Mei 29, 2025

Detak yang Hilang

Gibli style picture


Kepergianmu
Buat hari-hari mendatangku sayu
Syahdu...pilu...penuh rindu
Tiap kali aku terkenang
Tiap kali itu juga mata aku bergenang
Umpama ranting patah hilang tempat berpegang

 

 

 Ironinya dari luar aku tampak tenang
Betah berbicara girang disaat keberangkatanmu "pulang"
Hakikatnya jiwa aku??
Seakan separuhnya pergi
Mengusung suatu kesan abadi yang tak akan pernah padam

 

 

 Dulu
Tiap kali aku pulang
Acapkali ku dengar detak tongkatmu mengiringimu datang
Seperginya kau ke dunia abadi
Sepi kini mulai menyelubungi
Suram sugul tanpa sekelumit bunyi
Hilang tenggelam menggamit memori

 

 

Tilam usang tempat mu dulu beradu
Kini kosong tiada berpenghuni
Sayu hati...
Hanya bau-bau kenangan saja masih tersisa menemani

 

 

 Dari sudut mata aku
Engkau pejuang
Meskipun kau tahu ajal bakal menjemputmu pulang
Namun riak wajahmu tenang tak terusik
Seakan berdamai dengan ketentuan

 

 

Sumpah...
Pulangmu abah
Jiwa aku jadi lemah
Dalam redha...
Memaksa aku pasrah
Dengan ketentuan yang tak mampu aku ubah

 

 

 Api lilin dihembus angin padam
Tapi rindu padamu abah...
Ombak badai pun takkan bisa merubah

 

 

Rindu akan mu sejujurnya ibarat candu yang merasuk kalbu
Terbayang rindu
Tatkala bayangmu menerpa
Jiwaku seakan pilu
Sebak dadaku
Menahan rindu yang tak terucap

Mei 28, 2025

Nasi Lemak Setiap Malam Kuala Kangsar

Vtt kedai Nasi Lemak Setiap Malam ni fyp semalam dekat Tiktok husband. Balik dari kerja terus dipaksanya kita bersiap - "Siap cepat! Nak pergi ke Kuale" katanya. Si Sarah pun kena tempias jugak. Padahal member tu dah kemas-kemas barang dah nak balik rumah sewa dia, pasal dah berhari-hari tak balik-balik 😅. So malam tu, Sarah tak jadi balik! Extend satu malam lagi duduk rumah Syu.


Nasi lemak & kopi barista sedap di Nasi Lemak Setiap Malam, Kuala Kangsar
Buka setiap hari kecuali hari Sabtu. Beroperasi dari jam 6 petang sampai pukul 1 pagi.


Lepas Maghrib, kitaorang shoot ke Kuala Kangsar. Okay! tak apa. Kita follow jer permintaan husband kita. Janji bukan kita yang drive. I is malas! Nak-nak dah malam-malam  cenggini. Dengan jalan gelap. Nak tempuh Terowong Menora lagi. Memang tidaklah kan. Kalau siang terang berderang tak apa. Ini udah malam! Seram!


Sampai sana. Wow! Meriah ya kedainya. Dia punya vibe memang best! Santai jer. Ingatkan kedai Nasi Lemak Setiap Malam ni port makan nasi lemak jer.  Rupanya ada menu lain juga. Tak nak makan, nak mengopi saja pun boleh - Kopi dekat sini sedap tau korang! Dah malam-malam kan. Kadang ada yang tak nak makan berat-berat.

 

Nasi Lemak & Kopi Barista Sedap di Nasi Lemak Setiap Malam Kuala Kangsar Perak
Atas kiri : Nasi lemak sambal kerang & paru. Atas kanan : Mee bandung. Bawah kiri : Mee kari. Bawah Kanan : Cafe latte

 

Overall makan sini memang puas hati!. Nasi lemak sedap. Cukup lemak. Cukup pedas. Cuma sambal paru tu spoil sikit. Paru gorengnya keras bebeno! Susah nak konyah! Kalau goreng garingnya tu sedang-sedang mesti lagi best. By the way, kopi kat sini memang padu! Pekat, likat, creamy & tak manis sangat. Kalau datang sini lagi,Syu akan repeat order lagi, sekali dengan diaorang punya mee kari!

Mei 26, 2025

Kontrak Kerja Perlu Stamping LHDN atau Tak? Ini Jawapannya!

Pernah tak masa tengah sign kontrak kerja, tiba-tiba terfikir – "Eh, kena stamping LHDN ke tidak kontrak ni?" Atau mungkin bos suruh pergi LHDN tapi kita pun tak pasti kenapa.


Sebenarnya, ramai yang masih keliru tentang isu ni – sama ada kontrak kerja memang wajib dicop (stamp) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau sekadar formaliti je.


Yang tengah cari jawapan tu, jangan pergi mana-mana. Korang dah landing dekat tempat yang betul dah ni. Pasal dalam artikel kali ni, Syu akan kupas lebih lanjut pasal stamping kontrak kerja, apa kesan kalau tak buat & macam mana proses stamping tu sebenarnya.



Apa Itu Stamping LHDN?

Sebelum kita pergi jauh, meh kita faham dulu apa benda “stamping” tu. Stamping LHDN atau nama penuhnya pemateraian duti setem ialah proses pengesahan dokumen perjanjian bertulis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Bila mana satu-satu dokumen perjanjian tu dimatikan setem (stamp duty), secara asasnya dokumen tersebut diperakui sah bagi tujuan undang-undang & juga boleh dijadikan bukti di mahkamah in case kalau ada apa-apa isu di kemudian hari.


Stamping LHDN
SUMBER FOTO : Freepik


Dalam bab kerja - kontrak kerja misalnya. Ia bukan sekadar helaian kertas yang sarat dengan syarat kerja semata-mata. Tapi merupakan satu perjanjian sah antara majikan & pekerja sepertimana yang dah termaktub dalam Akta Kerja 1955.

 

Di bawah Seksyen 10 Akta ni, majikan wajib mengemukakan kenyataan bertulis kepada pekerja yang dalamnya ada menerangkan terma & syarat kerja – termasuk gaji, waktu kerja, cuti dan sebagainya.



Kontrak Kerja Perlu Stamping Ke Tak?

Secara ringkasnya, kontrak kerja perlu di stamping seperti mana yang termaktub dalam Akta Setem 1949. Kenapa?

 

  1. Untuk jadikan kontrak kerja tersebut sah di sisi undang-undang

  2. Boleh diguna pakai di mahkamah sekiranya ada berlaku pertikaian antara majikan dan pekerja

  3. Mengelakkan penalti sebab tak setem dalam tempoh yang ditetapkan

 

Walaupun di dalam Akta Kerja 1955 tak ada dinyatakan berkenaan stamping. Tapi bila ia melibatkan "dokumen perjanjian" secara tidak langsung Akta Setem 1949 diguna pakai. Dalam akta ni, sebarang bentuk perjanjian bertulis (termasuk kontrak kerja) kena dimatikan setem.


Jadi walaupun Akta Kerja 1955 tak ada disebut perkataan "stamping", tapi bila kita nak kontrak tu diiktiraf sebagai satu bukti yang sah kalau ada isu (contohnya kes pekerja vs majikan), stamping tu akan jadi sangat penting.



Bila Kena Setem?

Berdasarkan Akta Setem 1949, suatu kontrak kerja tu kena dimatikan setem dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen ditandatangani. Andai kata terlepas dari tempoh tu, pihak LHDN sana akan kenakan penalti.



Berapa Kos Stamping Kontrak Kerja?

Kos stamping kontrak kerja tak mahal pun – cuma RM10 untuk setiap salinan asal kontrak kerja. Tapi kalau ada klausa lain macam pinjaman, elaun khas, atau sewa tempat tinggal, mungkin akan ada pertambahan kos stamping. Bergantung pada nilai.

 

 

Siapa Kena Uruskan?

Kebiasaannya, majikan yang akan uruskan stamping kontrak kerja ni. Tapi, ada juga segelintir pekerja pergi ke LHDN sendiri untuk buat stamping. Cuma jarang sekali berlakulah. 

 


Cara Buat Stamping LHDN?

Ada dua cara mudah untuk buat stamping sebenarnya. Tapi, cara nombor dua lebih convenient  & mudah sikitlah.

  1. Pergi ke pejabat LHDN berdekatan – isi borang, bayar & terus dapatkan setem.

  2. Guna sistem atas talian (STAMPS LHDN) – Untuk syarikat yang ramai pekerja. Boleh guna cara ni.

     

 

Apa Jadi Kalau Tak Buat Stamping?

 

Kalau kontrak kerja tak distamp:

  • Tak sah untuk dibawa ke mahkamah.

  • Boleh dikenakan penalti sebab dah langgar Akta Setem 1949.

  • Menyusahkan bila ada pertikaian hak pekerja.

 

Seperti mana yang termaktub di dalam Akta Setem 1949, kontrak kerja memang perlu stamping dengan LHDN. Prosesnya senang jer. Online pun dah boleh buat. Cuma kos stamping tu yang akan menjadi pertikaian kepada syarikat-syarikat yang ada ramai pekerja. Bayangkanlah, pekerja bukan ambil seorang dua. Satu stamping dah RM10. Kalau 600 kontrak kerja nak kena  stamping dah berapa dah?? Makan modal juga tu kan.

Mei 22, 2025

Tips Penjagaan Bunga Fresh Supaya Tahan Lebih Lama

Korang pernah dapat bouquet bunga fresh tak? Tak kisahlah korang dapat time korang punya birthday, anniversary & masa konvokesyen sekalipun. Masa dapat tu of course korang rasa seronok & hati berbunga-bunga kan. Lagipun, bukan hari-hari orang nak bagi kita bunga fresh. Once in a while je!


Tapi, itulah. Bunga fresh ni kadang-kadang cepat hilang seri. Jenis tak tahan lama & cepat rosak. Dapat dekat kita hari ni. Esok lusa dah layu & mati. Sedih kan?! Tak dapat nak cuci mata tatap bunganya lama-lama. Harga dah lah mahal. Lainlah kalau dapat bunga plastik. Sampai ke sudah tak mati-mati bunganya 😁.


Tips Penjagaan Bunga Fresh

Bunga fresh memang cantik, tapi kadang-kadang, sekejap je dia hilang seri. Dekat sini Syu ada beberapa tips mudah yang korang boleh ikut supaya bunga fresh korang tahan lama & lambat rosak. Kalau nak bunga maintain segar sepanjang minggu, follow je tips ni. Gerenti bunga korang tu lambat rosak & akan nampak cantik jer sepanjang masa.


1. Potong Stalk Bunga Sebelum Letak Dalam Air

Sebelum korang letak bunga dalam pasu, pastikan korang potong sikit batang bunga tu. Sebaik-baiknya buat potongan serong sudut 45 darjah. Bila potong menyerong macam tu, bunga boleh serap air dengan lebih baik. Make sure potong guna pisau & bukannya gunting! Kalau guna gunting, batang bunga boleh tertekan & menghalang bunga dari menyerap air dengan efektif.


2. Tukar Air Pasu Setiap Hari

Bunga fresh ni suka air yang bersih. Jadi, jangan biarkan air dalam pasu bertakung lama-lama. Setiap hari, tukar air pasu untuk elakkan air jadi kotor & ada bakteria. Sebab bakteria ni mempercepatkan kerosakkan bunga. Kalau korang nampak air dalam pasu tu macam dah keruh, better korang tukar cepat airnya!


3. Gunakan Air Suam & Bukan Air Sejuk

Mungkin tak ramai yang tahu, tapi bunga fresh sebenarnya lebih suka air suam berbanding air sejuk. Air sejuk ni sebenarnya boleh buatkan bunga jadi stress & cepat layu. Sebaiknya, guna air yang sedikit suam (bukan panas tau!) untuk pastikan bunga lebih tahan lama & kekal segar.

 

4. Letakkan Bunga Di Tempat Yang Betul

Jangan letak bunga fresh di tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Jauhkan bunga dari direct sunlight atau tempat yang terlalu lembap. Kalau boleh, letak bunga di tempat yang ada sedikit pencahayaan & tempat yang stabil suhunya.


5. Pengawet Bunga (floral preservatives)

Bunga fresh memang tak dapat hidup lama. Tapi, kita boleh panjangkan jangka hayat dia supaya korang boleh tatap bunga fresh korang tu lama sikit. Untuk extra care, korang boleh guna floral preservatives yang ada banyak dijual di kedai-kedai bunga.

 

Bunga fresh
Bunga fresh memang cantik tapi jangka hayatnya tak lama - SUMBER FOTO : Pinterest

Floral preservatives ni biasanya dalam dia ada floral food yang boleh bantu memanjangkan jangka hayat bunga fresh korang. Ada sesetengah orang tu suggest guna paracetamol. Tapi itulah, macam tak berkesan jer bila letak dekat bunga fresh tu.

 

Actually, formula asas untuk floral preservative ni terdiri daripada tiga bahan utama iaitu


  • Gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan) - Gula ni membekalkan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
  • Biocide (mengawal pertumbuhan bakteria) - Tanpa bahan ini, kehadiran gula dalam air  akan meningkatkan populasi bakteria yang akan menyerang pada bahagian batang & sekaligus akan memendekkan jangka hayat keratan bunga. 
  • Acidifier - Merendahkan pH air & meningkatkan kadar resapan air Floral preservatives boleh dibeli dari kedai bunga samada dalam bentuk cecair atau serbuk. Sebagai pengganti kepada floral preservatives ni, korang juga boleh menggunakan pencuci mulut Listerine bersama air dengan nisbah 1:4.

 

Bunga fresh
Kalau tak ada floral preservative, boleh juga cuba gunakan campuran cuka, gula (Boleh gantikan dengan air Sprite), air, peluntur & sedikit perahan jus lemon - SUMBER FOTO: Pinterest


6. Bunga & Air Berpisah Tiada!

Bunga fresh ni memang perlukan air untuk hidup. Kalau pasu bunga korang kosong atau air dalam pasu dah kering, bunga akan layu dengan sangat cepat. Jadi, pastikan air sentiasa ada dalam pasu. Kalau rasa malas nak tukar air setiap hari, boleh letak sedikit batu kecil dalam pasu supaya bunga tak terlalu tenggelam dalam air. Cara ni juga boleh buat bunga kekal hidrat!


7. Buang Kelopak Layu!

Kadang-kadang ada juga kelopak bunga yang dah layu. Kelopak bunga yang dah layu tu kena dibuang. Jangan dibiarkan. Kalau nampak, cepat-cepat diguntingkan kelopak yang dah layu tu supaya tak kacau bunga lain yang masih segar. Lagi satu kelopak bunga yang dah mati ni kulat & bakteria suka. Untuk elakkan kelopak bunga lain terkena infection, ada baik korang buang siap-siap. 


Jaga bunga fresh ni tak susah mana pun sebenanrnya, asalkan korang tahu cara & tekniknya yang betul. Andai kata bunga fresh korang tu dah tak boleh diselamatkan juga. Korang kerat jer batang bunga fresh tu & jadikan bunga potpourri. Setel masalah! 😁