Contest #LuckyBlog AO : Akulah Arnab Tu!! πŸ˜‚

Mei 18, 2021

Akhirnya, berakhir sudah penantian semua contestants Contest #LuckyBlogAO!! Contest yang dikatakan agak berlainan & mencabar jugak yer sebenarnya😁. Tapi Syu suka!! Sebab ianya mencabar waktu tidur & lemak jari jemari Syu yang kian membuntat dek kerana terlampau banyak rehat. Sepanjang contest ni berlangsung, banyak perkara yang luar biasa & diluar jangkaan berlaku. 


Luar biasa yang macam mana?? Korang bayangkanlah timer dekat handphone Syu yang dari mula beli tak pernah-pernah diguna akhirnya berguna jugak untuk set alarm collect pointπŸ˜†. Husband Syu pulak dah pelik handphone asyik dok berbunyi jer. Nak-nak 2 minggu yang terakhir tu AO dah kurangkan gap untuk collect point. Memang berdecit-decit lah handphone ni berbunyi.

Tortoise & Hare
Ni perumpamaan jer tauπŸ˜‚. Macam comel pulak Naim jadi kura-kura😁.

Dalam contest ni, ending yang jadi pada Syu memang sebiji macam kisah perlumbaan arnab & kura-kura. Siapa arnab?? Syu lah ARNAB tu!!πŸ˜†. Tapi jangan salah faham tau...Syu bukan arnab yang membongak macam dalam cerita dongeng rakyat tu...Syu arnab baikπŸ‡!! Cuma kalah sebab ada termiss collect point jer. Almaklumlah, kadang-kadang termimpi indah sangat sampai tak sedar & tak teringat nak collect point. Macam mana tertidurnya si arnab masa berlumba dengan kura-kura macam tulah jugak SyuπŸ˜†.


Apa-apa pun alhamdulillah...dapat No.3 pun dah kira okay!! Tahniah kepada diri sendiri!!πŸ‘ Bukan senang tau nak konsisten collect point...tambah-tambah pesaing-pesaing dalam contest ni semua hebat-hebat. Korang bayangkan lah sepanjang contest ni berjalan, kedudukan semua contestants setiap minggu memang tersangat unpredictable & sentiasa berubah-rubah. Sebab tu Syu tak pernah set yang Syu akan menang contest ni sebab Syu tau, keputusan dia boleh berubah-rubah bila-bila masa jer. Tapi seronok kan macam ni. Baru suspend sikit!!


By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan terima kasih kepada tuan tanah AO sebab menganjurkan contest ni. Memang best sangat-sangat!! Tahniah jugak buat Naim & Farah MF sebab masing-masing merangkul tempat pertama & ke-2 dalam contest ni. Even diorang berdua ni agak jauh ketinggalan pada awalnya, tapi at the end diorang dapat kejar position Syu & Atiqah Najihah!! Syabas korang!!



Apa-apa pun tahniah untuk semua contestants yang join contest AO ni. Pada yang tak menang tu jangan sedih-sedih tau. Syu pun ada buat contest jugak. So, jemputlah join okay!! Tak susah mana pun contestnyer. Cubalah!! Mana tau ada rezeki untuk korang menang contest Syu. Kat bawah Syu ada letak link contest tu. So, senang korang nak tengok syarat contestnya macam manaπŸ˜‰. Yang penting slogan jangan lupa okay!!-"TEMAN RAYA, MIKER RAYA KE IDAK??"




Join contest πŸ‘‰ #RiangRaya Bersama SyuDeris

Comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah Syu. Ada rezeki Syu dalam contest ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...makceh K.FizahπŸ˜ŠπŸ’•.
      Tu pun banyak kali jugak terciduk nak collect pointπŸ˜….

      Padam
  2. Balasan
    1. Mekaseh kembar!!πŸ˜ŠπŸ’•.
      Kembar la kan...nama sama,hi3😁

      Padam
  3. tahniah kak syu!!!
    eh, saya dah bookmark contest akak. baru nak buat entrinya. tengah cari idea nak buat lelawa requirement tu.

    selamat hari raya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makceh AO & selamat hari raya jugak!!
      Join lah contest tu tau pastu share ngan kekawan lain sebab akak rasa macam ramai yang tak tahu pasal contest yang akk buat niπŸ˜…

      Padam
  4. Balasan
    1. Mekaseh. Selamat hari raya!!
      Jemput join contest raya Syu tauπŸ˜ŠπŸ’•

      Padam
  5. Alhamduillah, Tahniah kepada Kak juga. :)> hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...Makceh Naim the tortoiseπŸ’•.
      Tahniah jugak tau!! Hebat lah boleh kejar point akak & Tiqah,hi3😁

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!