Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak

November 13, 2022

Beberapa bulan yang lepas ada dapat jemputan dari biras Syu. Adiknya nak kahwin katanya. Tapi, jemputan pakai mulut sajalah masa tu. Awal-awal dah dipesannya kami laki bini apply cuti πŸ˜….


Dah convert jadi GIF. So tak ada lagu 🀭. 


Sebulan sebelum majlis resepsi, biras Syu ada hantar video kad jemputan melalui WhatsApp. Memang cantik kad jemputannya. Siap ada background music lagi.


Memang jauh berbeza dengan kad jemputan kita dulu-dulu. Lepas dah tempah kena tulis nama & letak dalam sampul surat satu-satu. Lepas tu baru bagi by hand pada jemputan.


Nampak macam renyah. Tapi, sebenarnya ia satu nostalgia. Mungkin lepas ni takkan ada lagi kad jemputan bercetak. Almaklumlah, ikut peredaran zaman πŸ˜‚.



Banyak barang pemakan


Nama pun kenduri kan. Dah sah-sahlah banyak pilihan makanan. Dari menu pembuka selera, main course sampailah ke pencuci mulut. Memang cukup lengkap. Cuma lalu dengan lalu saja nak sumbat dalam perut πŸ˜‚. 


Nasi minyak
Dah lama juga tak perkena nasi kenduri ni πŸ˜‹.


Tadi, masa dekat rumah pengantin perempuan. Syu mampu makan nasi minyak dengan laksa saja. Menu-menu selingan yang lain memang tak mampu nak jamah dah. Sebab dah terlampau kenyang. 



Jadi, nak tak nak terpaksalah kita surrender lebih awal 🏳️. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua pasangan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannah🀲🏻. Esok kita pergi bertandang rumah pengantin lelaki pula. 


Pengantin
Sempat ambil gambar orang saja. Gambar sendiri tak sempat nak ambil πŸ˜†.


Comments

  1. Saya tu hari makan nasi minyak kat Port Dickson.. Cucu sedara sebelah isteri berkahwin. :)

    BalasPadam
  2. seronok kalau pi kenduri kahwin pastu ada macam-macam pilihan makanan... lagilah sedara sendiri dia jadi lagi santai tak la rsa berabut-rebut nak balik

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!