Jun 22, 2021
Jerawat Bernanah Start Hilang Lepas Pakai Produk Ni
![]() |
| KRIM TIDACT : Krim ni Syu pakai lepas Syu pakai toner. Tapi malam jelah. Sebab kalau Syu pakai waktu siang, kulit Syu jadi macam melengas 😂. Maklumlah, kulit Syu kan jenis berminyak. |
Setakat ni, produk-produk yang Syu listkan dekat atas ni jer yang berjaya menghelokkan muka Syu balek 😂. Ada dekat setahun lebih jugaklah Syu pakai produk-produk ni. Tapi sekarang, Syu memang tak pakai dah. Sebab jerawat bernanah tu dah totally hilang 😁. Syukur alhamdulillah...
Jun 07, 2021
Pulihkan Semula Kulit Guna Produk Penjagaan Kulit Lelaki
Hari ni Allah tarik sekejap nikmat kesihatan Syu. Start dari malam tadi badan tak berapa nak sihat. Dengan selemanya lepas tu dengan senggugut lagi. Memang kalahlah jawabnyer. Bila dok fikir-fikir balik lama jugak sebenarnya Syu tak kena selesema . Tapi bila kena tu siap dapat package combo lah pulak 😂. Ingatkan siang tadi nak sharelah sikit pasal pengalaman masalah kulit Syu dengan korang. Tapi disebabkan Syu dah makan ubat, maka mata ni dia punya mengantuk tu memang tak boleh bincang 😅. Yang Syu sempat buat just post thumbnails ni jer.
Start dari tengahari tadi memang membuta jer tak ingat dunia. Memang tak sedar langsung. Kuat betul ubat selesema yang Syu makan tu 😁. Malam ni alhamdulillah. Dah start recover balik. Malam-malam macam ni baru dapat luangkan masa nak berblogger. Harap korang sudilah nak membaca. By the way, berbalik kepada tajuk cerita. Apa yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sendiri sebenarnya. Memang betul Syu dah tak pakai produk penjagaan kulit orang perempuan. Terutamanya pencuci muka. Start Syu lepas habis belajar memang Syu tukar terus pencuci muka, tu pun lepas accidentally terpakai pencuci muka adik lelaki Syu. Brand Garnier kalau tak silap Syu. Kulit Syu ni kalau korang nak tahu memang jenis berminyak & senang breakouts.
![]() |
| Last time Syu pakai yang AcneFight. Sekarang Syu pakai Turbolight Oil Control. |
Sekarang ni alhamdulillah. Muka Syu memang dah tak macam muka orang pecah rumah dah. Tu pun lepas tukar ke pencuci muka orang lelaki. Nak kata pelowles sangat tu tak lah. Tapi, kesan periuk api tu masih jugaklah boleh nampak 😁. Actually, banyak jugak Syu spent duit beli produk penjagaan kulit tapi semuanya tak berkesan. Even produk mahal pun sama. Tetap tak jalan. Pada Syu, pencuci muka wanita ni dia agak mild sikit untuk Syu. So kesan dia tu macam tak berapa sangat. Atau mungkin kulit Syu bukan kulit orang pompuan agaknya 😂. Tu yang tak sesuai tu.
![]() |
| Sekarang pakai yang ni 😁. |
April 29, 2021
Garnier Light Complete : Boleh Cerah Ke?
BOLEH CERAH KE | Memandangkan hari ni cuti bersempena Nuzul Al-quran, jadi ada lah kelapangan sikit ni untuk Syu review pasal produk skin care yang Syu tengah pakai sekarang ni. Garnier Light Complete?? Boleh cerah ke pakai produk ni?? Ahaaa...jujur Syu cakap. Boleh!! Tapi, effect dia tu tak lah secepat macam produk-produk timbang kilo kat luar sana. Yelah, sebab skin care ni pun takde mengandungi merkuri sebaliknya produk mengandungi ekstrak semulajadi dari Yuzu segar Jepun yang sememangnyer kaya dengan vitamin C🍊.
![]() |
| 💕😄 Dapat free booster serum. |
Memang tak dinafikan dalam iklan diorang ada promote yang produk ni boleh cerahkan kulit dalam masa 3 hari, tapi bergantung dengan jenis & kondisi kulit jugak sebenarnya. Actually produk Garnier Light Complete ni Syu tak beli complete set. Syu just beli krim serum jer. Mungkin sebab tu kesan dia tak berapa nak cepat. Syu beli krim ni dekat Shopee jer. Masa tu diorang ada buat promosi. Jadi, Syu grab je lah terus dalam 2 set.
Setakat Syu pakai produk ni ada nampak lah sikit perubahan pada kulit Syu. Actually kalau korang nak tau, muka Syu ada sunburn sikit. So, untuk mengurangkan jelaga yang semakin berleluasa tu Syu decide untuk try produk ni. Even tempoh keberkesanan tu macam lambat & tak sama macam yang diiklankan, tapi kesan dia tu tetap ada. Lagipun, belum sampai sebulan Syu pakai produk ni😄. Nak hasil yang optimum kena lah amalkan produk ni secara kosisten. Baru nampak hasil yang betul-betul macam yang diiklankan.
VITAMIN C BOOSTER SERUM | Krim serum yang Syu beli ni memang best tau!! Even kulit Syu jenis yang berminyak, tapi bila Syu apply kat muka memang tak rasa melekit & berminyak langsung. Set krim serum ni ada dua jenis tau, satu krim siang & satu krim malam. Memandangkan masa promosi haritu pembelian Syu lebih RM60, so seller bagi percuma 30x booster serum & lemon pouch yang cute ni. Satu pack booster serum tu Syu masukkan kat dalam dua-dua krim siang & malam. Tak payah nak picit-picit dah. Tinggal sapu jer kat muka terus. Kalau korang berminat nak cuba korang boleh klik pada link ni untuk membeli 👉 GARNIER LIGHT COMPLETE SKIN CARE SET
![]() |
| Love sangat dengan pouch lemon ni. Comel sangat!!😚💕 |
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2026
(34)
-
▼
September
(9)
- Salam Takziah Atas Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah M...
- Cascada By The Magical Beans - Port Lepak Wajib Co...
- Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie
- It's FRI-YAY!
- Family Day Ke Melaka-JB : Let's Go Bebeh!
- Putu Piring Limbongan Melaka
- Hikayat CEO dari Neraka — Merentan Jumaat
- Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside
- Culik Mak Balik Ke Pusing
-
▼
September
(9)








