September 14, 2021
Ber-"camp"ung Di Tepi Pantai π

Alhamdulillah. Sekian lama menanti. Akhirnya, selesai sudah berpantang 14 hari dari vaksinasi π. Apa lagi, on vacay lah kita. Memandang status MySejahtera pun dah bertukar ke "Fully Vaccinated", maka hujung minggu lepas Syu & husband dah start buat outdoor aktiviti kegemaran kitorang berdua iaitu berkhemah atau Mat Salleh panggil "camping" π.
Sebelum kerajaan umumkan total lockdown, Syu & husband sempatlah jugak spend time ber-camping sama-sama dekat campsite di Gopeng. Bila dah berbulan-bulan terperap tak boleh keluar ke mana, semua barang-barang berkhemah Syu lepapkan dalam stor. Masa keluarkan balik, terpaksalah Syu bagi bersih & cuci sikit-sikit sebab dah berhabuk.
By the way, untuk pengetahuan korang. Weekend hari tu, kitorang decide untuk ber-camping 3 hari 2 malam dekat Teluk Batik Campsite & Teluk Senangin π. Selalunya, dua port camping ni memang pilihan Syu & husband untuk ber-camping bila pergi ke daerah Manjung.
Kali ni Syu & husband tak pergi berdua. Kitorang pergi beramai-ramai dengan family belah suami. Alhamdulillah diorang semua pun dah lengkap dua dos macam kitorang. Jadi, tak jadi masalah untuk kitorang semua rentas daerah. Actually, diorang satu family dah lama "fully vaccinated" sebab diorang bertugas sebagai frontliners.
![]() |
| Alhamdulillah. Lengang tak ada orang π . Dalam campsite cuma ada 4 khemah jer termasuk kitorang. |
JUMAAT, 10/9/21 (Campsite Teluk Batik) - Hari Jumaat malam Sabtu tu kitorang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite dulu & the next malamnya baru kitorang bermalam pulak dekat Teluk Senangin. Memang seronok tak terkata. Dua malam tu memang sejuk sangat angin pantai.
Memang terubat sungguh rindu nak outing dengan family. Masa malam pertama kitorang pacak khemah, tak ramai pun orang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite ni. So, memang seronoklah sebab tak payah-payah sibuk pening kepala nak memilih tapak.
Tapi, esoknya baru ramai orang walk-in dekat campsite & datang bersidai dekat tepi pantai. Nak kata crowded sangat tu taklah. Masing-masing yang datang masih lagi follow SOP. Bagus orang-orang Perak ni. Tapi Syu boleh nampaklah, rata-rata yang datang tu memang muka-muka yang rindukan laut π.
![]() |
| Angin malam memang sejuk sangat kat Teluk Batik Campsite ni. Memang selesa lah bila tido π. |
Untuk makluman korang, sewa tapak tak mahal mana pun. Satu malam cuma RM40 jer untuk satu tapak khemah. Kalau nak tambah add-on plug point, korang cuma perlu tambah RM10 lagi. Tapi korang kena make sure yang korang pilih tapak khemah yang dah sedia ada plug point.
Kalau korang pilih tapak yang jauh dari plug point, korang memang takkan dapat power supply sebab diorang tak ada tarik cable untuk supply eletrik macam dekat Teluk Senangin. Bila ada plug point ni senanglah korang nak guna eletrik untuk memasak (Syu bawak rice cooker. Senang nak masak nasi π) & cas handphone bagai. Powerbank boleh simpan untuk kegunaan lain π.
Dedulu, tapak khemah ni tak terbela. Tapi sejak Majlis Perbandaran Manjung ambik alih, barulah ada rupa sikit. Selesa sangat bekhemah dekat Teluk Batik Campsite ni. Malam-malam ada pak "guard" & staff MBI ronda. Tempat tak gelap. Nak ke tandas pun dekat π.
SABTU, 11/9/21 (Pantai Teluk Senangin) - Lepas jer makan tengahari, petang sikit dalam pukul 4 macam tu kitorang pun packing segala barang camping & tukar tempat berkhemah ke Teluk Senangin pulak (Dalam hati: "Dah macam orang nomad sampai nak kena berpindah randah bagai π).
Kalau ikutkan kitorang nak terus stay sampai hari Ahad dekat Teluk Batik Campsite tu. Tapi memandang air laut pun macam kuat sangat ombaknya. So, kitorang terpaksa buat keputusan untuk tukar tempat camping. Lagipun, kitorang ada bawak budak-budak sekali. Takut pulak nak lepaskan diorang mandi-manda time ombak tengah kuat.
Bukan apa, risau. Sebab pernah ada kes orang mati lemas dekat Teluk Batik tu π. At least, kalau dekat Teluk Senangin, ombak lautnya tak ada lah deras sangat. Dasar laut pun landai jer. Tak curam ke dalam macam dekat Teluk Batik. Budak-budak pun boleh mandi.
![]() |
| Pemandangan yang sangat-sangat dirindui ππ. |
Dekat Teluk Senangin, harga tapak khemah ada murah sikit lah compare to Teluk Batik Campsite. Kalau pandai cari, tapak khemah yang free of charge pun korang boleh dapat π. Cuma tak ada plug point & kemudahan tandas lah untuk korang guna waktu malam. Lepas tu kalau datang malam-malam, bila nak pacak khemah tu memang gelap gelita gundah gulana lah jawabnya π.
Kalau macam Syu & husband, kitorang berdua memang tak kisah dah sebab kitorang memang dah prepare siap-siap kelengkapan untuk bercamping. Head lamp, power bank, shower bag, ice box, dapur segala. Insyallah boleh survive semalaman. Bukan apa, cuma risaukan budak-budak sajalah. Takut ada yang nak kencinglah ape lah. Almaklumlah budak-budak. Banyak no hey nyer π .
Jadinya, kitorang pun sewalah tapak khemah berpondok yang ada sekali power supply & lampu. Satu pondok owner cas RM90 sehari. Tak kisah nak pacak berapa khemah pun keliling pondok. Tandas pulak casnya cuma RM1 untuk satu kepala. Boleh guna bila-bila masa sampai habis waktu berkhemah.
Actually, ada jer sewa tapak yang murah lagi. Tapi disebabkan kitorang nak kan lokasi berkhemah yang dekat dengan pantai, so kitorang pilih tapak khemah yang ada pondok. Keliling pondok kitorang pasang khemah, yang pondok tu pulak kitorang buat sebagai tempat memasak & dining area.
Untuk tapak khemah yang tak ada pondok, cas satu tapak cuma RM30 (Tapak & power supply) jer. Cuma nak pasang khemah tu kena belakang sikit dari pondok. Bila dah duduk belakang pondok, dah sah-sah lah tak nampak pandai. Tu pasal kitorang tak nak . Datang ber-"camp"ung nak tengok pantai, bukan nak tengok pondok π.
![]() |
| Ombak tak berapa kuat. Angin pun sejuk jer π. |
For those yang masih lagi berstatus "partially vaccinated" tu, sabar tau! Insyaallah akan sampai turn korang untuk rentas daerah & beriadah macam Syu ni. Pada yang belum vaksin pun sama, jangan sedih-sedih tau. Kalau tak silap Syu sekarang ni dah boleh walk-in ke PPV.
Tapi untuk divaksin tu kena tunggu lah yer sebab ianya based on first come first serve. Yang dah " fully vaccinated" macam Syu, jangan lupa diri pulak bila dah dapat pelepasan SOP π. Tetap amalkan SOP & kawalan kendiri sebab risiko untuk dijangkiti tu masih ada.
(Notes : Gambar tak dapat nak ambil banyak, sebab jadi AJK masak memasak π. Handphone pun memang tak pegang sangat. Takut hilang. Jadi dapatlah dalam dua tiga shot jer buat post dekat blog.)
September 10, 2021
Review : Adorable Food Goddess (2018)
Genre :
Animation, romance, historical & friendship
Penulis :
Ziyi
Pengarah :
Ni Jiafei
Jumlah Episod :
12 Episod
Rating :
πππππ/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Animasi bersiri bertajuk Adorable Food Goddess ni memang best sangat. Animasi ni juga telah diadaptasi ke dalam bentuk drama yang juga dikenali sebagai Cinderella Chef. Dalam drama ada 56 episode. Tapi dalam siri animasi sebenar, hanya ada 12 episod jer. Kalau korang nak tahu, animasi ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Jia Yao. Jia Yao ni merupakan chef selebriti moden yang gemarkan masakan tradisional Cina. Nak dijadikan cerita, masa Jia Yao tengah mencipta resepi baru, dia secara tak sengaja telah terkena keracunan makanan. Keracunan makanan tersebut telah menyebabkan dia jatuh pengsan.
Sebaik sahaja sedarkan diri, Jia Yao dah ada kat tempat lain. Dia dikatakan telah merentasi masa ke zaman kuno & terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis yang bernama Ye Jin Xuan. Syu tak pasti Jia Yao ni dah travel ke zaman dinasti apa. Tapi Jia Yao yang dulu dah jadi Ye Jin Xuan, anak gadis kepada seorang majistrate. Pada hari pertama dia kat dalam badan Ye Jin Xuan, dia sepatutnya dinikahkan dengan seorang pegawai gabenor.Malangnya ketika dalam perjalanan ke perkahwinannya, Jia Yao diculik oleh sekumpulan penyamun dari Benteng Angin Hitam & kemudiannya diserahkan kepada Xia Chun Yu untuk dijadi isteri kontrak. Chun Yu ni sebenarnya merupakan seorang putera raja & dia terpaksa menyamar untuk menghapuskan musuh-musuh dia. Pada awalnya, Chun Yu macam tak berapa suka dengan Jia Yao. Tapi lepas dah lama tinggal bersama, Chun Yu makin tertarik dengan bakat memasak & perwatakkan Jia Yao.
Sampailah satu malam tu ada seorang panglima ni bagitahu pada Chun Yu yang Jia Yao ni seorang perisik. Tapi sebenarnya tak pun. Entah macam mana, malam tu Chun Yu ada keluarkan ayat yang menyakitkan hati Jia Yao, jadi Jia Yao pun jadi kecik hati & membawa diri dia. Pada masa yang sama, ada segerombolan askar ni cuba nak bunuh Jia Yao. Sampai dekat tepi tebing tinggi, Jia Yao terjatuh ke dalam laut. Sejak dari malam tu, Jia Yao tak muncul-muncul. Kehilangan Jia Yao ni memberikan kesan yang sangat mendalam pada Chun Yu sebab dia dah mula ada perasaan pada Jia Yao. Kehilangan Jia Yao secara tak langsung membuktikan kenyataan pembesar dia pasal Jia Yao seorang perisik tu betul. Jadi, Chun Yu membuat keputusan untuk membakar & tinggalkan tempat yang ada segala kenangannya dengan Jia Yao.
Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Jia Yao muncul balik. Tapi dia menyamar & menukar perwatakkan dia macam orang lelaki supaya tak ada siapa pun yang mengenali dia terutamanya Chun Yu. Selepas kejadian malam tu, Jia Yao selagi boleh tidak mahu bertembung dengan Chun Yi. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Jia Yao ke pusat bandar, dia terserempak dengan Helian. Sejak Helian menolong Jia Yao, diorang berdua menjadi kawan yang sangat rapat macam adik beradik. Helian ni kalau nak tahu, dia ni sepupu Chun Yu. Kalau ikutkan Jia Yao tak tahu. Tapi selepas dia ternampak Helian bersembang dengan Chun Yi baru Jia Yao tahu yang Helian ni ada kena mengena dengan Chun Yi. Jadi, Jia Yao buat keputusan untuk menyembunyikan diri dia dengan bekerja di sebuah restoran yang berada di dalam bandar tu jugak. Bila Helian hilang jejak Jia Yao, dia jadi macam tak tentu arah sebab dia dah anggap Jia Yao tu macam saudara dia jugak. Beberapa hari lepas tu, Helian dapat tahu yang Jia Yao dah jadi ketua Chef dekat restoran dia & kawan dia selalu pergi. Itupun sebab Helian perasan menu masakan yang Jia Yao pernah masak masa dia mengembara sama-sama dedulu. Sejak dari tu, Helian tak putus-putus datang ke restoran untuk makan selain membantu Jia Yao. Tapi dengan syarat, jangan sampai dia bertembung dengan Chun Yu sebab dia bencikan Chun Yu.
Ada satu hari tu, entah macam mana Chun Yu datang ke restoran tempat Jia Yao bekerja untuk makan sama-sama dengan Helian. Chun Yu pun request menu special dari waiters & tak sangka, menu yang dia order tu sama macam yang Jia Yao pernah masak untuk Chun Yu. Jadi, Chun Yu pun decide nak jumpa dengan chef yang masak menu tu. Helian pun apa lagi. Dia pun selagi daya berlakon tercekik tulang supaya niat Chun Yu nak jumpa Jia Yao tu tak jadi. Tapi, Chun Yu bijak. Dia pesan dekat pengawal dia supaya pergi ke dapur untuk tengok rupa sebenar chef yang masak menu tu. Sangkaan Chun Yu betul. Memang Jia Yao yang masak. Sejak dari tu, Chun Yu cuba selagi daya untuk memenangi hati Jia Yao. Tapi, Jia Yao mengelak & menolak sebab dia kata dia benci Chun Yu.
Chun Yu pun jadi macam pelik. Kenapa Jia Yao benci sangat dengan dia. Lepas tanya banyak kali, Akhirnya Jia Yao bagitahu yang dia terdengar Chun Yu cakap pada paglima dia yang antara dia dengan Jia Yao tak ada apa-apa & kalau ada apa- apa jadi dekat Jia Yao pun dia tak kesah. Lepas Chun Yu dapat tahu, dia pun ceritakan perkara sebenar yang dia cuba buat malam tu. Actually, dia nak selamatkan Jia Yao. Jadi dia terpaksa cakap macam tu dekat panglima tu malam tu. Sejak Jia Yao tahu perkara sebenar dari mulut Chun Yu, hubungan dia dengan Chun Yu kembali baik & Chun Yu selalu datang ke restoran dia untuk menolong Jia Yao. Itulah dia ceritanya. Pada yang nak tengok anime ni, korang boleh dekat YTube. Taip jer tajuk Cinderella Chef. Gerenti jumpa!!π
10 September : Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

- Setiap 40 saat seorang individu maut akibat bunuh diri (Setiap hari dikatakan 7 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia)
- Bunuh diri punca kedua tertinggi kematian
- Wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki
- 65% kes bunuh diri adalah melibatkan golongan lelaki
- 3.6 % dari 100,000 populasi kaum India merncatatkan rekod kes bunuh diri tertinggi di Malaysia
- 56.6 % membunuh diri dengan cara menggantung diri & 15.1% mengunakan racun
- 72 kes bunuh diri dengan terjun banggunan
- Lebih 800, 000 kematian penduduk dunia disebabkan bunuh diri
- Pusat Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan mencatatkan 2 orang kemasukkan setiap hari
- Di Malaysia, 266 kes bunuh diri dilakukan ketika PKP dilaksanakan
September 09, 2021
GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!
![]() |
| Promo code : HOTDEALSGF |
Meriah betul promosi GrabFood time bulan September ni yer. Ada banyak offer! Rambang mata. Asalnya bukak aplikasi GrabFood sebab nak tengok-tengok jer. Tanpa diduga. Jari jemari Syu ni laju jer dok tekan masuk cartπ . Sungguhlah, tak tahan godaan Syu ni. Especially bila melibatkan bab makan π. Syu order apa? Macam biasalah. Order HBCT kegemaran Syu lagi π. Rasanya macam tiap-tiap bulan pulak Syu repeat order dari Hokkaido ni. Submit order tak ingat donia. Acane nak kurus? Ha3 π.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Cinta Tersimpul Rapi - Anis Suraya (Cover by Jane In Heaven)
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet π€
- Jemari Besi | Terus Berjuang π§πΆ
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis







