Artis Lelaki Korea Yang Sebenarnya Dah Berpangkat "Ahjussi"

Ogos 03, 2021

Think

Sejak beberapa hari ni, memang menyakitkan hati betul network coverage Digi ni. Nak kata duduk dekat ceruk idak jugak. Padahal duduk dekat area pekan ni. Boleh pulak line macam siput 🐷 (malas nak carut πŸ˜†). Post yang Syu create ni Syu redha jer tulis. Sembrono jer tekan publish. Tak tahulah dapat published dengan jayanya ataupun tak. Kalau Syu ada nampak korang punya komen tu, Syu kira post Syu ni successfuly published lah yer.


Hari ni Syu nak kongsikan senarai artis-artis lelaki Korea yang dah menjangkau umur 40-an, tetapi muka tetap awet muda macam jejaka umur 20-an. Kita kasi tenang-tenangkan fikiran tengok abam-abam Kimchi kita. Asyik layan Bollywood memanjang pun bosan jugak kan. Sekali sekala kita pelbagaikan. Tapi, sebelum Syu sembang lebih jauh pasal senarai artis-artisnya, kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan "ahjusshi" πŸ˜‰πŸ’•. 


"Ahjussi" (아저씨) 


Merupakan perkataan Korea yang bermaksud 'lelaki pertengahan umur' atau 'lelaki berkahwin'. Ahjussi boleh digunakan ketika memanggil orang dewasa yang tidak dikenali, sama ada dengan memanggil lelaki 'Tuan'. " Ada jugak sumber lain yang menyatakan "ahjussi" tu membawa maksud "pakcik". Istilah ni juga boleh digandakan menjadi perkataan "ajusshi" atau "ajeosshi".


Sekarang, seperti yang di tunggu-tunggu, jom kita tengok senarai artis-artis lelakinya. Betul ke retis-retis Korea ni dah boleh digelar "Ahjussi" πŸ˜ŠπŸ’•



1) Gong Yoo


Tarikh lahir : 10 Julai 1979(41 tahun) 


Siapa tak kenal Gong Yoo si jejaka "Coffee Prince" ni kan. Kalau tak jumpa dalam drama mesti jumpa dalam iklan penapis air. Alah, penapis Coway tu. Kalau dekat iklan TV, selalu sangat nampak muka dia. Masa drama "Coffee Prince" ni mula-mula keluar, Syu punya gigih pinjam hardisk dekat kawan πŸ˜‚. Siap burnt dalam CD lagi semata nak tengok banyak-banyak kali. Tapi lepas dari drama ni, agak lama jugaklah Syu tak follow perkembangan dunia lakonan Gong Yoo ni. Sampailah satu drama bertajuk "Goblin" ni keluar. Masa ni memang dah start balik gilakan drama lakonan Gong Yoo ni. Bukan apa, jalan cerita "Goblin" tu memang best sangat. Even nak skip satu episod pun tak boleh πŸ˜‚.



2)  Kim Jae Won



Tarikh lahir : 18 Februari 1981 (40 Tahun) 


Kalau tengok pelakon ni mesti teringat budak yang namanya Han Shin Bi dalam drama "Wonderful Life". Drama ni memang kegilaan Syu masa Syu tingkatan 5 dedulu. Setiap episod memang tak pernah miss tengok 😁. Lepas balik jer sekolah mesti hadap drama ni dulu. Sebab kalau dah terlepas satu episod, memang takde ulang tayang dah. 


Selain dari drama ni, Kim Jae Won ni pun ada berlakon dengan Jang Nara dalam drama "My Love Patzzi". Drama ni pun Syu tak miss jugak πŸ˜‚. Sebabnya ada Jang Nara. Sampai sekarang minat Jang Nara ni. Pelakon ni pun sama jugak. Syu dah menua dia, tapi dia masih lagi nampak "baby face". 


Beberapa tahun yang lepas , Kim Jae Won ni ada buat kemunculan semula bersama dengan anak dia Kim Ji Yun dalam salah satu rancangan TV KBS World. Muka dia alahai, tak makan tua langsung πŸ˜…. Anak dia pulak, memang sebijik-sebijik ikut muka Kim Jae Won. Bila Syu tengok muka Kim Jae Won ni, rasa macam Syu pulak yang lagi tua dari dia. 




Tarikh lahir : 19 Mac 1981 (40 Tahun)

Nama Kim Rae Won ni dah macam dekat-dekat dengan Kim Jae WonπŸ˜„. Pernah jugak terfikir, diorang ni adik beradik ke pasal nama dah nak dekat-dekat. Tapi sampai ke sudah Syu tak dapat jawapannya.


Movie pertama lakonan Kim Rae Won ni Syu tengok masa tahun 2006 bertajuk "My Little Bride". Actually, movie ni released masa tahun 2004, tapi disebabkan kekangan teknologi masa tu, tahun 2006 baru Syu dapat tengok. Masa ni baru first time dapat laptop 😁. Tu yang dapat tengok movie & drama sakan tu.



4) Cha Seung Won


Tarikh lahir : 7 Jun 1977 (51 Tahun) 


Sejujurnya Syu tak pernah tengok lakonan Cha  Seung Won ni dalam mana-mana drama & movie πŸ˜…. Tapi Syu rajin tengok dia ni dalam rancangan realiti TV "3 Meals A Day". Sebab dalam rancangan tu, Cha Seung Won ni yang selalu prepare makanan. Skill memasak dia boleh tahan tau. Setiap kali dia masak tak pernah Syu tak terliur πŸ˜…. Tapi kalau part dia masak hik-hok (🐷) tu memang auto tertutup lah selera Syu. Takkan nak berselerakan. Benda tak boleh & tak pernah makan πŸ˜…. Memang sah-sah lah kembang tekak. 



5) Kim Jong Kook


Tarikh lahir : 25 April 1976 (45 Tahun) 


Siapa tak kenal Kim Jong Kook yang suatu ketika dahulu namanya pernah terkenal bersama kumpulan Turbo. Kalau nak tahu, kumpulan Turbo ni antara Korean duo yang paling banyak job masa tahun 1995 hingga 2001 & berjuta-juta albumnya sold out ke seluruh Asia. Dalam rancangan "Running Man", Kim Jong Kook ni selalu dipanggil "Sparta Kook" πŸ˜†. Garang nak mati sampai geng-geng Running Man yang lain pun tak berani nak buli. Tapi jangan salah sangka. Sesado-sado dia, suara jambu dia tetap menusuk kalbu tambah-tambah kalau dengar dia nanyi lagu "Words I Want to Say to You" & "Lovable" ( Dua-dua ni lagu masa bercinta dengan husband dedulu 😁) .


Dedulu masa Kim Jong Kook ni famous dalam Turbo, dia selalu kena buli dengan pihak pengurusan dia. Kalau korang tengok sejarah gelap Turbo mesti korang tahu pasal apa yang jadi pada Kim Jong Kook masa tu (The Fallen of Turbo) . Sekarang, siapa pun tak boleh buli si "Sparta Kook" ni. Dia buli orang balik adalah πŸ˜…. 



6) So Ji Sub


Tarikh lahir : 14 November 1977 (43 Tahun)

Drama pertama yang Syu tengok dari lakonan So Ji Sub ni tajuknya "I'm Sorry, I Love You". Drama ni kalau tengok memang meleleh air mata πŸ˜…. Sedih namate. Lepas dari drama ni agak lama jugaklah Syu tak follow perkembangan drama lakonan So Ji Sub ni. Sampailah satu drama "Oh My Venus" ni muncul pada tahun 2015. Drama ni best. Memang layan gila bila tengok. Masa dalam drama ni, So Ji Sub digandingkan dengan pelakon wanita yang bernama Shi Min-a. Tapi sekarang Syu dah tak follow balik lakonan So Ji Sub ni, sebab tak tahu apa drama terkini yang dia dah lakonkan πŸ˜‚. 


7) Bae Yong Jun


Tarikh lahir : 29 Ogos 1972 (48 Tahun)

Siapa tak kenal Bae Yong Jun ni kan. Kalau sebut pasal drama "Winter Sonata" mesti tahu 😁. Drama & heronya memang boleh dikatakan hot gila masa Syu sekolah dedulu. Kawan-kawan sekolah Syu sampai siap buat kad nama letak background Bae Yong Jun ni πŸ˜…. Untuk pengetahuan korang, pelakon ni pun antara "ahjussi" yang mukanya sentiasa awet muda. Bayangkan umur 48 tahun tapi muka tak nampak tua langsung. Drama terkini dia Syu tak tahu, sebab dah lama tak follow perkembangan lakonan dia πŸ˜‚. 


8) Song Seung Heun


Tarikh lahir : 5 Oktober 1976 (44 Tahun)


Song Seung Heun ni pun antara hero kegemaran jugak ni 😁. Sebelum drama "Winter Sonata" keluar, drama lakonan Song Seung Heun ni keluar dulu. Tahu ke drama apa? Alah, drama sedih Korea "Autumn in My Heart" tu. Famous drama ni dulu. Sampai sekarang Syu tak boleh lupa jalan ceritanya. 


Dengar cerita, bulan Mac hari tu drama terbaru Song Seung Heun untuk musim keempat dah released. Tajuknya "The Voice". Tak tahulah cerita pasal apa. Sebab dah lama jugak Syu tak follow lakonan Song Seu Heun ni πŸ˜‚. Last yang drama "Autumn in My Heart" tu je lah πŸ˜†. Memandangkan dah tahu dia dah ada drama baru, mungkin boleh di masukkan dalam watching list Syu πŸ˜‰πŸ’•. 



9) Kwon Sang Woo


Tarikh lahir : 5 Ogos 1976 (44 Tahun)


Dulu kini & selamanya, memang Syu follow drama lakonan Kwon Sang Woo ni. Nak kata peminat tegar tu taklah. Tapi Syu suka tengok lakonan dia. Tambah-tambah bila dia digandingkan dengan Choi Ji Woo dalam drama "Stairway to Heaven". Padan sangat bila diorang digandingkan bersama.


Tapi sekarang ni macam tak banyak drama yang dia lakonkan. Last drama lakonan Kwon Sang Woo ni pun Syu tengok masa 2015 bertajuk "Temptation". Dalam drama ni pun dia digandingkan sekali lagi dengan Choi Ji Woo. 



10) Ha Dong Hoon (Haha)


Tarikh lahir : 20 Ogos 1979 (41 Tahun)

Ha Dong Hoon yang jugak dikenali sebagai Haha ni merupakan salah seorang rapper dari kumpulan RGP. Kalau ikutkan Syu tak kenal pun artis Korea bernama Haha ni. Tapi disebabkan kemunculan dia rancangan dalam Running Man. Barulah Syu tahu sedikit sebanyak pasal Haha ni. Kalau kita tengok dalam rancangan "Running Man", Haha ni antara peserta malang yang selalu kena marah dengan Kim Jong Kook πŸ˜‚. 



11) Ji Sung


Tarikh lahir : 27 Februari 1977 (44 Tahun)


Actually Syu tak berapa nak follow sangat pelakon Korea bernama Ji Sung ni. Tapi ada lah jugak drama-drama dia yang Syu pernah tengok. Antaranya drama "Familiar Wife" & "Innocent Decendant". Selain dari yang dua ni Syu tak pernah tengok lagi. Mungkin Syu tak berapa minat dia ni kot πŸ˜‚. Tapi Syu paling suka tengok Ji Sung ni berlakon dalam drama "Innocent Defendant". Cerita pasal peguam yang kena penjara disebabkan kena fitnah pasal satu kes pembunuhan. Drama ni memang best. Tengok watak-watak penjahat dalam drama ni rasa geram jer dibuatnya 😁. 




12) Won Bin


Tarikh lahir : 10 November 1977 (44 Tahun)


Won Bin ni pernah jugak berlakon dalam drama "Autumn in My Heart". Tapi dia pegang watak hero yang bertepuk sebelah tangan jelah 😁. Syu tak tahu drama apa lagi yang Won Bin ni pernah lakonkan selepas "Autumn in My Heart" ni. Tapi kalau filem tu Syu ada lah jugak tengok. Salah satunya filem "Taegukgi". Syu ingat-ingat lupa jalan ceritanya macam mana. Sebab filem ni pun dah lama jugak ditayangkan. Kalau tak silap, Syu tengok filem ni masa tahun 2007. Tak ingat tengok dekat mana. Mungkin dekat hard disk kawan Syu agaknya πŸ˜ƒ. Filem ni terus terang Syu cakap memang sedih gila. Dia mengisahkan tentang dua adik beradik ni yang kena pergi berperang & sedihnya salah seorang dari diorang mati masa bertempur dalam perang tu 😒.



13) Lee Dong Wook


Tarikh lahir : 6 November 1981 (40 Tahun)


Drama pertama lakonan Lee Dong Wook ni Syu tengok masa tahun 2007. Tajuknya "My Girl". Memang best drama ni. Kemaruk tengok tak henti-henti masa time diploma dedulu. Siap burned dalam CD lagi semata-mata nak tengok banyak kali. Actually, masa Syu tingkatan 5 lagi drama ni dah release dah. Cuma Syu tak dapat nak tengok sebab kekangan waktu belajar & tak ada platform nak tengok drama. Yelah, masa sekolah dulu Syu mana ada laptop sendiri. Tambah pulak time tu nak fokus pada SPM, so terpaksalah kurangkan tengok TV  & fokus pada belajar (tapi result SPM haok jugak, cuma tak adalah sampai dapat "A" dengung πŸ˜‚). 


Selain dari drama "My Girl" ni, Syu ada jugak tengok drama dia digandingkan bersama Gong Yoo. Tajuknya "Goblin". Selepas dari drama ni, ada jugak drama lakonan Lee Dong Wook ni dah direleasekan. Cuma Syu belum ada kesempatan lagi nak tengok. Antaranya drama bertajuk "Touch Your Heart" & "Tale of Nine Tale". Tengoklah kalau ada kelapangan nanti. Sebab sekarang ni memang dah banyak sangat drama & movie Syu tengok. Sampai dah tak boleh nak absorb dah kepala otak ni. Time muda remaja dulu bolehlah nak buat movie & drama marathon. Dah tua-tua ni otak macam dah tepu nak terima movie & drama sekaligus. Takut otak jem & lupa  jalan cerita πŸ˜‚.



14) Yoo Jae Suk


Tarikh lahir : 14 Ogos 1972 (48 Tahun)

Sebelum Yoo Jae Suk ni terkenal dalam dunia pengacaraan, dia pernah jugaklah alami zaman kegelapan dia dalam industri hiburan Korea. Tapi sejak dia jadi pengacara yang jenis gila-gila dalam kebanyakkan rancangan TV, nama dia semakin lama semakin melonjak. Masa tu dalam tahun 2004 macam tu lah. 

Sebelum munculnya rancangan "Running Man", Syu mula follow perkembangan karier Yoo Jae Suk ni masa dia jadi host dalam rancangan "Family Outing". Dari rancangan ni lah, artis-artis Korea seperti Hyuna & Kim Jong Kook dimunculkan kembali masa dalam rancangan "Running Man" mula diperkenalkan. Pada yang pernah tengok rancangan "Family Outing" ni mesti korang tahu yang rancangan ni memang best & lawak gila. Tambah pulak bila ada host yang jenis perangai gila-gila macam Yoo Jae Suk ni. Boleh kena sawan gelak dibuatnya πŸ˜‚. 



15) Kang Hee Gun (Kang Gary)


Tarikh lahir : 24 Februari 1978 (43 Tahun)

Kang Gary ni, kes dia sama macam Haha jugak. Kalau ikutkan Syu memang tak kenal pun siapa insan bernama Gary ni. Sejak terjebak dalam rancangan "Running Man" barulah Syu tahu sedikit sebanyak siapa sebenarnya Kang Gary atau nama panggilannya Gary. Rupa-rupanya Gary ni dah lama dah bertapak dalam industri hiburan Korea ni. Cuma Syu jer yang tak ambil tahu 😁. 

Dalam rancangan "Running Man", kalau sebut jer "Monday Couple" mesti dah tahu. Tak lain tak bukan mesti ada Gary & pasangan dia Ji Hyo. Diorang berdua ni hanya pasangan dalam rancangan ni jer. Tapi dekat luar set diorang ni cuma berkawan. Sejak Gary keluar dari "Running Man", dia banyak buat kerja-kerja belakang tabir & banyak habiskan masa bersama keluarga dia. Actually Gary ada jer muncul dalam rancangan realiti TV "Superman Return". Rancangan ni kira rancangan berbentuk kekeluargaan lah kiranya. Mana-mana yang rindu Gary, korang boleh tengok dia dengan anak dia (Haoh) dalam rancangan realiti TV ni.


So itulah dia antara artis-artisnya. Macam tak percaya jer umur diorang semua ni dah cecah 40-an. Syu yang umur 35 tahun ni pun dah rupa macam "ahjumma" πŸ˜†. Malunya weh!! Actually ada ramai lagi artis lelaki Korea yang dah berumur 40 ke atas. Cuma kat sini Syu senaraikan 15 jer buat masa ni. Antara 15 orang artis Korea ni, sampai ke hari ni Syu paling minat Kim Jae Won & Kwon Sang Woo. Korang pulak macam mana? Antara 15 orang artis ni, mana satu yang korang minat? 😁

Comments

  1. Hahaha semua pun batch2 kita ni.. Adehh dah pangkat ahjumma la te kita ni muahaahhaa...

    Btw drama terbaru Ji sung Devil Judge best wwooo!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu lah gamaknyer. Tapi deme yang tak tua2πŸ˜‚.Tengok lagi naik umur lagi makin muda. Geram tittew.

      Yeke? πŸ˜…Alamak tak tahu...kena tengok kalau cenggini.

      Padam
  2. Alamak..semua tu sebaya akak lebih kurang...huhu...tapi ada la dalam senarai ni 3-4 orang yang akak suka...

    BalasPadam
  3. Ahjussi ni semuaaa hensem hensem lagi lagi gary, lee dong wok dan Gong Yoo. HAHA . post awak dah menyebabkan saya nak fangirl pulak ahaha

    BalasPadam
  4. Ahjussi yang kacak is always "Oppa" hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...ha3.Tapi Syu rasa macam diri Syu sendiri pulak dah jadi macam ahjummaπŸ˜†.

      Padam
  5. Sedap pula sebut Ahjussi tu. Mcm ah.. juicy.. hehe..

    BalasPadam
  6. Ahjussi tetap hot Oppa. hEe

    BalasPadam
  7. Masing masing maintain 'oppa'. Tak nampak macam umur 40 lansung kan.

    BalasPadam
  8. Tu la dasyat kan deme ni. makin tua makin nampak muda

    BalasPadam
  9. Walaupun berusia namun diorang punya aura tu luar biasa sangat..

    BalasPadam
  10. Ada lagi kak, Namkoong-Min and Jang Hyuk.. Hahahaha ahjussi macam oppa.. Saya fans Namkoong-Min :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala,Namkoong Min tu berlakon citer ape eak?Rase macam tak follow lakonan diaπŸ˜‚
      Kalau Jang Hyuk tu akak kenal lah jugak sebab dia ada berlakon dalam drama "The Slave Hunter" & "You Are My Destiny".

      Padam
  11. Kita tetap panggil oppa sebab sebaya abang kita hahahaha :D
    Ramainya oppa oppa kita dalam senarai kak syu tu muahahahahaahahahahaha.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!