Posts with the label Rumah Perakku
Memaparkan catatan dengan label Rumah Perakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Perakku. Papar semua catatan

Jun 17, 2023

Rumah Perakku : Alkisah Cabut Undi Rumah Perakku (Chemor)

Kemarin masuklah live Facebook (FB) Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Perak (LPHP). Apa lagi kalau bukan pasal surat cabut undi yang Syu terima hari tu. Masuk-masuk live FB. Nah! Frustrated gila!


Ingatkan surat yang Syu terima hari tu dah kira final stage untuk dapat Rumah Perakku. Rupa-rupanya, diaorang baru nak cabut undi untuk pencarian calon - Tak pasal-pasal kita & calon-calon lain dah salah faham 😂.


Rumah Perakku
Baru nak cari calon rupanya. Ingatkan kitalah calon tu 😆.


Mati-matilah ingat kita dah tercalon & tinggal cabut nombor rumah. Rupa-rupanya baru nak buat pemilihan calon. Sudahlah calonnya ramai. Cara cabut undinya pula ala-ala rancangan Roda Impian - Guna Wheel of Names. Memang punah impianlah jawabnya. Almaklumlah, Syu Deris ni sejenis tak ada luck sikit kalau cabut undi macam ni rupa. Sebab nama susah nak lekat 🤣.



Terhad 52 lot rumah sahaja


Untuk pengetahuan korang. Masa live hari tu. Kuota lot rumah yang di buka untuk Program Rumah Perakku di daerah Chemor ni cuma terhad kepada 52 lot sahaja. 30 lot dibuka kepada calon bumiputera. 22 lot selebihnya dibuka kepada calon yang bukan bumiputera. Lepas tu, dalam tiap-tiap satu lot rumah ni ada disimpan 3 calon simpanan as backup plan.


Rumah Perakku
Macam ini Cara cabut undiya kome! 😂


In case, nama pemegang lot yang tercalon tadi tak lepas pinjaman dengan pihak bank. Maka, calon simpanan inilah yang akan take over. Tapi itulah, senarai calonnya bukan main ramai sampai dekat 500 orang! Tapi, kuota rumahnya pula sikit sangat 😅. 



Rezeki sampai takat ini


Sejujunya, peluang nak dapat rumah murah Program Rumah Perakku bukannya mudah. Bergantung pada rezeki juga sebenarnya. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapalah tahu. Mungkin rezeki Syu dengan Rumah Perakku sampai takat ini saja 😌 - Sedih juga tak tercalon sebenarnya. 


Lagipun, bila difikir-fikir balik. Lokasi rumahnya terlampau jauh dari tempat kerja Syu & husband. Memanglah rumahnya murah. Tapi kalau jauh sangat sampai nak berulang kerja makan masa berjam-jam pun payah juga. 


Rumah Perakku
Terpaksalah cari rumah mampu tengok juga gamaknya 😅. 


Apa-apa pun. Syu percaya dengan peracangan Allah. Mungkin Dia dah atur sesuatu yang lebih baik untuk Syu sekeluarga. Lambat & cepat saja untuk Syu dapat. Semoga Allah murahkan rezeki & mudahkan urusan Syu untuk beli rumah 🤲🏻. 

Rumah Perakku : Alkisah Cabut Undi Rumah Perakku (Chemor)

Jun 17, 2023

Jun 11, 2023

Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi

Korang ingat tak dua tahun lepas Syu pernah attendeded interview Rumah Perakku Di Chemor nun. Alhamdulillah, tak sampai setahun keputusan pun keluar & dipamerkan senarai pemohon yang berjaya di Pejabat Tanah & Galian Manjoi.



Semalam, terima pula  surat untuk cabut undi. Secara Facebook live katanya. Tak tahulah dapat rumah nombor berapa Syu cabut undi nanti😅. Harap ada luck dapat lokasi yang strategik & berjiran dengan jiran kiriman syurga 😂. Mesra alam, bertolak ansur & tak buat banyak onar. Amin 🤲🏻. 


Rumah Perakku
Jatuh pada hari & waktu bekerja pula tu. Bila masa nak bila Facebook live 😂. 


Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi

Jun 11, 2023

Disember 01, 2021

Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Beberapa hari lepas Syu ada cerita pengalaman Syu temuduga Rumah Perakku di Dewan Komuniti Chemor - Rumah Perakku : Temuduga. Memandangkan ada yang bertanya, sebaiknya Syu buat perkongsian sikit macam mana cara nak mohon. Mana tahu ada golongan B40 senasib dengan Syu yang berhajat sangat nak kan rumah pertama untuk didiami. 

Tapi, awal-awal Syu pesan yer. Permohonan ni hanya sekadar ikhtiar. Sebab yang memohonnya ramai. Quota rumah yang dibuka untuk program ni pun hanya beberapa buah sahaja. Dapat tak dapat bergantung pada rezeki. 😉💕Apa-apa pun, jangan serik berusaha okey!!


Untuk pengetahuan korang, segala projek & permohonan Perumahan Negeri Perak ni berada di bawah tanggungjawab & bidang kuasa LPHP (Lembaga Perumahan & Hartanah Perak). Untuk Perumahan Negeri Perak ni projeknya bukan terhad kepaada kategori Rumah Perakku sahaja.

Actually, ada banyak projek lain seperti Perancangan Rumah Tersusun, Program Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia, Perwira & Rumah Perakku 1. So, masa membuat permohonan nanti korang kena pilih betul-betul kategori rumah pilihan korang yang macam mana korang nak. Maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi LPHP



Pendaftaran & permohonan


Rumah Perakku


Sebelum diterima untuk ditemuduga, korang diwajibkan membuat pendaftaran/permohonan terlebih dahulu di laman web PENDAFTARAN PERUMAHAN NEGERI PERAK. Memang tak dinafikan yang website LPHP ni mobile friendly.


Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang permasalahan ketika pendaftaran, sebaik-baiknya korang mendaftar dengan menggunakan komputer. Selain tu, korang kena pastikan juga yang korang layak & memenuhi syarat-syarat pendaftaran ni :


  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)


Sekiranya korang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan korang akan ditolak & tidak akan disenaraikan dalam senarai temuduga. Lepas dah isi segala maklumat peribadi, email & kata laluan di bahagian pendaftaran, korang boleh hantar pendaftaran/permohonan korang tu untuk semakan LPHP.



Untuk pengetahuan korang, proses pendaftaran/permohonan ni akan memakan masa lebih kurang 7 hari bekerja. Kadang tu tak tentu. Macam Syu hari tu tak sampai 7 hari pun. Kira cepat jugaklah diorang semak & proses. Sekiranya pendaftaran berjaya, pihak LPHP akan maklumkan kepada korang melalui email & selepas tu barulah korang boleh log in untuk buat pengemaskinian.



Kemaskini Maklumat


Rumah Perakku

Untuk pengemaskinian, korang hanya perlu masukkan kata laluan berdaftar yang korang dah submit semasa pendaftaran/permohonan tadi. Sekiranya ada sebarang perubahan maklumat, korang boleh buat pengemaskinian dari masa ke semasa. Sebaik-baiknya korang buat dua tahun sekali. Kalau korang tak buat kemaskini, kebarangkalian untuk dipanggil temuduga mungkin tipis.




Sesi Temuduga


Rumah Perakku


Sekiranya permohonan korang berjaya, pihak LPHP akan menghantar surat panggilan temuduga ke alamat surat menyurat korang. Di dalam surat tu nanti, akan disenaraikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa, tarikh, tempat & masa temuduga. Berikut Syu senaraikan dokumen-dokumen yang pihak LPHP minta untuk dibawa bersama ketika temuduga tu:


  1. Kad pengenalan suami/isteri & salinan
  2. Sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/surat perceraian & salinan
  3. Kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak/tanggungan & salinan
  4. Penyata gaji terkini suami & isteri bagi yang bekerja di sektor awam/swasta & salinan
  5. Surat pengesahan & perakuan pendapatan bulanan pemohon & isteri/suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)/penghulu/pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) terkini pemohon & isteri/suami
  7. Laporan kredit dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit(AKPK)/laporan CTOS/Bank Negara


Pasal temuduga jangan risau. Temuduganya tak macam korang temuduga SPA 😁. Lebih kepada sembang-sembang & sesi soal jawab santai-santai jer. Masa temuduga nanti pegawai LPHP akan semak dokumen korang, tanya sikit pasal komitmen, latar belakang kerja & status penginapan terkini korang (sewa/duduk dengan keluarga).


Kemudian pegawai tu akan bagitahu lokasi, harga & details rumah yang korang bakal beli. Lepas dah habis dengar dia berceloteh, dia akan beri peluang kepada korang untuk bertanya soalan. Masa ni nanti korang tanyalah puas-puas apa benda yang korang nak tanya.



Secara roughly, apa yang Syu boleh simpulkan. Proses permohonan rumah ni terbahagi kepada beberapa peringkat. Permohonan, temuduga, cabutan undi (nombor rumah) & proses jual beli. Sekiranya bernasib baik & permohonan diterima, korang kena ingat yang rumah tu mestilah didiami, tak boleh dijual/dipajak & tak boleh dibuat disewa mahupun dibuat homestay. Syu harap perkongsian Syu yang panjang lebar ni dapat membantu korang. Sebarang pertanyaan korang boleh drop di ruangan komen/contact form 😊🍎.

Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Disember 01, 2021

November 28, 2021

Temuduga Rumah Perakku

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.


Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat. 



Untuk makluman korang, sesi temuduga Rumah Perakku ni dibuat di Dewan Komuniti Chemor. Kalau ikutkan, Syu boleh jer nak pergi sendiri. Tapi, diorang yang offer diri nak temankan Syu. Alang-alang diorang nak ke Klebang ambil anak, so diorang cuba setelkan urusan Syu sekali. 


Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? 😅). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.


Rumah Perakku
Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin 😁


Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.



Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun dijadikan sebagai homestay. Permohonan tersebut akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain.


Sejujurnya, Syu tak ada lah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. Kalau dapat alhamdulillah 😊💕. 




BACA JUGA


👉 Perumahan Negeri Perak : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Temuduga Rumah Perakku

November 28, 2021

November 11, 2021

Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

Rumah Perakku
Harap ada rezeki untuk Syu & suami 🥰


🤲🏻Alhamdulillah, sekian lama menanti. Akhirnya sampai jugak jemputan temuduga dari Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) ni. Lama dah mohon Rumah Perakku ni sebenarnya. Dari masa Syu kerja NGO dulu Syu mohon. Harap ada lah rezeki hendaknya.



Bukan apa, golongan B40 macam Syu ni memang memerlukan sangat-sangat rumah untuk didiami. Tak demand rumah besar pun. Cukup rumah yang elok & selesa untuk menghabiskan masa tua. Nak beli rumah besar-besar tak mampu sebabnya rumah-rumah sekarang banyak RUMAH MAMPU TENGOK berbanding RUMAH MAMPU MILIK 😂

Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

November 11, 2021