Nestle La Cremeria Sharewich Baru

Januari 15, 2023

Buat penggemar aiskrim. Syu nak bagitahu. Aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich baru dah muncul ya 😅. Harganya RM6 sepeket. Nampak macam mahal. Tapi, apa yang uniknya, aiskrim ni boleh dikongsi dengan partner korang macam aiskrim Nestle MatKool Butterfly tu.


Selain itu, dekat atas biskut aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich ni ada diselitkan juga beberapa special messages ringkas buat cuci mata, sejukkan hati & penambah semangat  korang untuk menempuh liku-liku hidup yang penuh onak duri ni 🤭. Jadi, nak tahu gempak ke tidak rasa aiskrimnya. Jom Syu review sikit pasal aiskrim ni.


Nestle La Cremeria Sharewich
Alang-alang dah nampak. Kita beli terus 🤭💕. 


Kalau korang nak tahu, aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich ni diapit dengan dua keping butter biscuits yang lembut & senang untuk dikepak dua. Lepas tu, aiskrim yogurt di tengahnya berkrim & ada rasa masam manis mixed berries macam aiskrim La Cremeria Summer Berries Yogurt. Memang sedap 😋💕.


Cuma Syu tak berapa nak berkenan dengan butter biscuits aiskrim ni 😂. Sebab biskutnya ada rasa masin-masin berlemak yang tak berapa nak kena pada tekak Syu. Nak-nak bila digabungkan dengan aiskrim yogurtnya tu. Pada Syu, butter biscuits ni macam lagi serasi dimakan dengan aiskrim coklat 🤭. Pada yang nak cuba, silakan. Manalah tahu, citarasa korang tak sama dengan Syu. Next, kita nak cuba aiskrim KitKat Pink pula. Dengar cerita aiskrimnya sedap.

Comments

  1. ok terasa nk mencuba! arap kena dgn tekak.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Mana tahu kena dengan selera 🤭💕.

      Padam
  2. Ipoh skrg tengah panas terik pula sedapnya kalau dpt eskrem ni. Aduhai! Batuk ibu tinggal saki baki lagi cepatlah sihat nak makan eskrem. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dah nak start panas dah Ipoh ni.
      Masuk bulan Februari nanti lagi panas 😌🌤️.
      Btw, get well soon ya ibu. Boleh makan eskrem 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!