Ketagih Makan Churros Mr.churros 🤤

Ogos 20, 2023

Churros sedap
Cicah dengan sos coklat pun sedap. Dengan sos karamel pun sedap juga.


Korang pernah makan churros dari Mr.Churros? Sedap tau! Actually, dah banyak kali dah Syu repeat beli churros dari Mr.Churros ni. Semuanya gara-gara officemate Syu. Dialah yang bagi Syu rasa hari tu. Tak pasal-pasal sampai ke hari ni ketagih nak makan churros Mr.churros lagi. Memang kena sangatlah dengan slogannya - "The most addictive churros in town".



Ranggup di luar & lembut di dalam


Luar ranggup. Dalam lembut & ada kenyal-kenyal sikit.


Serius korang. Churros dari Mr.Churros ni memang sedap sangat. Beli satu set memang tak cukup 😂! Churros-nya rangup di luar & lembut di dalam. Bau pun wangi. Harum semerbak. Dah sejuk pun still lembut lagi. Pernah Syu beli dekat seller yang lain. Tapi, rasa & teksturnya tak boleh lawan churros Mr.Churros ni 🤭.



Dari segi harga, pada Syu agak berbaloi jugalah sebenarnya. 1 set churros Mr. Churros ni RM7 & ianya termasuk sekali dengan dia punya dipping sauce. Ada 3 jenis dipping sauces yang korang boleh pilih. Caramel, dark chocolate & milk chocolate. Ketiga-tiganya memang sedap bila dicicah dengan churros. Nak makan churros, beli dekat Mr.Churros. Memang addictive tanpa sempadan!

Comments

  1. Anak anak suka sangat makan churros ni, Tapi mak nya belum ada keyakinan nak buat sendiri

    BalasPadam
  2. anak-anak suka makan churros ni..

    BalasPadam
  3. My kids pun suka churros tapi tak pernah lagi try Mr Churros. Selalu beli kat pasar malam je.

    BalasPadam
  4. Nanti kalah ke Malaysia lagi, saya nak coba , 😄. So far belum ketemu churros yg benar2 enak. Mostly rasanya manis sangat kak. Makanya saya tak terlalu suka. Dan kalau sudah sejuk, rasa pun berubah 😅

    Tapi kalo churros ini tetap sedap, memang saya harus coba artinya 😄👍

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!