September 22, 2021

Kahwin Dah Lama, Tapi Belum Mengandung

Mood bangun pagi hari ni memang helok sangat. Tapi, jadi spoiled pulak bila ada golongan-golongan toksik ni muncul dalam kehidupan. Niat asalnya memang dah baik nak wish birthday. Tapi ada jugak hujung-hujung tu ayat yang menyakitkan jiwa. Ingatkan makciks bawang jer perangai kepochi. Pakciks bawang pun boleh tahan jugak yer sama naiknya.


Syu bukan apa, mulut tempayan kalau terbuka, Syu tak heran sangat kalau menganga sebabnya tak bebunyi. Busuk-busuk pun ada air jer dalam tu. Bermanfaat jugak lah kalau nak buat basuh kaki  & siram pokok bagai. Kalau mulut tempayan manusia ni, Allah...kena sabar jelah banyak-banyak. Padahal dalam hati, rasa nak ku cili -cili kan ajer tangan yang menaip tu 😂.


Pregnant

 

Syu tertanya-tanya. Teruk sangat ke kalau dah kahwin lama lepas tu tak mengandung-ngandung?? Macam besar bebenor isu tak ada anak ni. Yang peliknya, orang yang tak kahwin tiba-tiba mengandung tak pulak dihairankan. Aduhai, manusia-manusia. Macam-macam perangai lah.

 

Kadang-kadang jadi malas nak layan sebab toksik sangat. Membohonglah kalau berkahwin tak nak ada anak. Tak ada mana-mana perempuan yang jadi isteri tak nak jadi ibu. Tapi kalau dah rezeki tu belum ada, siapalah kita nak persoalkan. Buatlah treatment walau macam mana hebat sekalipun, kalau bukan dengan izin Allah memang tak akan jadi. 



Kadang-kadang Syu perhatikan jugak diorang-diorang yang suka bangkitkan isu pasal anak ni. Pada Syu, tak ada lah hebat manapun. Selalu sibukkan Syu yang tak mengandung-ngandung ni, padahal sendiri yang anak bersusun pun tak terjaga. Bila tak ada anak nak anak. Bila dah bersusun disumpah-sumpah dicarut-carutkan 😂.


Lepas tu bising, kata anak nakal lah. Penat nak jaga lah. Ni lah dia sejenis manusia yang tak sedar di untung & tak reti bersyukur. Lepas tu, salah kita yang tak mengandung-mengandung ni jugak yang dicarinya. Mental ke apa 😆? Macam lah esok lusa kalau kita mengandung dia yang usung perut & masuk labour room tolong beranak kan anak kita.



Memang tak dinafikan, kalau mengandung time umur dah nak "expired" ada banyak risiko 😂. Nak jaga anak pun tak berapa nak larat sebab dah berumur. Anak bakal berisiko kena down syndrome lah apa lah. Tapi, Syu tengok arwah opah Syu elok jer. Umur 45 tahun mengandungkan mak Syu. Tak ada pulak mak Syu kena down syndrome ke apa. Elok jer lahir normal.


Siapa sangka. Gara-gara arwah opah Syu nak kan sangat anak perempuan, arwah sampai sanggup berambik anak angkat. Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu ada isi. Bila dah dengan izin Allah, segala apa perkara pun kita tak boleh nak jangka. Jadi, janganlah nak jadi bijak pandai mengalahkan Tuhan nak pertikaikan soal rumah tangga orang bila nak ada anak.


Kalau nak tanya sekalipun biar berlapik. Kalau orang dah jawab belum ada rezeki lagi, terus tutup cerita. Sebab cerita mengandung-mengandung ni kira cerita dalam kain jugak tau. Kadang-kadang Syu sendiri pun jadi malu & segan nak bercerita. Okay, done berceloteh!

🎧🎶 Kpop On - L.A.L.I.S.A By Lisa

September 20, 2021

Apam Mekar Unicorn (Sukatan Cawan)

Petang-petang ni tiba-tiba rasa rajin pulak nak buat kuih. Memandangkan barang pun dah sedia-sedia ada dekat dapur. So, Syu pun buatlah apam mekar untuk minum petang hari ni. Saja-saja cuba. Dah lama sangat tak buat. Lagipun, nak buatnya tak susah mana pun.


BACA JUGA

Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple

➣ Resepi Biskut Makmur Crunchy

➣ Resepi Mango Milkshake Mudah & Sedap Tanpa Gula


Apam Mekar


Cuma kalau teknik tu ke laut, mungkin end result-nya akan mengecewakan sikitlah. Apam mekar ni lebih kurang sama saja macam apam soda. Cuma versi Syu ni guna susu & bukan air berkarbonat perisa aiskrim soda. Disebabkan Syu guna warna ala-ala unicorn, jadi Syu namakan jelah apam mekar unicorn 😆.



Cara buat apam mekar unicorn


Actually, nak buat apam mekar ni tak susah mana pun. Semua bahan-bahan yang Syu listkan kat bawah ni korang campur & gaul sebati sampai kembang. Syu pukul bahan-bahan ni semua tak lama mana pun (Anggaran dalam 5-7 minit) sebab Syu buat untuk satu adunan jer.



Bila buat tak banyak, masa memukul tu kurang sikit. Misal kata korang nak buat lebih dari satu adunan, korang cuma perlu lebihkan sikit masa memukul. Untuk pengetahuan korang, satu adunan ni boleh lah dapat dalam 18-20 ketul acuan apam yang warna merah tu.


Apam Mekar
Berbunga-bunga hati bila tengok apamnya pecah elok. Ni baru betul apam mekar namanya 😋.


BAHAN-BAHAN


1 Cwn. (125 g) -  Cawan Tepung gandum

3/4 Cwn. (125g) - Cawan gula pasir/ gula kastor

1/2 Cwn. (95g) - Susu segar

1 Sdk. (Edited : bersamaan 6g yer uncle gedek 😅) - Ovalette (Syu guna sudu KFC 😁)

1 Sdk. Esen vanilla

1 Biji (Gred B) - Telur ayam

Pewarna makanan (Kuning, merah & purple)

Minyak masak untuk sapu dekat acuan (Kalau pakai papercup, tak payah sapu minyak)


Adunan yang korang dah pukul kembang tu korang bahagikan kepada 4 bahagian & letak pewarna makanan pilihan korang. Macam Syu, Syu pilih warna kuning, merah & purple. Baru nampak macam ala-ala unicorn sikit. Untuk lapisan pertama Syu letak warna putih & warna-warna yang lain Syu letak dekat bahagian atas.



Kukus tak payah lama-lama. Dalam 10-15 minit dah cukup. Simple jer bahan-bahannya & cara nak buatnyer kan. So, pada yang nak cuba sila-silakan. Semoga resepi ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh drop dekat ruangan komen. Mana boleh jawab, Syu jawab 😁 . Selamat mencuba!!



Tips apam mekar setaman! 


Apam Mekar
Gebu teroks ni 😁.

1) Macam mana nak tahu adunan dah betul-betul kembang? 

- Adunan bertukar jadi warna putih & creamy

-Bila ditarik, adunannya tak meleleh & nampak bertanduk. 


2)  Kalau acuan tak banyak, boleh guna papercup. Tapi kena make sure papercup tu letak dalam acuan. Kalau tak nanti, shape apam tak cantik & adunan senang melimpah bila dituang.



3) Lepas kukus jangan terus buka penutup. Kalau tak nanti apam akan jadi bantat.


4) Masa nak mengukus, api kena kuat. Baru apam akan masak dengan cantik & sekata.


5) Kukus dalam 10-15 minit jer. Tak kisah lah pengukus ada berapa banyak tingkat sekalipun.

#3 : Suprise Giveaway By Aienienka

Giveaway
Klik pada banner untuk info lebih lanjut 😁.


Sejujurnya, giveaway ni paling lama sekali duduk dalam draft. Start dari tarikh direleasekan sampai ke hari ni baru tengok balik. Semua point entri, banner segala dah ada, Tapi tak tertulis-tulis & publish entrinya, Minta maaf lah yer tuan tanah. Baru hari ni dapat luangkan masa untuk join. Tapi masuk dalam list giveaway marathon lah 😂.



Bulan September ni ramai betul blogger buat giveaway yer. Bagus-bagus! At least ada jugak point yang Syu boleh celotehkan bulan ni, tambah-tambah bila dah ketandusan idea 😅. Pada yang nak join giveaway ni, jangan risau. Masih ada berbaki 3 hari lagi untuk korang submit penyertaan. As long as korang submit sebelum tarikh tutup okay 😉!




KEJUTAN BEST?


By the way, the best suprise yang  Syu pernah dapat dalam hidup Syu? Emmm...jap Syu fikir (Dalam otak : Ada ke orang yang pernah buat kejutan best dekat aku? Macam tak hado jer 😂). Bukan apa, hidup sebagai seorang Syu Deris ni memang tak ada banyak sangat kejutan yang best-best. Kejutan yang buruk-buruk banyak lah 😆. Jap Syu fikir lagi...Oh ya... Ada!! Suprise makanan dari GRAB Food. Husband orderkan Mc Donald dari tempat kerja dia.



Actually masa tu, Syu tak tahu pun brother GRAB Food dah sampai depan rumah hantar makanan Sebabnya masa abang GRAB Food datang Syu tengah mandi 😂. Yang husband pulak satu hal tak bagitahu ada order makan. Tak tahulah berapa kali brother Grab Food tu tekan loceng. Lepas husband call, tahu-tahu Syu tengok dah ada makanan dekat atas tembok depan rumah. Tapi kalau Syu tahu sekalipun abang GRAB Food sampai, korang ingat Syu nak keluar ke? memang tak lah kan. Dah sah-sah lah pakaian tak proper. Takkan nak keluar berkemban. Kerja gila. Ha3 😂.



Jangan kata kan GRAB Food. Kadang-kadang abang posmen pun selalu datang salah time. Tapi nak buat macam mana kan, Dah tugas diorang hantar barang. Diorang bukan tahu pun kita buat apa dekat dalam rumah.  Tu pasal kalau dekat ruang tamu, memang Syu prepare siap-siap huddy sweater & tudung cekup. Bila orang datang jer terus sarung 😆. Tak payah pening-pening nak bercari. Tapi kalau time tu Syu tengah ada dalam bilik air ke jamban ke. jangan haraplah Syu nak keluar yer 😝. Memang salah time sangat tu.