Follower Ke-100 : Tahniah!

Januari 26, 2022

Pagi ni, agak awal juga Syu buka blog. Saja nak baca komen-komen yang rakan Blogger Syu tinggalkan - Tapi nak tulis entri ni sikit punya berjam yer 😌. Sambil tu Syu sempat juga jengah ruangan yang Syu paling tunggu-tunggu - My Followers. Bukanlah Syu ni gilakan pengikut tau. Tapi, sebenarnya Syu saja nak bagi kejutan & penghargaan sikit buat pengikut yang berjaya merangkul nombor bertuah ni.


TAHNIAH & TERIMA KASIH | Setelah sekian lama Syu menunggu. Alhamdulillah. Akhirnya muncul juga followers bertuah Syu yang ke-100 ni. Dari tahun lepas asyik lekat dekat nombor 99 jer. Tak bertambah-tambah. 😂 Dalam hati banyak kali dok ulang-ulang - "Cecah 100 aku bagi hadiah". Nah, cecah juga akhirnya.


Follower Blogger Ke-100


Apa-apa pun tahniah Syu ucapkan buat penulis blog Tentang Yaya & terima kasih juga sebab sudi luangkan masa menjenggah ke blog Syuderis.com ni. Mula-mula Syu tercari-cari juga siapa gerangan pengikut yang ke-100 ni sebenarnya. Syukur Yaya ada maklumkan di ruangan komen. Kalau tak, jenuh Syu bercari 😅.


Blogger Comment Section
😅 Ruangan komen juga penyelamat keadaan. Jadi, pengajarannya- Jangan serik mengomen okey!


Kalau korang nak tahu, blog Tentang Yaya ni sangat menarik & bermanfaat untuk dibaca tau. Dalam blog ni tak ada diceritakan pasal diri tuan empunya blog. Sebaliknya, blog ni banyak dikongsikan entri-entri yang berilmiah & bercirikan Islamik. Dalam blog ini ada juga diselitkan elemen-eleman berunsurkan pengajaran yang mana sedikit sebanyak dapat membuatkan kita bermuhasabah diri seketika - Blog ni tiba-tiba buat Syu teringat dekat blog Pemuda TTBC (Ke Arah Mencari Redha-Nya). Nanti nak singgah sana sekejap. Lama tak singgah 😅.



SELIT SEKALI BOLEH? | Memandangkan hadiah Top Bawangians Syu masih lagi dalam proses penyediaan. Syu rasa ada baiknya juga Syu selitkan sekali hadiah buat pengikut Syu yang ke-100 ni. Senang. Sekali harung. Tak payah nak buat dua kali kerja dah. Buat Top Bawangians Syu, Syu harap korang bersabar yer. Hadiah yang Syu nak bagi ni "spesial" sikit. Tulus ikhlas Syu buat untuk pengomen & pengikut setia Syuderis.com. Harap korang sudi menunggu. 😁 Jangan marah aaaaa...



Pada rakan Blogger Syu yang lain. Jangan rasa sedih & hampa. Insyallah akan ada rezeki korang nanti. Yang penting jangan serik mengomen & menyokong Syuderis.com okey.  Pada yang belum follow. Tak mengapa. Peluang masih terbuka. Mana tahu Syu nak bagi kejutan lagi untuk "lucky number" yang seterusnya. Siapa tahu 😊🍎?






[Kepada Blogger Warisan Petani & Atiqah Najihah, minta hantar alamat surat menyurat di ruangan Contact Form yer. Syu masih belum terima apa-apa maklumbalas lagi 😊💕]

Comments

  1. Rupanya Nama Naim disebut di sini. hehe. Tahniah kak Syu dapat nombor genap ke-100 untuk follower blog akak. Semoga terus sukese di dalam dunia blogging ini. hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Naim.
      Tapi tak boleh lawan Naim. Naim punya followers lagi ramai.
      😁 He3~

      Naim pun sama juga. Semoga sukses dalam berblogging!!😊💕

      Padam
  2. wahh tahniah yaya. cantik no 100..

    BalasPadam
  3. wah tahniah buat yaya dan juga syu!!!
    ramai dah follower dia...
    dan insyallah bakal yg akan menyusul lagi tu nnt :)

    BalasPadam
  4. Tahniah Syu dah mencapai 100 followers. Tahniah juga untuk followers ke 100 Blog Syu.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!