Kopi Candu : Padu & Syahdu

Januari 06, 2022

Kemarin sengaja mohon cuti nak pergi cuti-cuti Malaysia ke Kedah hari ni 🤣. Saja nak habiskan sisa-sisa cuti tahun lepas & ambil angin bersama yang tercinta. Sebelum bergerak ke Kedah, Syu singgahlah sekejap perkena secawan dua kopi yang baru viral beberapa hari ni. Kopi Candu namanya! Nama lain macam kan. Itu yang nak cuba tu. Nak tahu juga sejauh mana kecanduannya sampai beratur panjang orang berbeli 🤣. 


Nama boleh tahan mengancam 😎. Harap tak kecanduan lepas minum. 



Actually, masa balik kampung ke Manjung minggu lepas ada ternampak kedai kopi ni. Tapi, tak berkesempatan nak menyinggah sebab ramai sangat orang datang berbeli. Tertanya-tanya juga sejauh mana kepaduan Kopi Candu ni sampai jadi buah mulut orang. Memandangkan cawangannya dah dibuka secara rasmi di Station 18 Isnin lepas. Apa lagi. Berkopi candulah kita hari ni 😁.


ADA PILIHAN LAIN UNTUK YANG TAK SUKAKAN KOPI | Untuk pengetahuan korang di kedai Kopi Candu ni bukan setakat air kopi sahaja yang dijual. Ada juga minuman lain selain kopi. Pada yang kurang gemar dengan kopi, korang boleh cuba diorang punya Frapee & Refreshing Drinks. 

 

Dari segi harga, harganya masih mesra rakyat 😁. Yang pasti lagi murah dari stabak 🤣


TERNYATA PADU & SYAHDU | Sejujurnya kopi di Kopi Candu ni memang padu & syahdu. Sekali cuba memang akan ketagih nak cuba lagi. Macam terkena candu 🤣. Memang kenalah dengan nama dia. Signature Kopi Candunya memang pekat likat melekat. Ditambah pula dengan taburan kacang almond & sedikit curahan Nutella. Yang ini memang Syu galakkan korang cuba bila datang ke kedai Kopi Candu ni. Rasanya memang tak mengecewakan. Ini kalau dapat perkena pagi-pagi sebelum pergi kerja memang terangkat. Syu minum Kopi Candu ni sepanjang perjalanan nak ke Kedah memang tak mengantuk langsung. Memang kuat penangannya. Sesuai sangat kalau nak jadikan ubat hilang mengantuk 😂. 



ADA IRAS-IRAS ESC | Bila fikir-fikir balik, dia punya Signature Kopi Candunya lebih kurang rasa macam Caramel Machiato di Espresso Street Coffee (ESC) yang Syu cerita hari tu. Sedap sangat. Memang terasa kepaduan kopinya 😋💕. Kalau korang datang JJCM (Jalan-jalan cari makan) di Ipoh atau Manjung, wajib singgah berbeli kopi di Kopi Candu ni. Kedai kopinya beroperasi dari jam 1 petang hingga 9 malam. Okey done sembang pasal kopi yang Syu beli semalam. Hari ni nak ronda-ronda Kedah sekejap . Kalau sempat, nak cuba lajak ke Perlis sekali 😁.  Nanti dah balik Syu cerita  dekat entri yang seterusnya - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Kalau ada kerajinan 😆.


Yang Syu beli ni Signature Coffee Kopi Candu & Caramel Machiato. Dua-dua ni memang terangkat bila minum 😋💕. 

Comments

  1. Berbaloi betul kalau beli kopi dapat yang betul-betul padu… meriah juga pilihan drinks di Kopi Candu tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Memang berbaloi sangat. Kopi sedap & ada banyak pilihan 😋💕.

      Padam
  2. Boleh ke guna CANDU, tempat saya Nasi Ganja dah tukar ke nasi Ganjar.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah sampai buka cawangan lain kiranya boleh lah tu guna perkataan CANDU 😂.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kan wak. Memang sedap dapat mengopi 😋💕

      Padam
  4. Risau nak cuba takut nanti nak membeli lagi. Dahlah jauh. Tapi kalau dah singgah tak cuba, nyesal lah pulak. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu pun risau juga ni sebab ada perancangan nak berbeli lagi 😂. Padu gila penangan kopi candunya.

      😁 Betul kak. Tak singgah mencuba rugi. He2~

      Padam
  5. Balasan
    1. Dah terkena candu dah 🤣
      Sampai ke sudah teringat-ingat kopinya UG.
      Bakal repeat lagi nampak gayanya ni 😂.

      Padam
  6. sesuai dengan namanya lah tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang sesuai sangat nama dia 🤣.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!