September 06, 2021

Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)

Ini alkisah hari Jumaat hari tu. Nak bercerita. Tapi tak terluah. Dia punya sabar tu tahan bawak sampai ke hari ni. Tak tahulah nak geram ke nak menyampah dengan Shopee ni.  Niat hati kononnya nak shopping lah bersempena event Shopee 9.9 ni. Semuanya gara-gara ternampak abam Jackie Chan dok menari-nari dekat iklan Shopee dalam TV (Sambil menaip entri ni pun nampak iklan Jackie Chan ni lagi!! Geramnya 😔). Tak ke menggugat keimanan nak bershopping. Cubalah buka aplikasi Shopee. Bila bukak akaun, nak sign in Shopee tak boleh. Ahhh...sudah!! Mulalah nak naik geram. Banyak kali jugaklah Syu cuba untuk login. Asyik keluar notifikasi "Login failed"? 

Shopee | Akaun Kena Banned
Dah kena banned dah akaun Shopee Syu. Halah3 😂. Macam mana nak shopping ni.


Entah macam mana tiba-tiba terdetik hati ni nak baca email. Rupa-rupanya, ada satu email dari Shopee (bertarikh : 2/9/2021) ni bagitahu akaun Syu dah kena banned!! Lagilah makin bertambah menyirap lah dibuatnya. Dah kenapa kan? (Dalam hati : "Aku nak shopping ni. Kenapa banned akaun aku!! 😅"). Rasanya, Syu tak ada pun beli & jual barang terlarang. Dalam otak dah pikir. Mesti ada someone yang dah hack akaun Shopee. Kalau tak, masakan sampai kena banned ye dak? Selama hari ni kalau Syu nak login pun Syu just guna akaun 3rd party iaitu akaun Facebook. Bertahun-tahun dah guna, baru hari ni kena banned. Lawak sungguh. 



APA NAK BUAT?


Dekat sini ada 3 alternatif yang korang boleh buat untuk dapatkan semula akaun Shopee korang.  Antara alternatifnya :

1) Appeal form

Once korang kena banned, perkara yang korang kena buat adalah dengan submit appeal form dekat Shopee.  Appeal form ni korang akan dapat melaui email yang dihantar oleh pihak Shopee. Dekat email tu korang klik jer perkataan "Appeal Form" yang dah di highlight dengan warna oren tu. Then korang isi jer form tu macam biasa. Lepas tu korang submit. Tunggulah dalam 3-5 hari bekerja. Pihak Shopee akan hantar maklumbalas.

Shopee | Akaun Kena Banned
KIRI : Email pemberitahuan dari pihak Shopee. KANAN : Appeal form yang korang kena isi & submit.



2)   E-mail 

Selain dari appeal form, korang boleh jugak hantar fraud appeal melalui email ke help@support.shopee.com.my untuk respon yang lebih cepat, Tapi, kalau korang rasa dengan submit appeal form dah cukup, ianya tak jadi masalah pun. Sebabnya, respon dari team Shopee ni kira agak cepat jugaklah untuk isu-isu yang macam ni.

Shopee | Akaun Kena Banned
Lepas dah hantar Appeal Form, Syu tetap submit jugak guna email. Bukan apa, kalau boleh tak nak lah sampai akaun Shopee kena banned 😢.




3)  Telefon Help Center Shopee

In case korang tak dapat sebarang maklum balas daripada korang punya appeal, alternatif terakhir korang boleh buat adalah dengan menelefon terus Help Center Shopee ditalian +603 2777 9222 . Masa ni korang ceritalah segala apa yang terbuku dihati korang (Macam nak buat aduan kes penderaan rumahtangga pulak jer kan. Padahal akaun Shoppe kena banned jer. Ha3 😝). Untuk pengetahuan korang, Help Center Shopee ni beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. So, bila ada kelapangan & keperluan, korang boleh telefon untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak Shopee.


Actually, ada satu lagi alternatif.  Tapi, alternatif ni TAK AKAN BERKESAN once akaun Shopee korang dah kena banned!! Nak tahu apa dia? Shopee Chat 😆 . Nak tak nak, 3  cara yang  Syu listkan dekat atas ni jer yang korang boleh guna pakai untuk dapatkan kembali akaun Shopee korang. Kat sini Syu cuma guna 2 alternatif untuk dapatkan semula akaun Shopee Syu. Shopee appeal form & e-mail. Bukan apa, tak kuasa Syu nak menelefon Shopee. Buat ngabiskan kredit jer!! Lagipun mood nak shopping dekat Shopee dah hilang (Dalam hati : "Bagus jugak. Jimat duit aku!! 😝") - Bersambung PART 2





BACA JUGA


👉  Shopee : Akaun Kena Banned (Part 2)

👉 Shopee Akaun Kena Banned : Cara Kemukakan Rayuan

September 04, 2021

Batik Jewellery Pouch Dari Hadiah Giveaway Shalimaryusof.com

Untuk pengetahuan korang, hadiah giveway ni dah lama dah Syu terima sebenarnya. Hari ni baru Syu ada kesempatan nak buat review. Kalau ikutkan Syu tak tahu pun Syu menang giveaway Shalimaryusof.com ni. Lepas Sha email Syu, baru Syu tahu. Sambil-sambil bagi details, sempat jugaklah sembang-sembang. Tak sangka, rupa-rupanya Syu duduk dalam daerah yang sama dengan Sha 😁. Nanti ada freetime kita pergi mengopi okay! By the way, terima kasih untuk hadiah ni. Cantik sangat. Kain pun lembut & agak selesa untuk dipakai. 



Memandangkan corak batiknya cantik. Maka tercetuslah idea nak buat projek menjahit. Syu plan nak jahit kain ni jadi jewellery pouch. Jadilah buat sesi panas tangan. Lama jugak Syu tak pegang mesin jahit 😅. Rasa macam dah berkarat dah skill menjahit Syu. Last pegang pun sebab nak alter seluar kerja husband. 



KENAPA JEWELLERY POUCH? 


Masa Syu kerja dekat NGO dedulu, jewellery pouch ni antara kraftangan yang orang kelainan upaya (OKU) dekat situ jahit. Bila tengok diorang buat macam senang jer. Bila dah try sendiri, baru tahu susah & renyah 😂. Especially bila nak jahit bagi betul-betul bulat. Almaklumlah, Syu punya skill menjahit bukan lah skill tahap dewa. Menjahit pun pakai mesin jahit cikai jer. Kekemasan jahitan tu mungkin tak sehebat mesin jahit industri yang ada kat luar sana. 


Sepanjang Syu kerja kat NGO, Syu memang berkenan sangat dengan jewellery pouch ni. Nak beli mahal 😅. Sebab harganya harga kayangan. Selalunya dato-dato & datin-datin jer yang datang singgah ke gallery untuk beli. Diorang mampu. Kita yang tak mampu ni belajar jelah sikit-sikit dari tukang jahit. So dapatlah belajar sikit-sikit macam mana nak buat. Tada!! Akhirnya, Syu dapat hasilkan beberapa jewellery pouches. 


Batik jewellery pouches
Comel kan? Kalau guna untuk buat gift pun cantik 😊💕. 


Sepasang dari kain batik tu Syu gunakan untuk projek menjahit Syu ni. Balance dua pasang lagi mungkin akan Syu gunakan buat baju kelawar. Baru gah sikit nak terbang-terbang dalam rumah. Tambah pulak warna & design batiknya cantik. Kain pun lembut & tak panas. Memang helok sangat. Lagipun, jahit baju kelawar bukan susah mana pun 😁.


Dalam jewellery pouch ni ada beberapa compartment kecik yang korang boleh isi.

By the way untuk pengetahuan korang, jewellery pouch ni bukan biashe-biashe tau. Dalam dia ada lagi compartment kecik-kecik yang korang boleh selit segala macam mak nenek aksesori & hiasan tudung. Contoh macam kerongsang, rantai & cincin. Bila masuk semua sekali dalam pouch, tak adalah pening kepala nak bercari. Sebab semuanya dah duduk sekali dalam satu pouch. Senang kan. Ada yang berminat tak? Kalau ada, Syu nak open order. Ha3 😆. 

September 03, 2021

August Achievements 2021

August achievement

Walaupun dah beberapa hari kita meninggalkan bulan Ogos, tapi masih belum terlambat untuk Syu ceritakan sikit perkembangan blog syuderis.com kan 😁? Bukan apa, saja jer nak lepaskan gian tangan ni untuk menaip, sebabnya dah tak ada content & point nak bercerita. Actually, melambak jer post Syu dekat dalam draft tu. Cuma tak ada idea & momentum nak mengarang. Just boleh came out dengan cerita-cerita yang simple macam ni jer.  Jadi lah kan.  Busuk-busuk ada gak post dalam satu hari. Orang nak baca ke tak, itu belakang kira. Kita tuan tanah(TT). Apa nak hairan 😂. Kalau ada yang baca, maknanya Syu ada rakan blogger yang betul-betul supportive dalam penulisan Syu. Walaupun kadang-kadang penulisan Syu, Syu hentam kromok jer!

Nak kata  performance blog bagus sangat last month tu idaklah. Tapi bolehlah takat suam-suam kuku. Ada lah jugak menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bila ada achievement yang positif dalam berblog, at least dapat jugak membakar semangat Syu untuk terus berblog. 



GIVEAWAY & CONTEST

1)  Menang RM50 dari Road to 3M Mamapipie

Giveaway

Dapat snap screenshot  tepat 3 juta ni memang sesuatu yang Syu  tak jangka. Sebabnya, luck Syu memang bukan untuk perkara-perkara yang macam ni. Even cabutan bertuah time mana-mana event pun memang tak pernah lekat 😂. So Syu kira, dapat screenshot 3M  dekat blog Mamapiepie ni antara perkara yang Syu memang tak terduga. Apa-apa pun terima kasih pada Mamapipie sebab sudi anjurkan aktiviti blog yang macam ni. Memang seronok sangat dapat turut serta. Hadiahnya pun laju jer Mamapipie bagi. Duitnya pun dah selamat dilaburkan entah ke mana 😂 (Kena refresh balik otak ni guna duit GA ni beli apa. Rasa macam ter-invest dekat Hokkaido tart 😅).


2) Tempat ke-3 Giveaway Shalimaryusof.com

Giveaway

Selang beberapa hari giveaway ni tamat, actually Sha ada tinggalkan komen dekat  post Syu. Mungkin lembab nau respon Syu kat situ. So, Sha sent email dekat Syu melalui contact form & bagitahu yang Syu menang giveaway. Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan Ogos! Untuk pengetahuan korang,  giveaway ni Syu menang tempat ke-3. 😂 Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat bila hadiah GA Shalimaryusof.com ni sampai dekat rumah. Sorry Sha!! Sebabnya masa abang J&T hantar hari tu, hadiah ni sekali datang together gether dengan barang Shopee (😒Shoppe buat hal dengan Syu sekarang ni. Next entri Syu cerita okay! 😉). Tapi yang pasti, hadiahnya sampai seminggu sebelum Hari Merdeka. Alhamdulillah, Syu dapat tiga pasang kain batik. Memang cantik sangat. Terima kasih tau Sha. Sepasang kainnya Syu dah guna buat projek menjahit Syu. Ada free time nanti Syu tunjuk apa yang Syu dah buat dengan kain batik tu okay.


3)  Tersenarai dalam 10x bloglist Giveaway Aku & Kamu 

Giveaway

Yang terakhir, Syu berjaya tersenarai dalam bloglist As Samsudin. Alhamdulillah. Kira rezeki jugak ni. Walaupun tak menang hadiah, sekurang-kurangnya ada jugak hasilnya. Giveaway ni As buat sempena menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Next year Syu punya anniversary nak buat macam ni jugaklah 😁 . Baru meriah sikit blog kan? Ada jugak aktiviti. Apa-apa pun terima kasih pada As sebab sudi anjurkan giveaway. Tahniah jugak Syu ucapkan kepada pemenang-pemenang yang lain.



PENDAPATAN BLOG

Dari segi pendapatan, nak kata masyuk sangat tu idaklah. Tapi still ada jugak hasil yang Syu dapat dari blog syuderis.com ni bulan lepas jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ni. Walaupun pendapatannya tak cecah ribu raban, tapi blog syuderis.com ni membuka mata Syu yang Syu pun boleh dapat duit tepi jugak dengan menulis. Sebagai part-time blogger, Syu tak meletakkan target yang tinggi untuk buat income. Sebab macam Syu bagitahu sebelum-sebelum ni, niat asal Syu berblog bukan lah untuk buat duit. Blog syuderis.com ni hanya platform Syu untuk berkongsi, luahkan segala macam perasaan &  menambah rakan kenalan. Buat masa sekarang ni, majoriti pendapatan Syu dapat melalui Intellifluence. Google Adsense Syu, nampak gayanya masih lagi sendu seperti mula-mula dulu. Mungkin  ambil masa sikit untuk jana pendapatan dari situ. Sebabnya, pageviews harian Syu pun tak berapa nak banyak. Apa-apa pun Syu pelan-pelan kayuh. Ada hasil, alhamdulillah. Misal kata tak ada, tak menjadi masalah pun pada Syu. Bloging for fun  memang macam ni! Duit tolak tepi. Janji happy 😁.



PAGEVIEWS & FOLLOWERS

Macam Syu bagitahu tadi, pageviews harian Syu tak berapa nak banyak. Tapi, Syu rasa seronok sebab adanya komen-komen  dari rakan blogger yang sangat-sangat supportive. Memandangkan blog  syuderis.com ni baru jer bergiat aktif Februari tahun ni. Jadi, tak hairanlah followernya tak berapa nak ramai sampai ke hari ni 😅. Setakat ni baru ada 78 followers jer. Takpe, pelan-pelan kayuh ye dak. Mana tahu, esok lusa cecah lebih 1K followers macam blogger-blogger yang lain. Siapa tahu. In order to be something, it must start with nothing. Right? Lagipun, kejar followers ni pun bukan matlamat asal blog syuderis.com (Bunyi macam tak ada matlamat langsung jer blog Syu ni kan 😂). Nama pun bloging for fun! Dah sah-sah lah untuk suka-suka. Pada Syu, berblog ni  totally different dari sosmed yang lain. Sebabnya, followers & like sama sekali tidak diperlukan di dunia blogger. Pembaca-pembaca pun semua tak dikenali. Itu yang best!😁


Rasanya, itu jer kot pencapaian blog yang Syu dah achieve setakat ni.  Harap-harap bulan September ni achievement-nya lebih memberangsangkan lagi lah compare dari bulan-bulan yang sebelum ni. Overall, Syu suka & berpuas hati dengan perncapaian blog Syu sekarang. Pada yang mengikuti perkembangan syuderis.com dari awal, semestinya korang perasan sejauh mana perkembangan blog Syu sehingga ke hari ni. Especially dari segi penampilan blog. Yang tahu tu, tahulah 😁💕. 

September 02, 2021

Goodbye!! Hello!!

Goodbye & hello

Goodbye hello


Sekian lama menyepi. Hari ni Syu muncul balik. Lama jugak yer Syu tak bersiaran di blog ni. Ada dekat seminggu jugaklah 😂. Untuk pengetahuan korang. Lepas jer kena vaksin hari tu, masuk jer hari kedua, Syu tak berapa nak sihat. Kira kuat jugak penangan dos kedua yer. Hari pertama okay. Elok jer gembira-gembira siap boleh pergi bercari tong mo & nasi kukus dekat Seri Iskandar. Bila masuk jer hari kedua, nah...terus auto mengigil, sakit kepala & demam (Dalam hati : ingatkan kebal sangat sebab hari pertama tak rasa apa. Rasakan 😆).  Esoknya baru Syu rasa okey sikit. Itupun, lepas telan beberapa biji Paracetamol. 

Sejak beberapa hari ni pun Syu masih sibuk dengan urusan kerja, movie marathon & projek menjahit Syu. Syu sempat jengah blog pun sebab nak blogwalking & balas komen rakan-rakan blogger. Saja buat ubat rindu. Itupun just go through roughly guna phone jer. Tapi tak best!! Sebab feel dia tak sama macam kita tengok through screen laptop. Isunya, nak bukak laptop pulak malas sebab meja kerja Syu bersepah dengan barang menjahit 😂. 

Dengar khabar, tak lama lagi barangkali, no more work from home (WFH) untuk Syu 😅. Semalam, kawan sekerja Syu roger Syu. Dia bagitahu yang permohan untuk mula beroperasi dah pun disahkan oleh MITI. Jadi nak tak nak, Syu dah kena buat persiapan sikit untuk lapor diri ke office. Mana-mana dokumen kerja nak kena di-compile bagi elok & tertib. At least bila masuk kerja, bos tahu apa kita buat kat rumah selain makan, tido & menggemokkan diri 😆. Tak salah kan kalau propa sikit dengan bos. Hi3.

By the way, pejam celik dah masuk bulan September yer kengkawan. Bulan kegemaran Syu  ni 😁. Harap bulan September ni Syu boleh kekalkan momentum Syu berblog. Bukan mudah yer sebenarnya 😂.  Kadang mood tu macam ke laut jer. Tambah pulak lepas ni dah nak kena start kerja semua bagai.


Kalau boleh Syu nak duduk rumah jer tau. Tapi apa kan daya. Kat belakang rumah Syu tak ada tanam pokok duit untuk dipetik hari-hari. So, nak tak nak kena lah usaha jugak pergi keluar bekerja 😂. Apa-apa pun , hello September!! Be nice with me okay!! Tak nak noti-noti. Harap bulan ni & bulan-bulan seterusnya jugak, segalanya berjalan dengan smooth like smoothies!! Manis, sejuk & menyegarkan gitu!!