Jun 21, 2025
Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!
![]() |
| Muka ada sinyium 🤪. |
Buat Syazwana Zailani. Officemate seperjuangan. Regu bergosip & teman bersyahdu. Selamat hari lahir yang ke-37 diucapkan 🎉🎂 - Birthday kamu sama dengan Chaoi rupanya! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik 🫂❤️.
![]() |
| Kita wefie dulu sebelum balik! 🤭💕 |
![]() |
| Menung kejap tengok. Kita tengah control makan benda manis masalahnya 😂. |
Kamu memang officemate yang bagus. Tak berkira & suka bersedekah. Ramah. Tiga suku pun ya! Terima kasih sebab mampu bertahan bersama-sama sampai ke hari ni 😂. Nak "cabut" dari sini kabor siang-siang. Boleh join sekali! 🤭
Cuci Mata Di Padang Besar Perlis

Memandangkan lepas majlis bertunang hari tu tak ada aktiviti nak buat. So, lepas balik homestay tukar baju & solat semua, kitaorang terus gerak ke Padang Besar Perlis. Dari homestay agak jauh sikitlah nak pergi ke sana. Dalam 45 minit macam tu.
![]() |
| Ramai manusia. Almaklumlah, tengah cuti sekolah. |
![]() |
| Dekat banggunan baru ni ada juga orang berjual. Tapi kena pandai tengok harga. |
Since, ada yang belum pernah merasa jejakkan kaki ke Padang Besar. Jadi, kita pun bawalah diorang pergi jalan-jalan cuci mata dekat sana. Lagipun, bukan selalu diorang datang ke negeri Perlis ni.
![]() |
| Datang sini memang wajib beli colek buah. Sebungkus RM10 jer. |
![]() |
| Dalam Padang Besar Warenart ni pun ada jual macam-macam barang jugak & harga dia lebih murah sikit. |
![]() |
| Rambang mata dibuatnya kome! |
Dah alang-alang ambil cuti, pergi jelah ke sana terus kan? Baru tahu macam mana rupa Padang Besar yang orang selalu dok jaja-jaja tu. Macam Syu, Syu dah tak kesah dah. Pasal dah kerap sangat datang ke Perlis ni bercuti 😂 - Dah jadi port wajib dah bila datang ke negeri Perlis ni!
Jun 19, 2025
Boleh Tahan Sedap Air Tangan Orang Perlis! 💛💙
![]() |
| Tukang jurucakap rombongan sebelah pihak lelaki adik lelaki nombor yang nombor dua. Masa ni rasa sebak gila, Rasa macam terpandang-pandang kelibat arwah abah. |
Selesai berbincang perihal bertunang, majlis kahwin segala. Macam biasa tuan rumah jemput & jamu kitaorang & tetamu yang datang bertandang untuk makan tengahari. Dekat dalam tadi tengok macam sikit jer orang. Bila keluar. Fuhh...boleh tahan ramai juga kaum kerabat belah si Wani (Nama tunang Chaoi) ni.
![]() |
| Ramaikan? Macam ni baru meriah. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan orang negeri Perlis. |
Makanan? Subhanallah memang banyak. Murah rezeki tuan rumah. Jenis tak kedekut menjamu makanan. Semua menu sedap-sedap belaka. Cuma Syu saja yang kekenyangan. Pasal tadi pagi Syu dah kenyang bantai nasi goreng kampung dekat kedai seberang homestay 😅. So, tangki dah tak berapa nak ada ruang.
![]() |
| Semua nampak sedap-sedap belaka. Sampai Syu sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu. |
![]() |
| Tepung bungkus & sardin roll sedap gila! Syu & Sarah asyik dok ulang makan yang ini jer. |
Instead of makan nasi berlauk, Syu prefer untuk makan laksa & kuih jer - Lupa nak ambil gambar laksa. Udah tak menyabor nak rasa! Nanti malam sikit baru Syu plan nak makan nasi. Makan mana? Semestinya Rohani Ikan Bakar di Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis - Nanti ada free Syu cerita pengalaman makan kat sana.
Jun 18, 2025
Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Alhamdulillah selesai sudah hantar rombongan meminang ke Permatang Bongor Perlis hari Ahad lepas. Majlis semuanya berjalan lancar & disambut baik belah pihak perempuan.
![]() |
| Famili Cik Zurai jer yang menepati tema hari ni. Kitaorang yang lain tak tahu pasal si Chaoi tak ngabor 😂. |
Mak & ayahnya pun jenis low profile & senang nak di bawa berbincang. Tak terlalu memaksa & selagi boleh nak majlis besar tu nanti berjalan dengan lancar. Almahklumlah, first time nak sambut menantu dalam famili.
![]() |
| Mak Syu masih dalam tempoh iddah lagi. Jadi, kitaorang wakilkan Cik Zurai untuk sarungkan cincin. Resepi Asam Pedas yang Syu pernah share dulu tu Syu belajar dari Cik Zurai ni lah. |
![]() |
| Gambar tak cukup korum. Mak & adik Syu yang nombor empat tak ikut. |
![]() |
| Tiga anak buah yang hujung tu payah betul nak diajak bergambar. Dia punya main tak ingat muka bumi. |
![]() |
| Me. The akak sulung & husband. |
![]() |
| Adik nombor dua dengan anak bini dia. Yang seorang lagi tu entah mana lebohnya. |
![]() |
| Adik nombor tiga & wife dia. Anak deme yang dua ketul tu pun lebuh jugak! |
![]() |
| Tinggal Sarah jer lagi yang belum berpunya. |
![]() |
| Kakak, adik & ipar duai perempuan. Husband malas nak join pasal dia panas dengan camera woman. |
Buat Shahrul Nizam & Syazwani -Macam kekok pulak panggil Shahrul. Selalu panggil Chaoi jer. Tahniah di atas pertunangan korang berdua 💍. Semoga ikatan ni menjadi satu titik permulaan perjalanan korang untuk kenal satu sama lain sebelum menempuh alam rumahtangga.
Ingat. Bertunang ni bukan sekadar simbolik cincin di jari saja. Tapi juga satu ikrar janji korang untuk sama-sama belajar menjadi lebih matang. Kena ada sabar & saling mengenali hati budi satu sama lain sepanjang tempoh pertunangan ni.
![]() |
| Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani & selamat bertunang! |
Ingat! Berstatus darah manis ni banyak ujian & dugaannya. Semoga Allah S.W.T memelihara & mempermudahkan urusan korang berdua dalam usaha korang membina mahligai yang korang impikan.
Pada Syu, majlis pertunangan ni bukan sekadar pertemuan antara dua keluarga, tapi juga permulaan ikatan antara dua jiwa. Buat Shahrul & Syazwani, doa akak :
Ya Allah, satukanlah hati mereka dengan penuh rasa cinta & kasih sayang-Mu. Permudahkanlah segala urusan menuju hari bahagia & kurniakanlah mereka mahligai yang bakal didirikan sakinah, mawaddah & rahmah.
Buat keluarga pihak perempuan, terima kasih kerana sudi menerima pinangan dari pihak kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik & mesra sepanjang kami bertandang ke sana 💐- Makanan semua sedap-sedap! Memang deme jamu sungguh. Semoga dengan ikatan pertunangan ini boleh menambah eratkan lagi silaturahim kita sekeluarga.





















