September 19, 2021

#2 : Birthday Giveaway Sheila Inspire

Masih belum terlambat lagi untuk Syu ucapkan selamat hari lahir kan Shiela? Walaupun penyertaan dah hujung-hujung tarikh tutup. Alah, macam nak buat assignment masa study dedulu. Last-last minit baru nak buat. Sebabnya, time last minit lah baru ada idea datang mencurah-curah 😁. Tapi kena perah otak sikitlah. By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari lahir buat Shiela & tahniah jugak diucapkan atas kelahiran baby baru Shiela. Semoga mummy & baby kekal sihat sentiasa. Doakan Syu ada baby pulak lepas ni tau. Lama dah tunggu nak ada Syu junior 😁. Tapi masih belum diberi rezeki.

Birthday Giveaway Shiela Inspire

Pada yang nak join giveaway Shiela, korang boleh klik banner untuk terus ke link penyertaan. Macam biasalah. Dah semestinya kena follow sikit syarat untuk join giveaway. Untuk pengetahuan, giveaway ni akan berlangsung sehingga 21 September 2021 ni.  Masih berbaki 3 hari jer lagi. Jom! Kita meriahkan lagi giveaway Sheila Inspire ni. Masih sempat lagi kalau nak join. Mana tahu last-last minit punya penyertaan boleh menang hadiah. Bila dah namanya rezeki. Siapa tahu kan? (Panjang pulak berceloteh. Padahal nak tulis sikit jer 😅.)

#1 : Giveaway By Shida Radzuan

Giveaway Shida Radzuan

Memandangkan hari ni ada kelapangan, Syu cadang nak buat giveaway marathon lah. Selalu buat movie marathon kan. Kali ni buat giveaway marathon pulak 😆. Ni kalau ada 100 giveaways, mau kepak jari menaip. Nasiblah giveaway yang Syu bookmark tak sampai 10. Kalau tak, memang tak berani nak buat giveaway marathon 😆. So, giveaway marathon yang pertama yang Syu nak sertai hari ni adalah giveaway dari kak Shida kita. Syu panggil giveaway ni giveaway tak ada angin tak ada ribut. Sebab kak Shida buat pun tergempar & santai-santai gitu 😅. 


Sejujurnya, ini lah antara salah satu sebab kenapa Syu suka blog ni. Malas nak selindung-selindung dah. Actually, Syu suka join giveaway dari blog kak Shida ni. Walaupun tak pernah menang hadiah utama. Tapi Syu suka. Sekurang-kurangnya content blog Syu terisi dengan aktiviti. Selain dari giveaway, Syu suka perkongsian masak-memasak dari kak Shida. Kalau tengok menu-menu yang kak Shida post dekat blog memang boleh mengundang lapar sungguh 😂. Especially, post pasal resepi mi MAGGIE tumis hari tu. Dah lah Syu blogwalking pukul dua tiga pagi. Elok-elok tak lapar terus jadi lapar 😂. Padahal, mi MAGGIE je pun 😁. Pada yang berminat nak join giveaway by Shida Radzuan ni korang boleh klik banner untuk terus ke link penyertaan. Berikut antara syarat-syarat penyertaan yang korang kena follow.
 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Buat satu entri bertajuk Giveaway by Shida Radzuan
2) Follow Sosmed kak Shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
3) Letak banner giveaway berserta backlink
4) Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog kak Shida
5) Submit link penyertaan diruangan komen di blog Shida Radzuan


Untuk makluman korang, giveaway ni akan berlangsung selama 15 hari sahaja. Mulai 18hb September 2021 sehingga 2hb Oktober 2021. Pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari kak Shida kita & keputusannya akan diumumkan melalui cabutan nama. Lagi satu, dengar cerita kak Shida akan tambah hadiah lagi kalau penyertaan peserta melebihi 50. So, apa tunggu lagi. Jom kita sama-sama meriahkan giveaway ni. Lagi ramai join, lagi meriah😊💕. 



Hina Sangat Ke Pegang Status Janda?

[jan.da] | جندا


Orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian.


-Dewan Bahasa & Pustaka-

Nauzubillahiminzalik. Bagi lah dekat mana-mana wanita sekali pun. Tak ada wanita mana pun yang niatnya membina masjid semata-mata nak pegang gelaran janda ni. Kita dah sedia-sedia tahu. Semua perkara yang melibatkan ajal maut & jodoh tu semua Allah yang tentukan. Lain orang, lain jalan ceritanya yang Allah dah atur.  Kadang-kadang, tak semua perkahwinan tu akan berakhir dengan bahagia macam yang kita nak kan sepertimana dalam drama love story dekat TV.  Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.


Hinakah Berstatus Janda

Jadi, kita sebagai orang luar sangat tak layak untuk pertikai apa yang berlaku dalam rumahtangga orang. Itu sebab dalam perkahwinan adanya nikah, cerai & rujuk. Andai  perceraian tu jalan terakhir kepada kemelut rumahtangga, tak ada siapa yang dapat menghalang.


Sebagai orang luar janganlah nak judgemental sangat dalam soal dalam kain orang lain. Takut nanti kain sendiri koyak langsung tak sedar. Kadang-kadang Syu pun tak faham dengan mulut-mulut bawangian yang toksik kat luar sana. Tak kahwin salah. Dah kahwin salah. Bercerai pun salah? Dah tu apa yang betulnya yer?



JANDA VS. DUDA


Dedulu, menjadi janda ni memang dipandang serong sangat-sangat. Tak kisah lah samada menjanda disebabkan diceraikan, mintak cerai mahupun bercerai mati. Kalau yang bercerai mati tu mungkin ada elok sikitlah dipandang. Sebab bila bercerai mati, tak banyak hal yang nak dipertikaikan. Kebiasaannya yang selalu jadi bahan ejekkan adalah kalangan janda yang terlibat dalam kes bercerai hidup.


Semestinya janda yang bercerai hidup ni akan jadi topik bualan hangat makciks-makciks bawang. Bila dah pegang status janda ni, ada segelintir masyarakat beranggapan yang janda ni jahat. Suka goda suami orang lah apa lah. Senang cerita, semua serba serbi buruknya pada janda. Padahal tak semuanya berperangai macam tu. Takkan lah dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 



Yang hairannya, duda tak pulak kena tempias yer 😅. Idak pulak diorang dicop perampas mahupun perosak rumahtangga orang. Jika dibandingkan dengan wanita yang pegang status janda, lelaki  yang pegang status duda jarang sekali terpalit dengan apa-apa spekulasi & andaian buruk oleh masyarakat. Mungkin dek kerana duda ni seorang lelaki, barangkali susah sikit untuk dibuli & diperkotak-katikkan jika dibandingkan dengan janda yang seorang wanita. Pernah rasa penumbuk duda? Nak rasa cubalah.



STIGMA MASYARAKAT HARI INI


Sekarang ni dah zaman millennium. Zaman moden. Sewajarnya, pandangan tu jauh ke depan bergerak seiring zaman. Tapi, masih ada lagi ke yang cop janda ni jahat? Kaki kikis & perosak rumahtangga orang? Mungkin ada segelintir janda yang berbuat macam tu. Tapi takkan disebabkan segelintir janda yang buat perangai tak semenggah, kita semua nak pukul rata pada diorang-diorang yang tak ada kena mengena.


Pada Syu, itu tak adil. Walaupun Syu pernah alami dalam keluarga Syu sendiri. Tapi, itu tak menjadikan Syu stereotype untuk melabelkan semua janda ni jahat. Walhal Syu tengok mak Syu (sebelum berkahwin) & kawan Syu elok jer perangai. Idaklah pulak diorang menggoda & merosakkan rumahtangga orang. Yang tergoda tu mungkin lah. Ironinya bukan orang lain pun yang tergoda. Selalunya, suami-suami makciks-makciks bawang toksik tu jugak yang sibuk kejarkan janda.



Kadang-kadang sedih tau. Golongan-golongan yang macam ni selalu sangat dipandang serong. Padahal diorang tak ada salah apa pun. Kalau jenis janda yang jahat tu tak boleh nak kata apa lah kan. Cuma yang tak ada salah apa tu turut terpalit sama.  Walhal, ada dikalangan janda ni terdiri dari kalangan ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk menyara anak-anak & tak terlibat langsung pun dalam bab nak menjatuhkan masjid orang. Ini antara bait-bait luahan seorang janda yang Syu baca dalam salah satu blog. Memang sedih jugaklah baca luahan dia. Cerita penuh boleh baca dekat SINI.

Yang perempuan pulak, ramai yang menjuih2 bibir pandang kami penuh prasangka. Nak ngorat suami diorang lah, dikatakan tak reti jaga suami. Lebih buruk lagi ditambah perisa & disensasikan kisah perceraian kami yang memang selalunya kalian tak tahu punca sebenar. Diperli2 kami sehingga kami malu nak menghadap masyarakat. Kami bukan bahan hinaan. iktiraf kami sebagai ibu tunggal yang berjuang sendirian membesarkan anak2. Kalau ada golongan kami yang jahat atau terlebih hot & nakal, jangan lah kami semuanya dilabel sama.


(Sumber : iiumc.com)

Zaman sekarang ni janda-janda kat luar sana dah tak macam dulu. Kebanyakannya dah jadi golongan cerdik pandai, bekerjaya & pandai berdikari. Bahkan, tanggungjawab sebagai ayah pun diorang galas sorang-sorang.

 

Ada sesetengah masyarakat hari ni, especially yang duduk di bandar-bandar besar, memang dah tak hairan dah dengan wanita-wanita yang pegang status janda.  Sebab diorang tahu, betapa struggle-nya menjadi janda & ibu tunggal kepada anak-anak jagaan diorang walaupun si duda yang menjandakan si isteri ada yang culas dalam bab nafkah anak-anak.

 

Jadi, sudah-sudahlah menghina wanita yang bergelar janda ni. Dari dok kutuk-kutuk janda jahat penggoda bagai, lagi elok kita berikan sedikit bantuan & dorongan untuk diorang teruskan hidup. Bukan nak menangkan janda ke apa. Cuma nak pesan. Janda tak semua jahat. Tak semua penggoda & perosak rumahtangga. Sekian saja, topik pasal janda.

September 18, 2021

New Camping Tent in The House

Hi blogger fellas!! Good evening. How's your weekend going? Me? This time, I prefer to stay at home. Do some cleaning stuff, playing with some dirts at my backyard garden & of course waste a little bit of my time with my fluffy clingy creatures.You know what? During Malaysia Day, I've no idea what to do. So, I spent my time by searching some items in Shopee. And of course, that searching was ending with buying. 💸 Say goodbye to my money. That's the true power of Shopee seduction 😅! I admit that. As a result, I end up with purchased some of my camping stuff in Shopee. 


My precious camping tent 😊💕


This afternoon, I received one of them from JnT Courier Service. For your information, this is my first purchase since my account  got banned from Shopee 😅. Actually, it didn't take so long to reactivate back my account. After submitting my appeal through email to Shopee Pay team, less than 24 hours I managed to log into my account again. You can read more about my Shopee account got banned experience here (Part 1 & Part 2). 

This one got more space & look comfortable compared to my old one. Can't wait to use it! 😁

Currently, I already got two camping tents. However, both that camping tents are quite small for me & husband to use. So, I decided to purchase the new & huge one as replacement. This time I chose mini bazoogi camping tent with measurements of 200cm x 200cm x 130 cm. This camping tent can loads 4 persons in it. Even though the price is quite pricey, overall I'm satisfied with the quality of the product. Now, where should I go for the next camping 😜? Teluk Batik? Nah...not again. I better find another place next time. For those who interested to purchase this camping tent, here the link for you to purchase it 👉 BERHULU CAMPING TENT.


The bottom sheet made from durable canvas & it's waterproof too. That's why the price was a bit expensive 😁.