September 06, 2021
Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)

| Dah kena banned dah akaun Shopee Syu. Halah3 😂. Macam mana nak shopping ni. |
Entah macam mana tiba-tiba terdetik hati ni nak baca email. Rupa-rupanya, ada satu email dari Shopee (bertarikh : 2/9/2021) ni bagitahu akaun Syu dah kena banned!! Lagilah makin bertambah menyirap lah dibuatnya. Dah kenapa kan? (Dalam hati : "Aku nak shopping ni. Kenapa banned akaun aku!! 😅"). Rasanya, Syu tak ada pun beli & jual barang terlarang. Dalam otak dah pikir. Mesti ada someone yang dah hack akaun Shopee. Kalau tak, masakan sampai kena banned ye dak? Selama hari ni kalau Syu nak login pun Syu just guna akaun 3rd party iaitu akaun Facebook. Bertahun-tahun dah guna, baru hari ni kena banned. Lawak sungguh.
| KIRI : Email pemberitahuan dari pihak Shopee. KANAN : Appeal form yang korang kena isi & submit. |
| Lepas dah hantar Appeal Form, Syu tetap submit jugak guna email. Bukan apa, kalau boleh tak nak lah sampai akaun Shopee kena banned 😢. |
Actually, ada satu lagi alternatif. Tapi, alternatif ni TAK AKAN BERKESAN once akaun Shopee korang dah kena banned!! Nak tahu apa dia? Shopee Chat 😆 . Nak tak nak, 3 cara yang Syu listkan dekat atas ni jer yang korang boleh guna pakai untuk dapatkan kembali akaun Shopee korang. Kat sini Syu cuma guna 2 alternatif untuk dapatkan semula akaun Shopee Syu. Shopee appeal form & e-mail. Bukan apa, tak kuasa Syu nak menelefon Shopee. Buat ngabiskan kredit jer!! Lagipun mood nak shopping dekat Shopee dah hilang (Dalam hati : "Bagus jugak. Jimat duit aku!! 😝") - Bersambung PART 2
BACA JUGA
September 04, 2021
Batik Jewellery Pouch Dari Hadiah Giveaway Shalimaryusof.com

Memandangkan corak batiknya cantik. Maka tercetuslah idea nak buat projek menjahit. Syu plan nak jahit kain ni jadi jewellery pouch. Jadilah buat sesi panas tangan. Lama jugak Syu tak pegang mesin jahit 😅. Rasa macam dah berkarat dah skill menjahit Syu. Last pegang pun sebab nak alter seluar kerja husband.
KENAPA JEWELLERY POUCH?
Masa Syu kerja dekat NGO dedulu, jewellery pouch ni antara kraftangan yang orang kelainan upaya (OKU) dekat situ jahit. Bila tengok diorang buat macam senang jer. Bila dah try sendiri, baru tahu susah & renyah 😂. Especially bila nak jahit bagi betul-betul bulat. Almaklumlah, Syu punya skill menjahit bukan lah skill tahap dewa. Menjahit pun pakai mesin jahit cikai jer. Kekemasan jahitan tu mungkin tak sehebat mesin jahit industri yang ada kat luar sana.
Sepanjang Syu kerja kat NGO, Syu memang berkenan sangat dengan jewellery pouch ni. Nak beli mahal 😅. Sebab harganya harga kayangan. Selalunya dato-dato & datin-datin jer yang datang singgah ke gallery untuk beli. Diorang mampu. Kita yang tak mampu ni belajar jelah sikit-sikit dari tukang jahit. So dapatlah belajar sikit-sikit macam mana nak buat. Tada!! Akhirnya, Syu dapat hasilkan beberapa jewellery pouches.
![]() |
| Comel kan? Kalau guna untuk buat gift pun cantik 😊💕. |
Sepasang dari kain batik tu Syu gunakan untuk projek menjahit Syu ni. Balance dua pasang lagi mungkin akan Syu gunakan buat baju kelawar. Baru gah sikit nak terbang-terbang dalam rumah. Tambah pulak warna & design batiknya cantik. Kain pun lembut & tak panas. Memang helok sangat. Lagipun, jahit baju kelawar bukan susah mana pun 😁.
![]() |
| Dalam jewellery pouch ni ada beberapa compartment kecik yang korang boleh isi. |
September 03, 2021
August Achievements 2021

September 02, 2021
Goodbye!! Hello!!

By the way, pejam celik dah masuk bulan September yer kengkawan. Bulan kegemaran Syu ni 😁. Harap bulan September ni Syu boleh kekalkan momentum Syu berblog. Bukan mudah yer sebenarnya 😂. Kadang mood tu macam ke laut jer. Tambah pulak lepas ni dah nak kena start kerja semua bagai.
Kalau boleh Syu nak duduk rumah jer tau. Tapi apa kan daya. Kat belakang rumah Syu tak ada tanam pokok duit untuk dipetik hari-hari. So, nak tak nak kena lah usaha jugak pergi keluar bekerja 😂. Apa-apa pun , hello September!! Be nice with me okay!! Tak nak noti-noti. Harap bulan ni & bulan-bulan seterusnya jugak, segalanya berjalan dengan smooth like smoothies!! Manis, sejuk & menyegarkan gitu!!





