Jun 04, 2021

Cuba Resepi PJJ Donut & Bomboloni

Review PJJ

Memandangkan masa lockdown ni ada banyak masa terluang. So, Syu isilah masa lapang Syu dengan join PJJ Group Multi-version Doughnut dekat FB. Ni kira cubaan pertama Syu buat bomboloni frozen😁. Doh ni Syu dah bekukan semalaman. Kalau ikutkan nak terus goreng jer malam tadi. Tapi memandangkan dah terlampau kenyang, so Syu postponed untuk buat minum petang hari ni. 

Doh frozen
Ni doh frozen bomboloni yang Syu buat malam tadi.Macam rupa ragi pun ada πŸ˜….

Actually, Syu memang nak share resepi ni. Tapi memandangkan ni resepi berbayar, macam tak syoklah pulak kan. Sebab resepi ni kira hasil kerja & periuk nasi cikgu-cikgu PJJ ni jugak. Lagipun rules dalam group memang Cikgu PJJ dah pesan tak boleh share atau muat naik apa-apa content dari group ni ke mana-mana platform lain. So, apa yang Syu boleh share kat sini just hasilnya sahaja. Sorry y'allπŸ˜‰. 

Bomboloni
Doh ni kena bagi defrost & proof pada suhu bilik.

Bomboloni
Dak kembang barulah boleh goreng.

Bombloni
Goreng sampai ada ring macam ni.

Bomboloni
Lapik dengan paper towel untuk serap lebihan minyak.

Inilah hasil bomboloninya. Terus terang cakaplah rupa dia memang tak semenggah sikit. Nama pun percubaan pertama kan πŸ˜‚. Actually, Syu malas nak buat filling. So, jadilah bomboloni kosong ni. Sungguhpun bukan bomboloni jadi bombonat pun nak kira okaylah kan. Tapi jujur Syu cakap, tekstur dia memang gebu-gebas. Mula-mula macam tak percaya jugak dari doh keras batu tu boleh jadi lembut macam niπŸ˜†. Lepas ni bolehlah cuba buat lagi.

Bombloni
First time buat memang hasil tak semenggah sikit 😁.

In case kalau korang nak join, korang boleh cari FB Cikgu Ina Anizaina πŸ˜‰. Dalam group PJJ ni macam-macam doh roti & donut korang boleh belajar sebab doh ni memang boleh dipelbagaikan untuk buat roti & pizza jugak. So, memang tak rugi kalau korang join. Lagipun memang ramai sahabat PJJ Syu berjaya jadikan resepi-resepi PJJ ni sebagai sumber pendapatan. Yuran pun tak adalah mahal mana RM10 jer sekarang ni. Memang berbaloi & tak rugi!! Dulu mahal tau...RM30 kalau tak silap Syu. So, kalau korang nak join korang boleh register hari ni sebab Syu pun tak pasti sampai bila promo PJJ ni habis [ Cikgu PJJ baru update : 1-14 Jun 2021].

'Epiphora' Dari Air Mata Bulus


Kemarin tuan tanah Giveaway Mellow Crunch, Atiqah Najihah ada datang blogwalking blog Syu. Sambil tu dia ada tanya pasal kucing parsi Syu yang sekor tu. Disebabkan pertanyaan tu, maka tercetuslah idea nak buat content blog pasal "Ephipora: Air Mata Bulus"😁. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu. So, ada baiknya  Syu share sikit info pasal ni.


Sebenarnya apa yang blogger Atiqah nampak kat mata kucing Syu tu, itu lah dia "Epiphora" atau nama lain dia "cat tear stains (CTS)". Epiphora ni kira istilah saintifik CTS, yang mana ia merujuk kepada simptom terhasilnya air mata kucing secara berlebihan. CTS ni kebiasaannya akan terjadi kepada kucing-kucing yang berfizikal "Brachycephalic" macam kucing baka Parsi & Himalaya. 





BRACHYPHALIC TU APA?

Auntie-auntie tolonglah kita. Kita tak reti cuci mata πŸ˜‚.

"Brachycephalic" ni sebenarnya datang dari bahasa Greek iaitu "brakhu" yang bermaksud pendek. Keadaan fizikal kucing yang macam ni kita kategorikan sebagai "Brachycephalic" disebabkan struktur tengkorak bahagian muka diorang yang pendek, penyek ("flat-face") & tenggelam ke dalam ("squished-in). Brachycephaly ni bukan ada pada kucing jer tau. Anjing pun ada jugak. Kebiasaannya kita boleh nampak pada pitbulll, & bulldog contohnya.


Disebabkan faktor fizikal muka yang macam ni, maka air mata kucing ni tak dapat bertakung secara normal macam kucing-kucing yang lain. Tambah pulak, bulu-bulu dekat mata diorang ni akan asyik terkena & tercucuk dekat bahagian mata. So, keadaan macam ni kira menganggu pandangan diorang untuk melihat & sedikit sebanyak membuatkan mata diorang ni pedih. Bila mata pedih maka terhasillah air mata secara berlebihan pada mata kucing tu. Fungsi air mata tu sendiri adalah untuk membasahkan bulu-bulu dekat sekeliling kawasan mata kucing. Dengan bantuan air mata tu sedikit sebanyak akan meratakan permukaan bulu-bulu daripada menganggu bahagian mata. 

Auntie-auntie jangan lah marah kita. Kita dah lah suka nangis.

Actually, possibility kucing berfizikal "Brachycephalic" untuk kena epiphora atau CTS ni memang tinggi & ianya adalah normal. Bila diorang kena simptom ni, mata diorang memang akan sentiasa berair. Kadang-kadang tu sampai meleleh-leleh macam orang menangis. Entah apa yang sedih sangat pun tak tahuπŸ˜‚. Even korang lap lah macam mana sekalipun, kejap lagi mesti ada balik. Bila dah terlampau banyak sangat air mata terhasil maka terjadilah CTS ni. CTS ni kalau tak dicuci memang akan mengotorkan muka kucing. Tambah-tambah kalau kucing tu bulu dia warna putih. Sedangkan kucing Syu yang warna oren tu pun blogger Atiqah boleh nampak CTS, inikan pulak kucing berwarna putihπŸ˜….

Memang tak dinafikan yang CTS ni kebanyakkan terjadi pada kucing muka penyek. Tapi korang kena ingat. Kalau benda macam ni terjadi dekat kucing korang yang fizikal muka dia bukan brachycephalic, korang dinasihatkan untuk bawa kucing korang berjumpa veterinar. Sebab tanda-tanda CTS ni actually sangat tidak normal untuk kucing yang hidungnya helok terletak yerπŸ˜‚. CTS pada kucing normal tu menunjukkan simptom awal akan terjadinya penyakit mata.

Jun 03, 2021

Tart Nenas Lemak & Melting Di Mulut

TART NENAS LEMAK & MELTING DI MULUT || Inilah dia hasil bekerja dari rumah (BDR). Tak ada kerja cari kerja. Memandangkan lebihan barang-barang untuk buat biskut masih ada lagi, maka berperang lah time-time lockdown ni dengan oven. Rayakan sebulan, apa salahnyer yer dak?😁


Sebenarnya Syu dah buat dah tart ni sebelum ni. Tapi dah habis sebab banyak bawak dekat ofis Syu & husband hari tu. Kiranya semua stok biskut raya dah habis licin. Jadi, terpaksalah repeat buat lagi untuk buat stok kudap-kudap kat rumah time lockdown ni.


Lagipun Syu sayangkan baki minyak sapi yang Syu guna buat tart hari tu. Kalau biar lama-lama nanti rasa dia jadi dah tak sedap. Ada baiknya juga Syu habiskan. Tak ada lah membazir. Dapat dalam satu adunan lagi jadilah. 



Setakat ni, resepi tart yang ni jer yang Syu rasa boleh diterima masuk dek tekak Syu. Sebelum ni pernah buat ikut resepi sebiji-sebiji macam dalam buku resepi & resepi online tapi tak jadi. Tak tahu lah kot tangan ni memang tak berseni ke ape ke kan dalam bab-bab buat cookies ni.


Sudahnya, buat resepi pakai agak-agak macam ni. Senang. Sukat pun mana dan saja. Tapi itulah, tak sangka pula menjadi hasilnya πŸ˜‚ . Tahun ni kira tahun kedua Syu repeat resepi & ingredient yang sama untuk buat tart nenas ni. 


Untuk resepi tart ni korang boleh tengok dekat πŸ‘‰ SINI. Actually, cara buatnya sama jer macam buat biskut-biskut yang lain. Adunannya Syu cuma campur & kacau guna senduk sahaja. Tak ada nak beria-ria pukul macam nak buat kek.


Jem nenas pulak Syu beli yang dah siap dekat bakeri. Malas nak buat sendiri😁. Bukan apa, nak buat jem nenas ni renyah sikit. Isi nenas tu dahlah nak kene sagat halus. Lepastu bila masak tu pula nak kena tunggu sampai kering. Gula tak boleh banyak. Kalau tak nanti jemnya jadi keras. Ehhh...tak kuasa nak duduk bercinta kat dapur layan jem nenas. Lagi baiklah beli dekat kedai. Jimat masa & tenaga.


Fresh from oven.


Masa buat tart ni, Syu tak gunakan susu mahupun susu tepung. Untuk nak bagi rasa lemak-lemak susu tu, Syu gunakan minyak sapi & majerin. Bau dia memang sedap. Tekstur adunan dia pulak korang kena make sure adunan tu lembut & tak melekat dekat tangan.


Bukan apa, kalau terlebih tepung nanti adunannya akan jadi keras. Susah pula korang nak gulung nanti. Lepas tu bila bakar nanti takut tartnya jadi kering & crack. Dah tak cantik & hodoh pula rupanya nanti.


By the way, dari segi suhu pula Syu guna suhu 150 darjah celcius sahaja. Bakar pun tak lama. Lebih kurang 20 minit. Syu pernah terlebih bakar masa mula-mula buat tart ni dulu, sudahnya inti tart jadi keras macam batu πŸ˜‚. Sampai kena komplen dengan sepupu.


Start dari tu memang Syu tak bakar lama-lama. Masa bakar tu kalau korang dah nampak macam golden sikit dekat atas tart tu boleh lah korang keluarkan dari oven.


Siap!! Ready untuk dingap!!πŸ˜‹

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Sinaran mentari menerpa ke pipi,
Ciapan burung penyeri pagi,
Assalamualaikum & selamat pagi,
Semoga hari ini sentiasa berseri
Semalam sempat cover dua giveaway 😁. Pagi-pagi ni kita cover giveaway by Kak Suriamanda pulak. Bersempena ulangtahun kelahiran Kak SA, buat pertama kalinya Kak SA ada anjurkan giveaway. Kalau korang, nak join korang boleh klik banner kat atas. Punya lah lama baru nak start buat entry pasal giveaway Kak SA kita niπŸ˜‚. Orang lain semua dah submit link. Dah hujung-hujung baru lah ada kerajinan & kesempatan nak create post GA Kak SA. Tapi masih belum terlambat lagi kan untuk Syu join 😁. By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-43 buat Kak SA. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta terhindar dari sebarang mara bahaya. Honestly, appearance Kak SA memang tak nampak macam umur 43 pun πŸ˜‚. Silap-silap kalau berdiri sebelah-sebelah ni rasenya mau Syu yang nampak lagi tua.
Untuk makluman korang, GA ni akan berlangsung sehingga 6 June 2021. Pada yang belum join, masih ada masa lagi untuk korang submit penyertaan. Bukan apa, sebab nak join GA ni tak susah mana pun. Apa yang perlu korang buat adalah:

1) Follow blog πŸ‘‰ Kak SA
2) Subscribe πŸ‘‰ YT Channel SA
3) Follow πŸ‘‰ Instagram
4) Follow πŸ‘‰ Facebook
5) Copy and paste banner create satu entri bertajuk "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
6) Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen tuan tanah

Keputusan GA akan diumumkan oleh Kak SA pada 7 June 2021 & hadiahnya utamanya adalah...MISTERI!!😁 Tapi yang pasti, hanya 6 orang pemenang bertuah sahaja yang akan dipilih & akan dipilih dengan cara cabutan menggunakan Random.org. Selebihnya yang  untuk 10 penyertaan, Kak SA akan letakkan korang dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap. So,apa tunggu lagi? Jom kita ramai-ramai memeriahkan GA Kak SA ni. Masih berbaki 3 hari lagi & belum terlambat untuk korang submit penyertaan😁.