Nestle Mochi Boba: Akhirnya Dapat Merasa Juga πŸ˜‹

Januari 01, 2023

Hari ni Syuderis.com mulakan lembaran tahun baru 2023 dengan something yang sweet. Macam aiskrim Nestle Mochi Boba ni. Penuh dengan kemanisan 😁. Walaupun aiskrim ni dah lama berada di pasaran & dah di-review ramai. Tapi, Syu tetap nak buat review juga. Almaklumlah, baru ini nak merasa.



Macam biasa. Bila dah habis keviralannya. Maka, freezer kedai-kedai sentiasa penuh  dengan aiskrim ni. Dulu, sikit punya jenuh bercari tak jumpa-jumpa. Langsung tak nampak bayang. Sedih tau! Asal buka freezer, sold out belaka aiskrimnya 😩. 



Yang tinggal cuma gambar poster depan kedai & sticker harga aiskrim pada cermin peti ais πŸ˜…. Memang laku keras betul sampai sold out memanjang. Bila dah habis viral, penuh pula aiskrim ni dalam freezer tak luak-luak.


Sampai tak ada siapa sudi nak beli. Jadi, muka-muka macam kita yang tak pernah try lagi ni juga yang beli sudahnya πŸ˜‚. Takkan nak tengok saja kan? Orang lain ramai dah cuba.  Kita saja yang belum merasa. Nak hilangkan kempunan, cuba jugalah barang sebungkus dua. 


Nestle Mochi Boba
Jumpa aiskrimnya dalam freezer TF Valuemart Batu Gajah πŸ˜‚.


Jika dibandingkan dengan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Aiskrim mochi boba ni jauh lebih besar sedikit saiznya, walaupun harganya dah lebih kurang sama macam aiskrim mochi durian hari tu.



Sedap ke?


Pada Syu aiskrimnya boleh tahan sedap jugalah sebenanya. Cuma rasanya agak manis sedikit. Mungkin disebabkan kemanisan brown sugar yang ada pada boba tu agaknya membuatkan aiskrim ni bertambah manis. Tapi, boba dalam aiskrim ni Syu suka. Sebab ada tekstur kenyal-kenyal.


Nestle Mochi Boba
Beginilah rupa asikrimnya. Ditengah-tengahnya ada filling boba. 


Kulit mochinya pun sedap. Nipis & tak terlalu tebal. Memang kenalah dengan tekak. Pada yang belum cuba aiskrim ni, korang kena cuba dalam sebungkus dua. Memang sedap askrim πŸ˜‹. 

Comments

  1. Ooo.. Inilah yang anak saya makan tadi. Mamanya belikan.. Ingatkan ape benda le.

    BalasPadam
  2. Macam menarik je Syu.. Boleh lah cuba nanti.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah! Sedap juga aiskrimnyaπŸ˜‹πŸ’•

      Padam
  3. nampak sedap..tapi sebab tak makan boba, tu yang tak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lah...tak makan boba ke? Takpe2. Akak boleh tolong makan kan πŸ€­πŸ’•

      Padam
  4. x pernah cuba lagi sbb x berapa gemar boba

    BalasPadam
  5. Memang sedappp ..kalau beli satu rasa macam xcukup pulak .

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!