Resepi Marshmallow Nougat Mudah

Mac 18, 2022

Sejujurnya. Syu memang tak berapa suka dengan marshmallow. Tapi lepas officemate Syu bagi rasa marshmallow nougat ni terus jatuh cinta. Rasanya memang sedap.


Ditambah pula dengan rasa lemak-lemak susu & kekacang. Resepi & cara nak buat marshmallow nougat ni pun tak ada lah susah mana. Bahan-bahannya pun mudah nak dicari di kedai-kedai yang ada membekalkan bahan-bahan bakeri.



Kalau korang nak tahu, penentu kepada murah mahal & sedapnya satu-satu marshmallow nougat tu bergantung pada bahan-bahan yang digunakan. Nak rasa marshmallow nougat yang premium, korang letaklah kekacang & buah kering yang mahal sikit macam pistachio, walnut, pecan & macadamia.


Marshmallow nougat
SUMBER FOTO : Greathomerecipes.com


Selain tu, penggunaan mentega pun mempengaruhi juga rasa nougat korang. Nak sedap, gunakan mentega asli (Pure butter) tanpa garam seperti Golden Churn, Anchor, Tatura, SCS, dll. Tak ada masalah sekiranya nak gunakan non-pure butter. Cuma rasanya berbeza sedikit jika dibandingkan dengan pure butter.



Berikut Syu kongsikan resepi marshmallow nougat dari officemate Syu. Memang sedap. Tak rugi buat. Misal kata nak dekat raya nanti korang kekeringan idea nak buat biskut raya apa. Korang boleh cuba buat marshmallow nougat ni sebagai pengganti kepada biskut raya. Selamat mencuba!



BAHAN-BAHAN


250g - Marshmallow*

80g - Unsalted pure butter*

150g - Susu tepung

150g - Kekacang (Pistachio, almond, kacang tanah, kacang hazel, dll.)

150g - Biskut keju Julie's (Dihancurkan)

10g - Buah kering (Kranberi, kismis, limau, kurma, dll.)





CARA-CARA


  1. Cairkan mentega & marshmalllow - Gunakan kuali nonstick & masak dengan api kecil
  2. Masukkan susu tepung & gaul sehingga sebati
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan kering seperti kekacang, biskut keju & buah kering.
  4. Gaul sehingga rata kemudian masukkan ke dalam nougat mould  
  5. Rata & padat-padatkan adunan marshmallow
  6. Biarkan adunan mengeras sekejap kemudian barulah dipotong kepada kepingan kecil
  7. Masukkan ke dalam bekas yang kering & kedap udara supaya marshmallow nougat tahan lama. Atau marshmallow nougatnya bungkus kecil-kecil macam ni. 


Bungkus macam ni tahan lama sikit & senang nak dibawa 😋

Comments

  1. sy kurang jgk marshmallow huhuu

    BalasPadam
  2. Wahhhhhh, fuhhhh nampak sedaplah, tapi nak buat tu aduh. Kena cari ini siapa siapa kot kot ada jual ke kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tengok dekat Shopee. Mana tahu ada
      Rasa macam ada terpandang hari tu
      He3

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!