Tukar Baju Baru Blog👒👚

Mei 31, 2021

Main page.

Fuhh...banyak hari jugak lah Syu hilang dari radar. Busy sebenarnya. Kalau korang nak tahu, actually Syu ada jer berblogging hari-hari. Tapi more kepada berblogging belakang tabir jelah. Last time Syu ada mentioned yang Syu beli template blogger dari Etsy. Start dari hari tu memang Syu sibuk menghadap segala macam kod CSS & html semua tu. Nak pecah kepala jugak lah tengok kod😌. Rasanyer senang lagi memasak kat dapur😁. Syu bukan apa, sebenarnya Syu sayang sangat certain elements yang ada dalam blog lama Syu. Selagi boleh Syu cuba generate & transfer sikit-sikit kod ke dalam template blog Syu yang baru ni. So, inilah rupa blog Syu sekarang. Lama jugak lah menghadap benda ni.

Post bahagian dalam

Apa-apa pun alhamdulillah...akhirnya siap jugak baju baru blog Syu😂. Jenuh jugak lah nak menyiapkan. Tambah pulak Syu memang tak berapa mahir sangat pasal kod html & CSS ni. Nak tak nak terpaksalah tanya banyak-banyak kat abang Google kita yang sorang tu😂. Nasib dia sudi nak menolong. Untuk template baru Syu ni, Syu masih kekalkan warna & design header Syu yang lama. Malas nak tukar baru sebenarnya. Guna pakai mana yang ada jelah. Tepu dah otak ni nak create design yang baru.

Ruangan komen.

Jujur Syu cakap, blogger template dari Flaire Design ni memang meriah. Semua widget berfungsi dengan baik. Designernya pulak memang tak lokek ilmu & sudi menolong bila-bila masa kalau template ni bermasalah. Memang berbaloi sangat beli!! Harga pun tak adalah mahal manapun. Boleh lah...sekali sekala nak jugak bagi blog nampak fresh sikit kan. Bukan nak tukar hari-hari pun baju blog ni 😃. 10 tahun sekali mungkin😆.

Bahagian footer blog.

Lepas ni, boleh lah berblogger dengan aman damai. Kalau nak buat refreshing blog pasni mungkin suruh Alien Oren (AO) jelah. Tak kuasa dah nak hadap kod-kod yang boleh buat pecah kepala ni. Boleh muntah hijau hadap hari-hari😂. Tapi pada Syu, Syu anggap ni kira satu cabaran jugak lah. Tak cuba tak tahu kan?

Comments

  1. cantik kak. blog naim ,naim serah dkt Alien Oren handle haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Naim.
      Pakar refreshing blog ada apadahal kan.So,serahkan kepada yang pakar.Ha3😁

      Padam
  2. Memang pening pun kak syu nak hadap kod kod tu hahahahaha, tapi apa apa pun tetap maintain cantik! Font ni better sikit kak syu daripada yang dulu, agak pening nak baca hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...memang bercinta sunggoh lah nak hadap kod-kod tu.
      Yelah, akak pon rasa font ni macam okay sikit😂
      Yang dulu punya nauzubillah memang bersimpang sior!!ki3😁

      Padam
  3. pening tp puas hati kn syu.. xpe.. ada jugak keja utk lockdown besok ni... besok sambung godek coding lg.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Kak Mim,hu3😁
      Tapi nasib baiklah kepeningannya tu berbaloi.Kalau ke laut hasilnya mau kemurungan Kak Mim😂

      Padam
  4. wah nice dah blog kak syu! makin berseri-seri menyambut lockdown ye >_<
    Takpe insyaAllah takde aral, roger je AO.

    baru perasan ramai blogger sepi sikit sejak nak hadap lockdown kali ni. Pape pun, stay safe jugakk kak syu dan semua :D

    BalasPadam
  5. 😂Ni pun perit akak nak menghadapnya AO.Berkicap jugaklah hari-hari tengok kod.
    By the way,selamat berlockdown!!Stay safe jugak hokey!!

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!