Lengkap Divaksin, Adakah Sudah Cukup Kebal?

Ogos 10, 2021

Strong
Vaksin


Kemarin kita dapat perkhabaran berita gembira dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat semua rakyat Malaysia, khususnya pada mereka yang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin. Tak kiralah apa jenis vaksin Covid-19 sekalipun yang dah diterima, asalkan ianya menepati standard-standard kelonggaran yang dah ditetapkan. Dengar cerita kelonggaran ni berkuatkuasa pada hari ni (10 Ogos 2021). 

Walabagaimanapun, ada jugak yang menolak kelonggaran ni dilaksanakan. Sejak semalam Persatuan Perubatan Malaysia menggesa kerajaan menangguh kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada mereka yang dah lengkap divaksin buat sementara waktu. Sebab diorang merasakan yang kelonggaran tu tak cukup selamat & terlalu awal untuk diberikan. Malah, kelonggaran yang diberikan tak ada sokongan bukti saintifik yang boleh membuktikan vaksin ni betul-betul 100% berkesan.

Press statement

Syu rasa ada relevannya jugak permintaan MMA ni sebab majoriti ahli MMA terdiri dari kalangan doktor & sudah semestinya diorang dah sedia-sedia tahu & berpengalaman dalam bidang perubatan ni. Diorang merasakan yang kelonggaran ni agak terlalu awal untuk diberikan sebab kadar vaksin di Malaysia ni masih belum mencecah 50% jika dibandingkan dengan negara jiran kita Singapore.

Setakat kemarin, hanya 28.3% (9,048,634) rakyat Malaysia sahaja yang dah lengkap divaksin kedua-dua dos & sekurang-kurangnya 50%(15,959, 596) masih menunggu untuk menerima suntikan vaksin dos kedua. Selebihnya pulak masih menunggu panggilan untuk divaksin. 

Kita yang dah lengkap di vaksin ni mungkin terlindung dari jangkitan Covid-19 ni, tapi macam mana pulak dengan diorang yang belum divaksin? Ada kebarangkalian tak untuk diorang tak dijangkiti? Ada kemungkinan tak yang kita (lengkap divaksin) ni tak jadi pembawa? Banyak persoalan yang kena dijawab kat sini.


Lengkap 2 dos belum tentu terkecuali dari Covid-19


Syu ambik iktibar daripada apa yang jadi pada keluar adik ipar Syu pun dah cukup. Ayah adik ipar Syu ni kalau diikutkan dah lengkap terima dua dos vaksin. Tapi malangnya, dia terkena jangkitan Covid-19 lepas anak dia balik masa Raya Haji hari tu. Masa tu anak dia baru lepas ambik vaksin dos pertama & tak di sangka-sangka jadi pembawa virus Covid-19 pada ayah dia. Pada awalnya, takde alami apa-apa simptom. Tapi selepas beberapa hari, kena demam. Demamnya pulak tak reti-reti nak kebah. Lepas buat Covid test, result positive. Sudahnya kena angkut dengan KKM ke Hospital Manjung. Sekarang ni, adik ipar Syu pulak yang kena jangkitan. 

Covid-19
Gambar ni adik ipar Syu ambik minggu lepas. Walaupun, dah lengkap terima dua dos vaksin, tapi tetap tak terlepas dari kena jangkitan. 


Dari sini Syu nampak yang vaksin ni belum tentu dapat menjanjikan keberkesanan 100% dari terkena jangkitan Covid-19 ni. Kita kena ingat, lengkap dua dos vaksin macam mana sekalipun pun, bukan bermakna kita semua dah cukup kebal dengan virus Covid-19. Tambah-tambah bila dimaklumkan sekarang ni dah muncul variant baru yang lebih dasyat iaitu varian Lambda. 

Memang betul abah PM dah bagi kita "green light", tapi kita kena beringat.  Segala Standard Operation Procedures (SOP) & kawalan kendiri kena diamalkan (Amal 3W, elakkan 3S) setiap masa. Bukan apa, misal kata terkena jangkitan (Nauzubillah), abah PM tak ada sekali dengan kita tau masa dekat wad 😔. Yang ada masa tu nanti semua petugas-petugas hadapan yang tak berapa nak didendangkan tu. Kesian tau dekat diorang.

Jadi, beringat-ingatlah. Dapat vaksin lengkap belum tentu menjamin kita ni dah cukup kebal. Dekat consent form masa korang isi dekat Pusat Pemberian Vaksin(PPV) pun ada mentioned. Renung-renungkanlah yer. Harap kes harian Covid-19 tak mencanak-canak naik dengan kelonggaran yang dah diberikan ni. 

Comments

  1. esok rabia vaksin dos ke 2 doakan rabia ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dipermudahkan urusan Rabiah esok.Amin3 😊💕.

      Padam
  2. Kes sangat tinggi tapi tu la kerajaan dah bagi kelonggaran. Macam tak sesuai lagi masanya. Yang dah lengkap vaksin pun boleh kena covid dan high chances untuk tularkan pada orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kes harian sekarang ni semua atas 10K.Harap rakyat Malaysia bijaklah buat keputusan nak pergi sana sini. Bukan apa, varian Lambda yang baru ni katanya kebal vaksin & cepat merebak jika dibandingkan dengan varian Delta😢.

      Padam
  3. Lengkap dua dos bukan bermakna kebal. Ada tempoh dia selepas dua kedua tu. Selepas 14 hari kalau tak silap. Kalau lepas cucuk tak sampai tempoh tu lagi, imun tengah di tahap rendah. Cuma vaksin ni mengurangkan gejala yang teruk. Apapun semoga keadaan family mentua Syu semua baik baik saja dan kembali sembuh. Aaaminnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ah, ada tempoh dia untuk capai fully imune. Vaksin Pfizer,AZ & Sino 14 hari. J&J & Cansini dalam tempoh 28 hari. Tapi itu tak menjanjikan yang kita dah kebal.

      Amin kak. Bukan family mertua Syu. Family adik ipar Syu. Kita panggil apa eak?Biras ke?Ha3. Tak tahu apa panggilannya 😅.

      Padam
  4. Walau pun dah dua dos vaksin, SOP tetap kena amalkan

    BalasPadam
  5. Vaksin tak menjamin kita akan kebal selama lamanya. Masih tetap kena jaga sop. Semalam takut kita tengok orang dine in dekat kedai makan, memang tak ada sop langsung :(

    BalasPadam
  6. mama setuju sgt. kena fikir sendiri, better maintain stay at home. skrg pun kes dah teruk. semoga kita semua terlindung dari virus ni

    BalasPadam
  7. betul syu! setuju! segala kelonggaran tertakluk kepada kita mengawalnya..sbb tu tagline kita jaga kita dikluarkan,skg ni bkn frontline yg jaga kita..diri kita sendiri..

    BalasPadam
  8. Ikut ketahanan antibodi jugakkan . Kawan sekolah CCL pun dah lengkap dua dose, baru2 ni positif covid .

    BalasPadam
  9. Bergantung kepada tahap antibodi seseorang. Even 10 dos sekalipun tak menjaminkan kekebalan dari virus.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!