus tu pulak gunanya untuk korang stim permukaan fabrik yang berbulu-bulu - Karpet & sejadah. Setakat ni Syu belum guna lagi yang itu, sebab dekat rumah Syu tak ada fabrik yang berbulu-bulu 😃.


Ni full set garment steamer. Kepala dia boleh tukar-tukar & setiap fungsi dia tak sama.


Memang tak dinafikan harga garment steamer ni lagi murah jika dibandingkan dengan brand-brand garment steamer yang sedia ada kat luar sana nun. Tapi pada Syu, kalau beli yang  murah pun okay jugak what? 😁. Kadang-kadang beli yang mahal pun tetap jugak ada problem. Tak sampai beberapa bulan pakai dah start buat masalah. Lepas tu bila hantar service center, makan masa pulak tu nak kena tunggu repair.


Lagi baik beli yang murah, at least bila rosak takdelah rasa ralat sangat. Kalau rosak tak payah pening-pening kepala, tong sampah ada. 😆 Kita lemporkan ajer!! Setakat ni, semua fabrik yang Syu gosok guna garment steamer ni memang hasil dia sangat helok. Kedut dekat pakaian pun memang definitely hilang. Walaupun saiz dia nampak kecik. Tapi dia punya wap kemain panas. Kat sini bila korang pakai, memang korang kena hati-hati sikit okay!!


Ni lah hasil lepas guna garment steamer ni. Bolehlahkan...Kira kuat jugaklah wap dia untuk hilangkan kedut.

Jun 09, 2021

Guna Semula Plastik Wrap & Kotak Parcel Untuk Return Barang Defect Shopee

Seminggu sebelum lockdown, husband Syu ada submit order dekat SHOPEE. Syu dapat tahu pun lepas received parcel Selasa minggu lepas. Actually, kasut safety yang husband Syu pakai pergi kerja dah tak berapa elok. So, dia belilah baru dekat SHOPEE. Seller dari Indonesia. Tapi yang terkilannya kasut yang sampai banyak gila defect. Dengan koyak lepas tu kulit kasut berkedut-kedut menggerekot macam kesan melecur. Memang tak syoklah kan. Dahlah, harga pun boleh tahan jugak. Dekat description tulis brand KICKERS. Tapi bila sampai tengok tak macam KICKERS pun 😅.

Nak tak nak terpaksa jugak submit RETURN/REFUND dekat SHOPEE. Lepas dah deal dengan pihak SHOPEE & seller, at last diorang suruh return jugak barang dekat warehouse SHOPEE. Pada awalnya,SHOPPE nak refund separuh harga kasut tu. Tapi husband Syu refused. Barang ada defect takkan nak pakai jugak kan. Bahaya. Dahlah nak pakai untuk protection masa kat tempat kerja. Tapi kalau dah terima condition kasut macam ni, dekat mana yang safetynyer ye dak 😂? Maka terpaksalah bungkus balik kasutnya. Kalau ikutkan nak bungkus jer macam bungkusan asal yang seller tu buat 😁. Tapi memandangkan kita ni jenis tak sampai hati, so kita balutlah dengan cermat & tertib. Kalau kita packing tak semenggah takut ada pulak isu yang lain pulak timbul. Lagipun sebelum pos, kena snap picture untuk hantar dekat customer services SHOPEE. Tak packing proper nanti, takut tak boleh dapat refund full.

Kita bagi seller hati bunga-bunga sikit bila bukak parcel ni nanti 😁.

Kebiasaannya, kalau Syu beli barang memang Syu akan simpan bubble wrap yang besar-besar macam ni, sebab pada Syu ianya berguna untuk balut apa-apa di kemudian hari. Daripada dibuang, lagi baik kita recycle semula. At least kalau terkena kes kena return barang macam ni, kita boleh guna & tak payah kita nak keluar duit berbeli wrapper. Lagipun barang ni kita nak return dekat seller. Segala kos pengeposan bukan diorang tanggung pun. Jadi, kalau korang ada wrapper yang elok-elok macam ni korang janganlah buang okay. Korang kumpul & simpan dekat satu bekas. Nak guna baru keluarkan. Sekurang-kurangya, tak adalah nampak semak berbundut-bundut plastik wrapper dalam rumah 😂.

Siap!! Boleh lah keluar pergi hantar dekat JnT kejap lagi. 

Kepada sellers yang jenis suka packing caca merba, mintak tolonglah yer. Kami ni customer beli barang bukan FOC tau. Kalau boleh packing tu biarlah helok & molek sikit. At least, kalau packing molek-molek tak adalah kes barang barai bila sampai. Tak payah balut fancy-fancy. Cukup wrapper tu boleh balut & protect barang dekat dalam. Bila jadi kes macam ni kan dah rugi. Lepas tu satu kerja pulak buyer nak kena hantar pergi return barang.  

Jun 08, 2021

Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap

Orang Jawa kalau tak makan tempe bukan lah "wong jowo" 😁. Memandangkan dalam peti ais masih ada lagi tiga paket tempe yang Syu belum masak, so petang-petang macam ni tekak ni almaklumlah tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan tempe goreng 😅.  Kena pulak cicah dengan sambal kicap.  Lepas tu, sambil-sambil mencicah tengok pulak movie & drama. Memang layanlah jawabnyer.


Nak buat tempe goreng ni teramatlah senang. Tempe yang Syu ada tu Syu just potong memanjang jer. Disebabkan tempe Syu ni panjang sangat, so Syu belahlah dua. At least, takdelah panjang sangat sampai menjolok tekak time nak makan nanti 😁. Masa nak goreng tu, Syu salut dengan tepung goreng ayam cap BESTARI. Memang rangup & sedap. Kuah kicap pulak Syu guna bawang putih, cili padi, kicap & gula. Cili dengan bawang putih tu Syu rebus dulu, lepas tu baru Syu blender bagi halus sekali dengan kicap & gula. Siap!! Tak susah mana pun nak buat sebenarnya. 😁 Ni kalau dapat cicah tauhu goreng sekali pun sedap jugak ni. Adoyai, kenapalah benda yang takde jugak tekak ni nak mintak. Dahlah malas nak keluar berbeli 😂. By the way, jemput makan tau korang 😋.


Tempe ni Syu salut dengan tepung goreng ayam cap BESTARI yang pedas. Memang rangup & sedap.

Jun 07, 2021

Cara Langgan Disney+Hotstar

Alhamdulillah, akhirnya semalam Syu berjaya jugak langgan Disney+Hotstar. Tak sangka terjebak. Thanks abang Jularipin 😂. Selalu sangat dok iklan dekat TV tanpa henti-henti. Actually nak langgan Disney+Hotstar ni takdalah susah mana pun. Janji ada duit jer. Semua jalan 😁. Tapi kalau langgan pun, yuran bulanan dia takdalah mahal manapun. Cuma bila dia letak harga RM54.90 untuk 3 bulan tu yang menampakkan dia macam mahal sikit. Kalau ikutkan harga langganan bulanannya lebih kurang jer sebenarnya dengan video-video streamer yang lain. 


Pada Syu, langgan Disney+Hotstar ni memang berbaloi sangat.  Sebab korang boleh guna satu akaun guntuk dua peranti yang berbeza pada masa yang sama. Tak kisah apa jenis peranti korang sekalipun. Yang pasti line internet korang kena laju. Tapi kalau line macam siput sedut memang ke laut lah jawabnyer nak tengok movie 😂. Bukan tu jer, ada banyak movie-movie pecah panggung korang boleh tengok dekat video streamer ni. Rata-rata banyak movie yang dikeluarkan hasil terbitan Disney, Pixar & Marvel. Memang best-best semuanya.



Before korang nak gigih submit payment, make sure korang download & signup dulu applikasi ni terlebih dahulu okay. Aplikasi ni korang boleh download samada dekat GoogleApps Store atau AppleApp Store. Nak signup senang jer. Apa yang korang perlu hanya key-in nombor telefon bimbit. Once, korang dah submit nombor telefon korang tu, korang akan terima nombor pin melalui SMS . Korang key-in jer dekat ruangan yang dia suruh then tekan proceed. Dah selesai korang akan return baleh dekat main page Disney+Hotstar.

Tiga method pembayaran disediakan. Terpulang pada korang nak pilih yang mana.

Untuk pembayaran, korang boleh pilih tiga cara, samada dengan menggunakan kredit kad, debit kad mahupun online banking. Terpulang pada korang nak pilih cara pembayaran yang macam mana. Yang pasti lepas bayar baru korang boleh tengok movie 😝. Macam Syu, Syu pilih untuk bayar guna debit kad. Actually boleh jer guna online banking. Tapi saja nak try bayar guna debit kad. Selalu asyik buat payment guna online banking jer, kali ni guna method lain pulak. Oncee korang dah submit payment, korang boleh start tengok movie macam biasa. Senangkan? Setakat ni Syu baru sempat layan  tiga movies. So far so good lah setakat ni. Next time, Syu update lagi pasal Disney+Hotstar ni okay 😉.