September 17, 2021

Baru Dia Tahu, Mi Sedap Tu SEDAAP!! 😆

Masa mula-mula kahwin dedulu, husband ada cakap yang dia tak suka mi SEDAAP ni. Sebab katanya tak sedap 😅!! Bulan lepas, masa keluar berbeli barang dapur, Syu sempat grab senyap-senyap barang sebungkus. Asyik makan MAGGIE jer, lama-lama naik jemu lah pulak. Sekali sekala, kita tukar selera makan mee goreng segera SEDAAP pulak.


Syu beli pun sebab nak lepas gian makan Mi SEDAAP jer. Lama sangat dah tak pekena. Syu tak ada lah ambik banyak. Sebab yang sorang tu kata tak suka 😁. Lagipun dalamnya dah ada 5 bungkus. Nanti grab banyak-banyak takut tak termakan pulak. (Eh, kejap-kejap. Grab sebungkus? Dalam ada 5 bungkus. Apa bendalah ayat Syu ni. Bungkus dalam bungkus? Ha3 😂. Patutnya 5 pek lah kan?)

Mi Sedaap
"Jelas terasa sedapnya". Memang ngam lah dengan slogan dia 😅. 


Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu Syu masaklah satu pek sekali dengan pakej scrambled egg. Husband nampak dia pun jadi terliur. Cubalah makan dalam sesuap. Kunyah-kunyah. Tiba-tiba dia diam kejap (Menghayati kesedapan agaknya 😁). Lepas dah telan baru ada respon kata sedap 😆! Lambat nau respon nya. Dia punya gaya makan mee segera macam makan hati.


Bila ditekak dah kata sedap, tak pasal-pasal disuruhnya Syu buat yang baru. Yang Syu punya di ambiknya. Dalam hati Syu "Baru dia tahu, mi SEDAAP tu SEDAP!!". Dulu kemain menyombong 😆. Asal nak beli jer kata tak sedap. Asal tunjuk jer, memanjang kata tak sedap. Padahal tak pernah di rasanya. Bila dah tau sedap, sampai ke hari ni asyik dok mengulang restock mi SEDAAP sampai mi MAGGIE pun dilupakannya.


Mi Sedaap
Maaflah. Food plating tak semenggah sikit 😅. 

Malam tadi kitorang try pulak yang pek JUMBO sekali pakej scrambled egg 😁. Tapi kan, yang pek JUMBO ni macam kurang sikitlah rencahnya. Yang membezakan dengan pek biasa cuma dia punya kuantiti mi jer. Mi dalam pek JUMBO ni macam banyak sikit berbanding dengan pek biasa. 


Bila makan mi goreng segera. Tiba-tiba teringat masa zaman belajar dedulu. Selain nasi, mi segera ni lah makanan pengganti nasi time poket tengah senak. Nak mintak duit dekat mak & abah segan. So, makan jelah mi segera sampai lah abah telefon tanya ada duit lagi ke tak 😅. Kadang-kadang sampai kena marah sebab tak bagitahu duit dah licin. Bukan tak nak mintak, cuma terfikir & kesian dekat abah sebab ada banyak lagi yang dia nak kena tanggung kat rumah.



Actually ada banyak lagi perisa mi SEDAAP ni. Cuma setakat ni yang Syu boleh terima mi goreng jer. Itupun beli yang original. Pernah cuba yang sambal & ayam. Tapi tak sedap 😆. Siapa dekat sini suka Mi SEDAAP angkat tangan!! 🙋

September 16, 2021

Kuih Bulan Baker's Cottage

Semalam Syu kena masuk office setengah hari sebab ada hal kerja sikit yang nak kena bagi settle. So lepas habis kerja, on the way balik tu sempat lah singgah ke Baker's Cottage sekejap untuk beli ayam panggang (Gambar ayam tak sempat nak ambik. Sebab dah kena ngap!!😂). 



Murah jugak ayam panggang dekat Baker's Cottage. Seekor RM11.90 jer. Tak ingat dah berapa kali repeat order 😆. Kat Baker's Cottage ni ada dua flavour ayam panggang yang  korang boleh pilih. Flavour barbeque (BBQ) & lada hitam. Dua-dua flavour Syu dah rasa.


Kalau Syu, Syu lagi suka flavour BBQ lah. Husband Syu pulak suka yang lada hitam 😅.  Tapi kalau beli mana-mana flavour pun Syu makan jer. Cuma yang BBQ tu lebih moist sikit lah compare to BBQ. 



Kuih bulan perisa keladi


Dalam tengah dok submit order dekat cashier, terpandang pulak kuih bulan dekat rak. Memang cantik & helok jer tersusun. Tengok packaging saja dah tergoda. Bila dah terpandang, tekak ni pun teringinlah nak cuba dalam seketul dua.


Kuih Bulan Baker's Cottage | Taro Jingsa


Actually, sebelum-sebelum ni Syu pernah jer makan kuih bulan. Tapi malangnya, rasa kek bulan tu tak sedap & tak boleh diterima tekak Syu 😅. Barangkali bahan-bahannya bukan dari bahan yang berkualiti premium agaknya. Padanlah dengan harganya yang tak sampai RM5 seketul.



Kali ni Syu saja nak cuba makan kuih bulan yang mahal sikit dekat Baker's Cottage. Betul ke mahal? Boleh tahan jugalah harganya. Seketul tu ada lah dekat RM15 😂. Tak apalah. Sekali sekala nak merasa. Apa salahnya. Bukan hari-hari makan kuih bulan pun 🤭. 


Lama jugaklah Syu duduk depan rak kuih bulan tu. Bukan apa, saja ambik masa baca ingredients yang dia letak. Filling kuih bulan yang Syu beli ni ada letak taro atau keladi. Namanya kat packaging dia tulis "Kuih Bulan Jingsa Keladi"? Tak tahulah Syu apa benda maksud Jingsa tu😅. 



Inti yang tak terlalu manis


Inilah rupa isi dalam kuih bulannya bila dah dipotong. Dari kulit luar sampailah ke isi dalam, memang cantik. Nak makan pun sayang😌. Tapi kalau tak makan, nak simpan sampai bila ye dak? Kalau nak tahu, inti yang hitam (actually warna dark purple) tu sebenarnya lotus paste yang memang khas digunakan untuk buat kuih bulan.


Kuih Bulan Baker's Cottage
Telur masinya dah dilenyek siap-siap. Bila dipotong elok cantik kejadiannya 😋. 


Rasanya ada seakan-akan sri kaya tin brand Yeo's pun ada. Memang sedap! Rasa keladi tu macam tak ada. Walaupun, kuih bulan yang Syu pilih ni berperisa keladi 😅. Dalam paste hitam tu ada jugak dicampur sikit dengan melon seeds. So, bila kunyah tu adalah rasa ranggup-rangup kekacang.



Manisnya pun memang sedang-sedang saja. Sedap 😋! Yang kuning tu pula, kuning telur masin yang dah dilenyek. Bila makan, teksturnya lembut & cair jer bila masuk dalam mulut. Percayalah cakap Syu. Memang sedap kuih bulan dari Baker's Cottage.


Kalau tak, tak takdelah seketul besar ni Syu sorang jer yang makan 😆. Pertama kali dalam sejarah Syu dapat habiskan seketul kuih bulan tanpa share dengan siapa-siapa. Serius, memang highly recommended untuk korang yang nak beli!!😋

Selamat Hari Malaysia



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Lambat sikit Syu bersiaran hari ni 😁. Hari ni public holiday bersempena Hari Malaysia. Tapi sejak kena WFH, rasanya macam hari-hari public holiday. Cuma hari ni tak ada feel tak ke mana-mana. Mungkin sebab dah puas ber-"camp" ung dekat tepi pantai hari tu.

Hari Malaysia Ke-58

Apa-apa pun, di kesempatan ni Syu nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakan-rakan blogger Syu & seluruh keluarga Malaysia kita. Tak kira di mana jua korang berada. Selamat bercuti & selamat beristirehat disamping keluarga. Pada yang nak keluar bergumbira tu stay safe & janganlah dok pulun pergi tempat yang dah sedia-sedia crowded 😅. Kalau dah nampak tempat tu dah rupa macam semut hurung carilah tempat lain okey.

 Bumi Malaysia bumi bertuah
Berbilang bangsa hidup muhibbah
Hari Malaysia hari bersejarah
Nak dibentuk digubah sangatlah payah

Rukun negara jangan dilupa
Tonggak perpaduan rakyat jelata
Jalur gemilang identiti kita
Sayang & hormati tanda setia


SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-58!! 

September 15, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu 😂. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau 😂.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Malam tu Ghaz & Fendi tak tahu nak pergi ke mana. So, diorang pun lepaklah dekat cafe kak Zetty. Sambil-sambil tu diorang bersembang-sembanglah dengan kak Zetty pasal Mira. Tak disangka-sangka, dalam tengah rancak bersembang tu ada seorang lelaki tegur kak Zetty. Allah, papa Mira rupanya!! Ghaz & Fendi pun apa lagi. Sorok mukalah tak nak bagi papa Mira nampak 😂. Tak sangka, restoran janda yang Haji. Dollah maksudkan tadi tu  rupa-rupanya kak Zatty punya cafe.


Actually, papa Mira tak perasan pun yang Ghaz & Fendi ada dekat tempat kejadian sebab Ghaz & Fendi pandai cover. Bila dah nampak papa Mira ada dekat cafe kak Zetty, Ghaz & Fendi pun jadi tertanya-tanyalah kenapa papa Mira boleh ada dekat situ malam-malam. Ghaz & Fendi pun apa lagi. Diorang pun sibuklah pasang mata. Kemain sakan papa Mira malam tu.  Ranggi pakaian dia mengalahkan orang muda. Cara bersembang dengan kak Zetty pun lain macam. Seolah-olah papa Mira ni  macam ada hati dengan kak Zetty. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Dalam diorang tengah dok sibuk-sibuk mengintai papa Mira, tiba-tiba muncul Ghaz punya secret admire. Masa ni Ghaz memang dah gelabah. Risau takut-takut papa Mira nampak. Tambah pulak secret admire Ghaz tu jenis yang gedik orangnya. Mana nak reti cover-cover. Tapi nak tak nak sambil-sambil tu Ghaz terpaksa layan jugak. Sebab tak nak orang tu kecil hati. 


Dalam diorang tengah nak cover-cover tu, entah macam mana papa Mira pulak nampak diorang duduk bersembang-sembang lelaki perempuan. Naya Ghaz & Fendi. Dah confirm-confirm akan jadi point untuk papa Mira reject untuk dijadikan menantu. Balik jer rumah, papa Mira pun apa lagi. Membawang lah dia dekat mama Mira. Tapi, mama Mira malas nak ambik port sangat sebab dia malas nak percaya cakap papa Mira. Takut jatuh fitnah. Bagus jugak mama Mira ni. Sekurang-kurangnya dia tak sama naik dengan papa Mira dalam bab-bab memburuk-burukkan orang 😂.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Keesokkan paginya, masa nak pergi kerja, Ghaz & Fendi ternampaklah mama & papa Mira dekat depan rumah.  Diorang baru balik dari pasar agaknya. Fendi pun bagilah idea dekat Ghaz supaya tegur mama & papa Mira. Mana tahu bila tegur dapat naikkan  saham Ghaz untuk jadi calon menantu pilihan. Masa Ghaz tegur, mama Mira okay jer. Tapi papa Mira pulak yang pandang sepesen dengan Ghaz & Fendi. Bila Ghaz & Fendi nampak papa Mira dah buat muka macam nak makan orang, diorang pun tak berani lah nak tunggu lama-lama dekat depan rumah Mira. Takut kena ngap! So, diorang pun gerak jelah pergi kerja macam biasa. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Masa dekat tempat kerja, Mira jumpa Ghaz & Fendi dekat ruangan rehat. Dia cadang nak ajak Ghaz & Fendi balik sama-sama lepas kerja nanti. Tapi Fendi awal-awal menolak dengan alasan tidur dekat rumah mak sedara. Padahal tak pun. Saja jer nak bagi peluang Ghaz luangkan masa dengan Mira. Nak tak nak, Ghaz pun terpaksalah terima pelawaan Mira tu. Rumah pun dah sebelah-sebelah, tak kan nak kata dah pindah rumah lain pulak kan 😆. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

So lepas habis kerja, Ghaz & Mira pun baliklah sama-sama. Sesampai jer dekat depan pagar rumah, Ghaz & Mira nampak motor Fizi parking betul-betul depan rumah Mira. Ghaz pulak jadi macam tak syoklah bila nampak motor bos dia dekat rumah Mira. Mira pun tertanya-tanya jugak, apa yang Fizi buat dekat rumah dia. Tanpa buang masa, Mira pun bagitahu dekat Ghaz nak masuk ke dalam rumah dulu. Ghaz pun ya kan jer. Padahal dalam hati dah rasa tak sedap. Bersambung...