Julai 05, 2025
Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keberkatan
Assalamualaikum korang! Harini nak kongsi sikit pasal puasa Tasu’a & puasa Asyura. Mungkin ada yang dah biasa dengar, tapi ramai juga yang masih keliru — apa perbezaan, kenapa kita digalakkan berpuasa & bila tarikh yang sebetulnya untuk kedua-dua jenis puasa ni.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللَّهِ المُحَرَّمُ وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ
"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam."-HADIS RIWAYAT MUSLIM, 1163
Apa Itu Puasa Tasu’a & Puasa Asyura?
Okay, simple je sebenarnya.
✅ Puasa Tasu’a = Puasa pada 9 Muharram
✅ Puasa Asyura = Puasa pada 10 Muharram
Dua-dua ni puasa sunat yang sangat digalakkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pun berpuasa Asyura, malah Baginda ajar kita untuk puasa sehari sebelum atau selepas Asyura supaya nampak puasa kita yang beragama Islam ni berbeza dengan budaya berpuasa orang Yahudi masa tu.
Fadilat Puasa Asyura
Ni part paling best. Puasa Asyura ni menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas — MasyaAllah, banyaknya pahala! Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda:
Puasa Asyura, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan (dosa-dosa) setahun sebelumnya.
Bayangkan, hanya dengan puasa sehari, Allah bagi peluang bersihkan dosa kita setahun. Rugi kan kalau tak buat?
Kenapa Digalakkan Puasa Tasu’a?
Kalau ikut sejarah orang Yahudi masa tu, puasa 10 Muharram ni adalah untuk meraikan hari Nabi Musa a.s diselamatkan dari Firaun. Jadi, Nabi SAW nak kita ni berbeza dengan kaum yang itu, maka Baginda sarankan puasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau tambah sehari selepasnya (11 Muharram).
Tapi kebiasaan kita kat Malaysia, ramai yang buat puasa Tasu’a & Asyura (9 & 10 Muharram) — insyaallah dah cukup ikut sunnah dah tu.
Bila Tarikh Puasa Tasu’a & Asyura?
Untuk tahun 2025 ni, tarikh 9 Muharram jatuh pada hari ini 5 Julai 2025 (Sabtu), dan 10 Muharram jatuh pada 6 Julai 2025 (Ahad). Jadi, kalau korang nak rebut pahala berganda, bolehlah plan puasa dua hari ni. Insyallah mudah je. Kalau tak dapat puasa Tasu'a hari ni. Boleh ganti 11 Muharram (Isnin) minggu depan.
✅ Niat Puasa Tasu’a (9 Muharram)
Sahaja aku berpuasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta‘ala
✅ Niat Puasa Asyura (10 Muharram)
Sahaja aku berpuasa sunat Asyura kerana Allah Ta‘ala
Syu doakan semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua. Jangan lupa share dekat family & kawan-kawan — mana tahu boleh jadi asbab pahala berpanjangan, insyallah.
Kalau suka artikel ni, jemput singgah lagi kat blog Syu ya. Nanti Syu share banyak lagi cerita pasal amalan sunat, tips ibadah & kisah-kisah menarik. Selamat berpuasa Tasu’a & Asyura, semua! 🌙✨
Mei 26, 2025
Kontrak Kerja Perlu Stamping LHDN atau Tak? Ini Jawapannya!
Pernah tak masa tengah sign kontrak kerja, tiba-tiba terfikir – "Eh, kena stamping LHDN ke tidak kontrak ni?" Atau mungkin bos suruh pergi LHDN tapi kita pun tak pasti kenapa.
Sebenarnya, ramai yang masih keliru tentang isu ni – sama ada kontrak kerja memang wajib dicop (stamp) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau sekadar formaliti je.
Yang tengah cari jawapan tu, jangan pergi mana-mana. Korang dah landing dekat tempat yang betul dah ni. Pasal dalam artikel kali ni, Syu akan kupas lebih lanjut pasal stamping kontrak kerja, apa kesan kalau tak buat & macam mana proses stamping tu sebenarnya.
Apa Itu Stamping LHDN?
Sebelum kita pergi jauh, meh kita faham dulu apa benda “stamping” tu. Stamping LHDN atau nama penuhnya pemateraian duti setem ialah proses pengesahan dokumen perjanjian bertulis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bila mana satu-satu dokumen perjanjian tu dimatikan setem (stamp duty), secara asasnya dokumen tersebut diperakui sah bagi tujuan undang-undang & juga boleh dijadikan bukti di mahkamah in case kalau ada apa-apa isu di kemudian hari.
![]() |
| SUMBER FOTO : Freepik |
Dalam bab kerja - kontrak kerja misalnya. Ia bukan sekadar helaian kertas yang sarat dengan syarat kerja semata-mata. Tapi merupakan satu perjanjian sah antara majikan & pekerja sepertimana yang dah termaktub dalam Akta Kerja 1955.
Di bawah Seksyen 10 Akta ni, majikan wajib mengemukakan kenyataan
bertulis kepada pekerja yang dalamnya ada menerangkan terma & syarat
kerja – termasuk gaji, waktu kerja, cuti dan sebagainya.
Kontrak Kerja Perlu Stamping Ke Tak?
Secara ringkasnya, kontrak kerja perlu di stamping seperti mana yang termaktub dalam Akta Setem 1949. Kenapa?
-
Untuk jadikan kontrak kerja tersebut sah di sisi undang-undang
-
Boleh diguna pakai di mahkamah sekiranya ada berlaku pertikaian antara majikan dan pekerja
-
Mengelakkan penalti sebab tak setem dalam tempoh yang ditetapkan
Walaupun di dalam Akta Kerja 1955 tak ada dinyatakan berkenaan stamping. Tapi bila ia melibatkan "dokumen perjanjian" secara tidak langsung Akta Setem 1949 diguna pakai. Dalam akta ni, sebarang bentuk perjanjian bertulis (termasuk kontrak kerja) kena dimatikan setem.
Jadi walaupun Akta Kerja 1955 tak ada disebut perkataan "stamping", tapi bila kita nak kontrak tu diiktiraf sebagai satu bukti yang sah kalau ada isu (contohnya kes pekerja vs majikan), stamping tu akan jadi sangat penting.
Bila Kena Setem?
Berdasarkan Akta Setem 1949, suatu kontrak kerja tu kena dimatikan setem dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen ditandatangani. Andai kata terlepas dari tempoh tu, pihak LHDN sana akan kenakan penalti.
Berapa Kos Stamping Kontrak Kerja?
Kos stamping kontrak kerja tak mahal pun – cuma RM10 untuk setiap salinan asal kontrak kerja. Tapi kalau ada klausa lain macam pinjaman, elaun khas, atau sewa tempat tinggal, mungkin akan ada pertambahan kos stamping. Bergantung pada nilai.
Siapa Kena Uruskan?
Kebiasaannya, majikan yang akan uruskan stamping kontrak kerja ni. Tapi, ada juga segelintir pekerja pergi ke LHDN sendiri untuk buat stamping. Cuma jarang sekali berlakulah.
Cara Buat Stamping LHDN?
Ada dua cara mudah untuk buat stamping sebenarnya. Tapi, cara nombor dua lebih convenient & mudah sikitlah.
-
Pergi ke pejabat LHDN berdekatan – isi borang, bayar & terus dapatkan setem.
-
Guna sistem atas talian (STAMPS LHDN) – Untuk syarikat yang ramai pekerja. Boleh guna cara ni.
Apa Jadi Kalau Tak Buat Stamping?
Kalau kontrak kerja tak distamp:
-
Tak sah untuk dibawa ke mahkamah.
-
Boleh dikenakan penalti sebab dah langgar Akta Setem 1949.
-
Menyusahkan bila ada pertikaian hak pekerja.
Seperti mana yang termaktub di dalam Akta Setem 1949, kontrak kerja memang perlu stamping dengan LHDN. Prosesnya senang jer. Online pun dah boleh buat. Cuma kos stamping tu yang akan menjadi pertikaian kepada syarikat-syarikat yang ada ramai pekerja. Bayangkanlah, pekerja bukan ambil seorang dua. Satu stamping dah RM10. Kalau 600 kontrak kerja nak kena stamping dah berapa dah?? Makan modal juga tu kan.
September 23, 2023
Senarai Semak Permohonan Kemaskini Pasport Lama Pekerja Asing (PA) Ke Pasport Baru Di Jabatan Imigrisen

![]() |
| SUMBER FOTO : Google |
Untuk pengetahuan korang. Sekiranya, pasport pekerja asing (PA) tak cukup tempoh 12 bulan & PA dah terima passport baru dari kedutaan. Majikan/wakil majikan perlu hadiro ke kaunter Jabatan Imigrisen Negeri bagi membuat pengemaskinian maklumat passport baru.
Pengemaskinian pasport tu mesti dibuat sebelum meneruskan permohonan pembaruan permit melalui sistem e-PLKS. Kalau tidak, nama PA tak akan appear dalam sistem & sekaligus menyukarkan proses korang untuk buat pembaharuan permit.
Dokumen yang diperlukan
Berikut, Syu senaraikan dokumen-dokumen yang korang perlu sertakan semasa proses pengemaskinian pasport.
- Surat permohonan dari syarikat/majikan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan borang pendaftaran syarikat (MyDATA)-Borang 9, 49 atau borang B&D
- Surat wakil syarikat berserta salinan kad pengenalan & penyata 3 bulan KWSP
- Salinan muka depan pasport lama & baharu
- Salinan permit PA
- Pasport asal pekerja asing
Selesai pengemaskinian, barulah korang boleh proceed dengan pemohonan permit. Kebiasaannya, tempoh pengemaskinian pasport ni akan mengambil masa tak lebih dari tempoh 7 hari bekerja.
Tapi, sekiranya dalam sistem e-PLKS masih belum ada apa-apa update. Sebaiknya, korang telefon semula Jabatan Imgirisen Negeri & bercakap sendiri dengan pengawai berkenaan status pengemaskinian pasport PA.
Kalau tak nanti, alamat pending-lah proses pembaharuan permit PA korang. Harap korang dapat sesuatu? Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 😉💕.
April 07, 2023
Cara Pengambilan Ubat GTN (Glyceryl Trinitrate) Bila Terkena Serangan Jantung

Sakit & ketidakselesaan pada bahagian dada ni sebenarnya merupakan petanda awal kepada berlakunya serangan jantung. Ia boleh menyerang bila-bila masa. Baik lelaki mahupun pada wanita. Kebanyakan serangan jantung, mengakibatkan berlakunya ketidakselesaan pada bahagian tengah atau kiri dada. Keadaan ini akan berterusan selama lebih daripada beberapa minit. Antara tanda-tanda & simptom awal serangan jantung yang lain adalah :
- Kesukaran untuk bernafas
- Rasa sakit & tidak selesa pada bahagian rahang, leher, belakang badan, lengan & bahu
- Pening & mual
- Sakit kepala
- Badan berasa lesu
![]() |
| Tanda-tanda & simptom awal serangan jantung adalah berbeza mengikut individu & jantina - KREDIT FOTO : cdc.gov |
Sebagai langkah awal dalam mengawal & meredakan serangan tersebut adalah dengan mengambil ubat Glyceryl Trinitrate (GTN) ni. Ubat GTN ni boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan dengan harga serendah RM10/botol. Pada mereka yang ada sejarah sakit jantung, WAJIB ADA & spare ubat GTN ni sepanjang masa. Ubat ni kira penyelamat keadaan bila sakit dada melanda.
![]() |
| Botolnya kecil & mudah dibawa ke mana-mana 😁. |
Cara pengambilan ubat GTN
Ubat GTN ini merupakan ubat sublingual. Bila sakit dada, ubat ni perlu diletakkan di bawah lidah & dikemam sehingga ubatnya cair bagi tujuan melegakan sakit dada (angina) akibat serangan jantung. Ia bertindak dengan cara mengembangkan salur darah supaya peredaran darah ke jantung menjadi lebih lancar & seterusnya membekal oksigen yang mencukupi pada otot jantung.
![]() |
| KREDIT FOTO : FB Duta Kenali Ubat Anda |
Kenapa kena letak bawah lidah? Salah satu sebabnya, kawasan bawah lidah ni dikatakan mempunyai banyak bekalan salur darah & mampu mempercepatkan lagi proses penyerapan ubat. Paling maksimum, ubat GTN ni boleh dikonsum sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya sakit dada masih lagi berlanjutan selepas 3 kali pengambilan. Segera dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk dapatkan rawatan susulan.
Cara penyimpan yang betul
Cara penyimpanan ubat GTN ni mudah saja. Ia perlu disimpan dalam botol kaca yang gelap & berada pada suhu bilik. Jauh daripada cahaya, suhu panas & lembab. Selain itu :
- Sentiasa tutup botol dengan ketat.
- Simpan ubat ini dalam bekas asal.
- Gunakan ubat ini dalam tempoh 8 minggu selepas dibuka.
- Jauhi daripada kanak-kanak.
- Pulangkan ubat berlebihan/telah luput ke farmasi untuk dilupuskan.
- Elakkan dari terkena cahaya matahari
Mac 17, 2023
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Kedah Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
| KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA KEDAH TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Kedah khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Kedah
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Kedah - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
| ZON 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena |
![]() |
| ZON 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan |
![]() |
| ZON 3 : Padang Terap & Sik |
![]() |
| ZON 4 : Baling |
![]() |
| ZON 5 : Kulim & Bandar Baru |
![]() |
| ZON 6 : Langkawi |
![]() |
| ZON 7 : Puncak Gunung Jerai |
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perlis Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
| KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA PERLIS TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Perlis khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perlis
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perlis - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
| Seluruh negeri Perlis. |
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
| KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 SELANGOR TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Selangor
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Selangor - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
| ZON 1 : Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang & Hulu Langat |
![]() |
| ZON 2 : Sabak Bernam & Kuala Selangor |
![]() |
| ZON 3 : Klang & Ulu Langat |
Mac 15, 2023
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
| KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 PERAK TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perak
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perak - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
| ZON 1 : Tapah, Slim River & Tanjung Malim |
![]() |
| ZON 2 : Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar |
![]() |
| ZON 3 : Pengkalan Hulu, Gerik & Lenggong |
![]() |
| ZON 4 : Temengor & Belum |
![]() |
| ZON 5 : Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg. Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor |
![]() |
| ZON 6 : Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar |
![]() |
| ZON 7 : Bukit Larut |
Januari 18, 2023
Cara Semak & Kemaskini STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Di MySTR

BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) telah dijenamakan semula oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kini, BKM dikenali sebagai STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Pembayaran Fasa 1 STR 2023 ini telah mula dikreditkan secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.
Dikhabarkan pembayaran STR ini diawalkan bagi meringankan beban sara hidup rakyat yang terdiri dari golongan B40. Seramai 8.4 juta penerima bakal menerima STR yang melibatkan peruntukkan RM1.67 bilion dari kerajaan Malaysia. Kelayakkan penerimaan STR Fasa 1 adalah berdasarkan rekod sedia ada MyBKM 2022.
![]() |
| FOTO : Bernama |
Semakan lanjut berkenaan status kelayakkan pembayaran STR Fasa 1 boleh dibuat dengan melayari halaman MySTR. Sebarang bantuan boleh pergi ke cawangan LHDN berhampiran atau hubungi talian hotline LHDN 1-800-88-2747.
Cara semak status bayaran di MySTR
- Pergi ke halaman MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan & klik log masuk
- Sahkan frasa keselamatan
- Masukkan kata laluan - Kata laluan sama seperti kata laluan MyBKM
- Klik pada butang SEMAKAN PEMBAYARAN FASA 1 di laman menu pengguna
November 18, 2022
Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis Panduan Keluar Mengundi PRU15

Esok PRU15. Seluruh rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin Malaysia yang baharu. Tapi, mesti ada yang masih tertanya-tanya. Boleh ke individu yang dijangkiti Covid-19 keluar mengundi? 🤔
Jangan risau. Penggundi yang dijangkiti Covid-19 DIBENARKAN untuk keluar mengundi. Cuma ada beberapa senarai semak & garis panduan yang perlu dipatuhi.
Bagi mengelak berlakunya penularan, sebaiknya ikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun dikhabarkan tiada laluan khas disediakan buat pengundi-pengundi yang dijangkiti Covid-19 ketika PRU15 nanti. Kawalan kendiri mesti terus kekal diamalkan. Baik yang positif Covid-19 mahupun negatif.
Senarai semak pengundi positif Covid-19
Bagi pengundi yang positif Covid-19. Berikut senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum keluar mengundi.
Garis panduan pembuangan undi
Jun 03, 2022
Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
TUKAR HAKMILIK KENDERAAN INDIVIDU KEPADA SYARIKAT || Ini job task Syu kemarin ya 😌. Kalau ikutkan orang lain yang sepatutnya kena buat. Tapi, kita layankan sajalah. Bukan selalu dapat buat job dekat luar. Asyik memanjang duduk dalam pejabat pun bosan juga.
Memandangkan prosesnya masih fresh lagi dalam ingatan Syu. Jadi Syu nak share dengan korang macam mana nak tukar hakmilik kenderaan individu kepada syarikat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Atau lebih mudah kita panggil tukar nama.
![]() |
| SUMBER FOTO : qoala.app |
Senarai dokumen
Proses tukar nama kenderaan persendirian sesama indvidu memang cepat & mudah nak dibuat. Namun, bila melibatkan tukar nama kenderaan persendirian kepada syarikat. Akan ada beberapa pertambahan sedikit dari segi dokumen/lampiran sokongan. Fi proses tukar nama yang dikenakan, masih lagi pada kadar yang sama. Iaitu RM100. Cuma HARGA CUKAI JALAN kena bayar lebih sikit nanti.
Basically, cara & proses tukar nama kenderaan daripada individu kepada syarikat lebih kurang sama juga macam kita buat tukar nama sesama invidu. Seperti biasa tetap akan ada proses buat pemeriksaan PUSPAKOM, isi borang & buat pengesahan cap jari (Pengesahan biometrik) di JPJ.
Cuma ada beberapa dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama borang permohonan. Kalau nak tahu, ini antara dokumen-dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama :
- Borang JPJK3 (Pind.1/2014) yang telah siap diisi - Jangan lupa letak cop syarikat (Cop penuh) pada ruangan PENGAKUAN EMPUNYA BARU
- Sijil pemilikan kenderaan (VOC)/Geran kenderaan - Pastikan geran dah dibatalkan hakmilik dengan pihak bank.
- Surat lantikan wakil syarikat berserta salinan IC - Cop syarikat mestilah cop penuh beralamat & nombor telefon.
- Salinan terkini DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA berserta bukti pembelian - Borang 9, profil syarikat & invois.
- Salinan IC pengarah syarikat - Jika penjual & pembeli adalah orang yang sama. Gunakan salinan IC pengarah lain.
- Sijil pemeriksaan tukar milik B5 (a.k.a Surat pemeriksaaan PUSPAKOM) - Motorsikal tak payah buat
1) Borang pertukaran hakmilik - JPJK3 (Pind.1/2014)
Macam kes Syu. Borangnya Syu isi sekeping sahaja. Sebabnya Syu datang sekali dengan bos Syu untuk buat pertukaran nama. Misal kata empunya kenderaan & bakal pemilik datang berasingan. Silalah isi dua borang berasingan ya. Satu borang untuk empunya kenderaan & satu borang lagi untuk pemilik baru.
PENGAKUAN PEMUNYA BARU || Pada ruangan butir-butir pemunya baru, pengakuan boleh ditandatangan samada oleh pengarah mahupun wakil syarikat. Asalkan pengarahnya bukan pemilik asal kenderaan tersebut. Sekiranya, pengarah adalah pemilik asal kenderaan. Minta pengarah lain yang ada dalam syarikat untuk turunkan tandatangan.
WAJIB GUNA COP PENUH SYARIKAT || Selepas tandatangan, jangan lupa capkan juga cop penuh syarikat. Cop penuh tu mestilah cop yang ada tertulis nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat, nombor telefon berserta nombor faks yang boleh dihubungi.
2) Geran kenderaan - Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Geran kenderaan WAJIB dibawa bersama semasa proses tukar nama - Datang bersama pemilik. Sekiranya baki pinjaman kenderaan dah dilangsaikan. Sila pastikan yang korang selaku pemilik dah buat pembatalan geran terlebih dahulu. Untuk buat pembatalan geran dengan kadar yang segera. Sebaiknya, korang telefon mana-mana institusi kewangan yang ada sangkut paut dengan kenderaan korang tu.
Kalau tidak, akan berlakulah sekatan dalam sistem JPJ semasa proses tukar nama nanti. Bila sekatan dah ditarik. Status HAKMILIK DITUNTUT atas nama institusi kewangan akan dibatalkan secara automatik dari sistem JPJ. Selesai pembatalan, barulah proses tukar milik boleh dibuat.
3) Surat wakil
Sekiranya pemilik kenderaan & pengarah syarikat yang bakal jadi pemilik baru tu merupakan orang yang
sama. Tandatangan pengesahan pada surat wakil mestilah disahkan oleh
pengarah yang lain - Selain syarikat milikan tunggal (Enterprise). Kalau guna juga tandatangan dari orang yang sama. Proses tukar nama akan di-reject serta merta oleh pihak JPJ. Selain itu, untuk maklumat wakil syarikat pula. WAJIB disertakan bersama salinan kad pengenalan wakil syarikat untuk semakan & pengesahan pegawai JPJ.
![]() |
| Surat contoh perlantikan wakil syarikat untuk urusan tukar nama. |
Ini contoh surat yang pegawai JPJ beri pada Syu. Kena ikut sebiji macam ni ya. Selebihnya korang cuma perlu letakkan letterhead syarikat & suruh pengarah syarikat korang turunkan tandatangan 📝. Jangan lupa capkan juga cop syarikat bersebelahan tandatangan - Guna cop penuh!
4) Dokumen pendaftaran syarikat
Untuk salinan dokumen pendaftaran syarikat sendirian berhad - COMPANY PROFILE, FORM 9 (Dokumen berbeza mengikut jenis milikan syarikat). Pastikan dokumen tersebut up-to date & ianya dibeli melalui sistem MyDATA SSM - berserta CTC (Certified True Copy). Kepilkan juga resit pembelian bersama dokumen pendaftaran syarikat untuk semakan pegawai JPJ.
5) Salinan kad pengenalan pengarah
Bagi syarikat selain milikan tunggal (Enterprise). Satu salinan kad pengenalan pengarah perlu disertakan bersama semasa proses tukar nama. Asalkan pengarah tu bukan pemilik asal kenderaan & dia merupakan pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menurunkan tandatangan pada surat wakil.
6) Sijil pemeriksaan tukar milik (B5) / Surat PUSPAKOM
Surat PUSPAKOM ni macam biasalah. Kena buat pemeriksaan kenderaan & dapat kelulusan dari PUSPAKOM dahulu baru akan dikeluarkan suratnya - Kecuali motorsikal. Tujuan pemeriksaan ni sebenarnya adalah untuk melindungi pemilik baru kenderaan daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung contohnya.
Jadi, kepada pemilik kenderaan yang berhajat nak jual kenderaan tu. Silalah buat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. Kalau tak sempat. Upahlah runner. Bila dah ada surat PUSPAKOM, pastikan proses tukar nama dibuat dalam tempoh yang dah ditetapkan - 60 hari dari tarikh pemeriksaan.
Insurans & Cukai Jalan
Selesai tukar nama & bayar fi RM100. Pihak JPJ akan keluarkan geran kenderaan yang baru (VOC) atas nama syarikat. Selesai sudah proses tukar nama. Next step, korang boleh proceed untuk buat insurans & cukai jalan pula.
Sejujurnya, nak buat pertukaran hakmilik kenderaan ni senang sahaja sebenarnya. Cuma ia akan jadi sedikit rumit & complicated pada mereka-mereka yang baru pertama kali berurusan dengan JPJ berkenaan dengan hal ni.
Syu harap perkongsian Syu ni bermanfaat & dapat membantu korang yang masih buntu pasal proses pertukaran hakmilik kenderaan di JPJ. Especially melibatkan pertukaran hakmilik indvidu kepada syarikat.
Mei 26, 2022
Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
CHECK OUT MEMO (COM) PEKERJA ASING || Bila mana pekerja asing (PA) mahupun pembantu rumah asing (PRA) telah tamat tempoh permit bekerja ataupun ditamatkan perkhidmatannya oleh majikan di Malaysia. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN MAJIKAN untuk menghantar kembali PA pulang ke negara asal mereka.
![]() |
| SUMBER FOTO : Google |
Bukan hantar PA balik terus macam itu saja ya. Ada caranya. Yang pasti mesti mengikut prosedur standard & garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Jadi, sebelum menghantar PA ni balik ke negara asal mereka. Permohonan dokumen check out memo (COM) atau memo periksa keluar terlebih dahulu perlu dibuat oleh majikan sebelum PA berangkat keluar dari Malaysia.
Apa itu COM?
COM merupakan dokumen/memo pemohonan keluar. Ia WAJIB DIBAWA bersama PA sebelum pulang ke negara mereka. Setelah lulusnya permohonan COM oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. PA/PRA tidak lagi layak untuk tinggal & bekerja di Malaysia kerana rekod PA/PRA yang sedia ada dalam sistem Jabatan Imigrisen Malaysia telah bertukar status.
Dokumen/memo ni akan disemak & disahkan oleh pegawai Jabatan Imigrisen Malaysia di mana-mana pintu keluar yang telah didaftarkan didalam sistem Jabatan Imigrisen.
Permohonan COM ni adalah PERCUMA & ia hanya boleh dimohon oleh majikan, wakil syarikat & agen yang dilantik sahaja. PA tidak boleh memohonnya sendiri di Jabatan Imigresen.
Majikan & syarikat boleh disenaraihitamkan
Untuk menghantar PA balik ke negara asal, majikan WAJIB
menghantar permohonan COM
terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Imigrisen Malaysia. Sebaik-baiknya,
7-14 hari sebelum PA keluar meninggalkan Malaysia.
![]() |
| SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Sekiranya COM tidak dibuat. Majikan dikira masih menggaji & mempunyai PA/PRA. Misalan PA/PRA tinggal & bekerja lebih tempoh masa, majikan boleh dikenakan penalti & kemungkinan juga syarikat boleh disenaraihitamkan.
Malah, majikan juga akan mengalami kesukaran untuk menggaji PA yang baru di masa akan datang. Dengan erti kata lain, kuota pengambilan PA majikan akan disekat.
COM lulus. Tapi PA lari?
Misal kata majikan dah buat COM tapi PA/PRA tak balik ke negara asal & terus tinggal lebih masa di Malaysia. Majikan tak perlu risau. Sebab PA/PRA bukan lagi di bawah tanggungjawab majikan. Malah, majikan juga terlepas dari sebarang tindakan undang-undang mahupun penalti dari kerajaan Malaysia.
Bila terjadinya situasi macam ni. Rekod majikan bersih. Sebaliknya, PA/PRA pula yang akan dikenakan tindakan undang-undang dengan cara disenaraihitamkan dari kembali bekerja di Malaysia. Tempoh senarai hitam yang bakal dikenakan adalah selama 5
tahun - Mungkin lebih atau dilarang terus untuk masuk ke Malaysia. Sebab itu pentingnya COM ni dibuat oleh majikan.
Cara mohon COM melalui kaunter
Bagi PA yang bakal dihantar pulang oleh majikan. COM boleh dipohon sekurang-kurangnya 7-14 hari sebelum dari tarikh penerbangan/ feri/ bas keluar dari Malaysia. Permohonan COM ni boleh dibuat secara walk-in ke bahagian pekerja asing di Jabatan Imigrisen ataupun secara online menggunakan portal e-PLKS.
Untuk permohonan melalui kaunter Jabatan Imigrisen. Berikut senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan COM ni :-
- SURAT PERMOHONAN rasmi berserta letter head kepada bahagian pengarah pekerja asing - Sertakan nombor nama, no. passport & warganegara PA/PRA
- BORANG permohonan COM
- SURAT WAKIL majikan berserta salinan IC & penyata KWSP (Disahkan oleh pegawai KWSP) - Jika perlu
- DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA (Borang 9,24 & 49) - Jika perlu
- Salinan kad pengenalan PENGARAH SYARIKAT/INDIVIDU
- SALINAN TIKET penerbangan/ feri/ bas
- PASSPORT asal PA/PRA berserta salinan
(*Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dari masa ke semasa. Sila rujuk Bahagian Pekerja Asing di Jabatan Imigrisen Malaysia untuk maklumat lanjut)
Cara mohon COM online (eCOM)
Bagi permohonan eCOM secara online. Permohonan boleh dihantar secara terus melalui portal e-PLKS. Untuk menggunakan sistem ni, majikan perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Permohonan eCOM secara online lebih mudah & menjimatkan masa. Hanya perlu :-
- LOG MASUK ke portal e-PLKS
- Klik pada bahagian eCOM
- KEMASKINI maklumat PA/PRA
- Masukkan MAKLUMAT COM - Tarikh jangka keluar, pintu jangka keluar, negara dituju, sebab keluar, jenis pengangkutan & nama agen pengangkutan
- MUAT NAIK dokumen sokongan - Salinan passport & tiket penerbangan/ feri/ bas
- PERAKUAN majikan/wakil - Tanda (✔) pada ruangan kotak yang disediakan
- HANTAR pemohonan
Untuk makluman korang, permohonan eCOM yang telah dihantar adalah MUKTAMAD. Sebarang pindaan maklumat & pembatalan hanya boleh dibuat secara terus melalui kaunter Jabatan Imigrisen Malaysia yang terdekat. Proses untuk mendapatkan kelulusan COM mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja.
![]() |
| Macam inilah rupa eCOM yang telah diluluskan oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. |
Sekiranya permohonan berjaya - Boleh semak pada bahagian STATUS PEMOHONAN di sistem e-PLKS. Majikan dikehendaki mencetak eCOM sebanyak dua (2) salinan. Satu salinan untuk simpanan majikan & satu salinan lagi untuk dipegang oleh PA/PRA masa keluar dari Malaysia.
Bila sudah ada dokumen/memo ni, majikan bolehlah lepaskan PA mereka balik ke negara asal tanpa sebarang masalah. Senang bukan? Semoga perkongsian ni bermanfaat 😜💕.





































