Tukar Favicon Blogger

Mac 10, 2022

Bila laptop rosak. Macam-macam perkara & idea muncul nak dibuat pada blog. Nak buat ini. Nak buat tu. Hari ni entah macam mana datang pula idea nak tukar favicon (favourite icon) blog. Memang tak dinafikan yang Syu dah lama tak tukar favicon blog. Yang hairannya kenapa sekarang baru terlintas nak buat ya? Kenapa bukan masa ada laptop dedulu 😂. Bukan-bukan hala idea nak membega blog ni datang. Selagi tak buat, selagi itulah benda ni duduk berlegar dalam kepala otak- Tukarlah...tukarlah...tukarlah favicon Syu!



DARI KEPALA BERUANG KE EPAL || Penyudahnya, Syu tukar sajalah gambar favicon kepala beruang Syu tu dengan favicon baru yang berbentuk epal. Kenapa epal? Sesuailah dengan tema header Syu yang sedia ada sekarang ni. Nak letak favicon lain macam tak kena pula. Jadi, ada baiknya Syu padankan dengan ikon yang ada pada header blog Syu 🍎. Baru nampak cantik & seragam sikit.

Favicon
Goodbye bear 🧸. Hello apple!!🍎


Dari segi rekabentuk. Syu pilih imej yang ringkas & tak terlampau fancy untuk dijadikan favicon. Cukup sekadar ikonnya ada kena mengena sedikit dengan header blog Syu. Kalau korang nak tahu, kebanyakkan ikon-ikon yang Syu buat jadi favicon ni semuanya Syu ambil di Icon8.


Di sana ada bermacam-macam pilihan ikon comel yang korang boleh pilih untuk dijadikan favicon blog. Majoriti saiz ikonnya sangat kecil & sangat sesuai untuk dijadikan imej favicon. Jadi, korang tak payah nak runsing-runsing dah pasal saiz yang bakal korang muatnaik masa nak tukar favicon pada bahagian tetapan Blogger nanti.



Memandangkan Syu malas nak reka favicon Syu sendiri. Jadi, Syu tangkap muat sahaja mana-mana ikon yang Syu berkenan di Icon8. Cepat & mudah. Kalau ikutkan ada banyak lagi favicon percuma yang korang boleh dapat di website lain sebenarnya. Cuma korang kena pandai & rajin mencari. Tapi misal kata korang nak guna imej favicon korang sendiri, sebaiknya korang guna FAVICON GENERATOR untuk tukar imej kegemaran korang kepada saiz yang bersesuaian dengan kehendak Blogger.  




CARA TUKAR FAVICON BLOG


Walaupun piece of cake sahaja cara nak tukar favicon blog. Tapi kalau tak kena cara, proses penukaran favicon korang mungkin takkan berhasil 😅. Malah favicon yang korang nak tu mungkin takkan muncul selepas korang buat penukaran. Untuk buat penukaran favicon, pastikan imej yang korang nak guna tu saiznya tak lebih dari 100KB - Saiz paling optimum 16 x 16 pixels. Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua. Semasa menukar favicon di blog, ada 2 LANGKAH WAJIB yang korang perlu buat supaya korang dapat menukar favicon blog korang dengan jayanya tanpa sebarang masalah.



LANGKAH PERTAMA : Buang & Tukar Imej Favicon


  1. Pergi ke bahagian tetapan (Setting) Blogger untuk buat penukaran favicon
  2. Di bahagian Basic nanti, korang pilih butang Favicon
  3. Buang gambar favicon yang sedia ada - Sekiranya ada
  4. Pilih fail (Choose File) & muatnaik gambar yang hendak dijadikan favicon blog
  5. Tekan butang SAVE


Favicon


Belum selesai lagi ya proses tukar favicon tu. Lepas muat naik imej favicon kegemaran korang, ada satu perkara lagi yang korang WAJIB BUAT. Kalau korang skip langkah yang ini, sampai kesudah favicon yang korang tukar tu tak akan muncul pada blog yang korang cuba paparkan. Silap-silap yang muncul hanyalah imej favicon korang yang lama atau default favicon dari Blogger.



LANGKAH KEDUA : Reset Imej Favicon


Favicon


  1. VIEW BLOG & kemudian masukkan kod ni dihujung URL blog - /favicon.ico
  2. Tekan ENTER
  3. Kemudian tekan butang REFRESH untuk reset imej - Masa ni imej favicon korang yang lama akan automatik bertukar kepada imej favicon yang baru
  4. TUTUP tab kemudian VIEW BLOG sekali lagi - Imej favicon yang baru akan muncul disebelah tajuk yang dipaparkan pada bahagian tab.


Dengan cara ni juga, korang tak payah bersusah payah nak kena clear kan cookies & cached image/file dibahagian browsing data. Cukup sekadar korang resetkan imej favicon korang dengan langkah ni. Pada yang ada perancangan nak menukar favicon blog. Selamat mencuba. Sekiranya tak berjaya. Jangan segan silu untuk bertanya.

Comments

  1. Comel bear tu dan sekarang bertukar epal hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. He3. Lama dah bear tu berkhidmat. Kita bagi dia rehat sekejap.
      Biar epal pulak yang take turn.

      Padam
  2. Fiza pun dah lama tak tukar favicon. Comel je syu punya favicon tu. Apa² thanks. Nice sharing.

    BalasPadam
  3. ala, kita pun malas nak tukar. tengok la kalau rajin

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!