Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Januari 28, 2022

PANTANG NAMPAK | Pantang!! Yer, memang pantang. Pantang ada nampak giveaway! Mesti tak nak lepas peluang untuk sertai 😁. Asalnya, Syu singgah blog Mamapipie ni sebab ternampak entri pasal Nasi Kukus Sotong Besar yang baru di reading list semalam. Alang-alang dah mendarat di halaman tuan rumah, Syu pun tinjau-tinjaulah entri-entri Mamapipie yang sebelum ni. Saja nak tahu perkembangan semasa blog Mamapipie.



Untuk ketahui lebih lanjut pasal giveaway ni, korang boleh klik pada banner. Syaratnya tak susah mana pun. "Piece of cake" jer Mat Salleh cakap 😉💕. Sekiranya bernasib baik, korang bakal menerima bag comel seperti mana yang tertera dalam banner giveaway ni. Cantik kan?



Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang ni okey. Syarat penyertaan dah mudah sangat tu. Rugi kalau tak hantar penyertaan. Pada yang dah sertai Giveaway Awal Tahun Mamapipie ni - ALL THE BEST! Semoga ada rezeki untuk korang beroleh kemenangan.



BLOGPOST KEGEMARAN? | Kalau korang nak tahu, dalam banyak-banyak entri Mamapipie, Syu paling suka entri pasal Segment Share Resepi Perintah Berkurung. Segmen ni dah lama dah sebenarnya Mamapipie anjurkan - 2 tahun lepas. Cuma Syu tak dapat nak sertai sebab masa tu Syuderis.com masih lagi dalam perut mak dia - Syuderis.blogspot.com 😆. Berblog pun tak aktif lagi masa tu. Hanya sekadar jadi pembaca dibelakang tabir sahaja.



Dalam segmen ni ada banyak resepi-resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan Blogger Syu. Memang menarik sangat. Kalau buntu nak masak apa, bolehlah Syu rujuk di sana nanti. Ada manfaat juga segmen yang Mamapipie ni buat.


Segmen Share Resepi Perintah Berkurung

Comments

  1. good luck. nanti nak join jugalah

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih. Jemput join juga bagi meriah 😊💕.

      Padam
  3. selamat maju jaya syu. semoga menang GA pd kali ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat maju jaya juga abe. Jemput join juga yer 😊💕.

      Padam
  4. Goodluck and all the best kak syu! ;)
    Btw saya dah email details saya pada kak syu. Maaf sebab lambat >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tiqah!! Lama betul menghilang yer 😁.Jemput join juga bagi meriah.
      Orite2. Nanti akak cek yer 😘.

      Padam
  5. tq syu support GA mama. goodluck ye.
    post GA share resepi tu memang mama enjoy sangat buat sebab masa tu kan PKP so memang boleh cedok idea nak masak apa. hot juga post mam yg tu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!