Resepi Asam Laksa Ala-ala D'Laksa

Mac 07, 2022

Minggu lepas Syu ada kongsi dengan korang Resepi Asam Pedas Ringkas & Sedap bukan? Untuk pengetahuan korang, resepi itulah sebenarnya Syu olah untuk dijadikan kuah asam laksa ala-ala D'Laksa Syu ni. Kalau korang baca resepi asal asam pedas Syu, insyallah korang boleh buat resepi asam laksa ni 😁. Tapi, kalau korang rasa renyah. Guna saja pes asam laksa keluaran ADABI nun.


Asam laksa ala-ala D'Laksa
Ini kalau ada nenas mesti lagi mengancam.


Nak dijadikan cerita. Masa masak asam pedas hari tu, bahan tumisan asam pedasnya Syu terbuat lebih. Dek kerana tak nak bagi pesnya rosak, Syu simpanlah dalam peti ais supaya boleh digunakan kemudian hari. Semalam, tekak tak terasa nak makan nasi. Jadi, Syu buatlah asam laksa menggunakan pes lebihan menumis asam pedas tu. 



Alhamdulillah, tak sangka menjadi asam laksanya 😋. Walaupun versi Syuderis. Tapi, rasa asam laksanya ada iras-iras rasa macam asam laksa D'Laksa. Tak gaduh nak berbeli dah lepas ni sebab dah reti buat sendiri. Lagipun, bahan-bahannya semua senang nak dapat. Andai kata tak habis. Boleh buat oden pula. Apa-apa pun SELAMAT MENCUBA!😊💕



BAHAN-BAHAN


3 senduk makan - Pes asam pedas* 

(Rujuk Resepi Asam Pedas Ringkas & Sedap atau boleh pakai pes asam pedas ADABI)

1 tin besar - Sardin*

1 tin kecil - Sardin dihancurkan isinya*

1 kuntum - Bunga kantan*

1 genggam - Daun kesum*

2 keping - Asam keping*

1 ketul - Gula kabong*

3 sdb. - Pitis udang*

Gula*

Bahan perasa*

Air asam jawa*

Air*


Laksa basah (Dimasak terlebih dahulu sehingga lembut)

Bawang merah (Dimayang halus)

Limau kasturi (Dibelah dua)

Cili padi (Dihiris halus)

Timun (Disangat halus)

Bunga kantan (Diracik halus)

Daun salad (Tak letak sebab tak ada)



CARA-CARA


  1. Campurkan kesemua bahan yang bertanda asterik (*) ke dalam periuk & gaul sehingga kesemua bahannya bergaul mesra - Kalau kuahnya pekat. Korang lebihkan sikit airnya.
  2. Masak kuah sehingga mesra kesemua rasa bahan-bahannya.
  3. Lepas kuah dah mendidih, bolehlah dihidangkan bersama laksa & bahan-bahan sampingannya yang lain.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!