Sulthan(2021)

Ogos 24, 2021

Sulthan(2021)


Genre : 

 Action, romance, thriller & adventure


Pelakon : 

Karthi [Sulthan], Rashmika Mandanna [Rukku], Giant Zanjeer [Gada], Ramachandra Raju [Jayaseelan], M. Kamaraj [Michael], Lal [Mansoor],Yogi Babu [Otta Lorry], Arjai [Thalaya], Haresh Peradi [Manickavel]


Pengarah : 

Bakkiyaraj Kannan


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Filem Tamil yang ni memang terbaik. Tengok sekali memang ketagih nak tengok lagi. Tapi betul memang tak dinafikan. Pada awalnya, Syu tengok filem Tamil sengsorang jer. Lepas  husband Syu join sekaki, dia tiba-tiba fell in love pulak πŸ˜‚. Punya lah pulun dok ulang-ulang tengok movie ni sampai dua tiga empat kali. Katanya best. Suka tengok orang lawan-lawan 😁.  Filem ni kalau korang nak tengok, dalam YTube pun ada. Tapi kalau nak tengok yang high definition (HD), boleh tengok kat Disney+Hotstar.

Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang sekumpulan gangster yang diketuai oleh pemuda yang bernama Sulthan. Nak dijadikan cerita, Sulthan ni sebenarnya merupakan seorang anak yatim yang kehilangan mak. Dia ni jugak merupakan anak kepada ketua gangster. Maknya meninggal lepas lahirkan dia. So, masa Sulthan kecik-kecik, ayahnya & konco-konco dia yang menjaga Sulthan ni sampai lah dia besar panjang. 


Sepanjang tempoh Sulthan membesar, konco-konco ayahnya lah yang membela Sulthan. Sebab itu Sulthan sayang sangat dengan diorang ni. Walaupun Sulthan hidup membesar dengan diorang, Sulthan tak pernah tahu yang selama ni dia hidup bermandikan darah dengan kehidupan gangsterism ayah dia. Sebab ayah dia & konco-konconya banyak buat kerja-kerja ni secara rahsia tanpa pengetahuan Sulthan. Kalau diorang nak buat sekalipun, mesti diorang akan pastikan yang kerja kotor diorang tu Sulthan tak nampak. 

Setelah berjaya melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang engineer di luar negara, Sulthan pun balik lah ke kampung halaman dia yang terletak di Vizag (Visakhapatnam) . Bila dia balik semula ke Vizag, baru dia dapat tahu yang selama ni ayah dia ni seorang ketua gangster. Memandangkan Sulthan ni orang yang terpelajar, so dia merasakan yang perbuatan ayah dia & konco-konconya ni adalah satu jenayah yang sememangnyer menyalahi undang-undang. 


Setelah kematian ayah dia, Sulthan terpaksa menggalas tangungjawab & amanat mendiang ayah dia untuk menjaga kumpulan gangster tu. Memandangkan Sulthan dah anggap konco-konco ayah dia tu macam ahli keluarga sendiri, so nak tak nak Sulthan terpaksa melepaskan hasrat dia untuk membuka perniagaanya di luar negara.

Sebelum kematian ayah Sulthan, ada beberapa orang wakil dari sebuah kampung ni pernah datang mintak pertolongan. Katanya, kampung diorang ni kena kawal dengan satu kumpulan gangster jahat yang diketuai oleh Jayaseelan. Pada awalnya Sulthan tak tahu pasal janji mendiang ayahnya tu. Tapi selepas diberitahu oleh orang kampung barulah Sulthan tahu yang niat ayahnya adalah untuk membantu buat kali terakhir sebelum cuci tangan dari dunia gangsterism ni.


Pada masa yang sama, ketua polis bandar Vizag ni tengah sibuk buat pembersihan gangster. So, mana-mana gangster yang pernah ada rekod jenayah, semuanya akan dibunuh serta merta sekiranya ada terima aduan. Bila berita ni sampai ke pengetahuan Sulthan, dia selagi boleh cuba berusaha keras untuk menyelamatkan konco-konco ayah dia ni dari dibunuh. Jalan terakhir yang dia pilih adalah dengan membawa semua konco-konco ayahnya duduk di kampung orang yang pernah datang mintak pertolongan dengan mendiang ayahnya. Di sana, Sulthan cuba ubah perangai gangsterism konco-konco ayah dia ni dengan menjadi sekumpulan pesawah yang bebas dari sebarang jenayah. 

Pada yang belum tengok, Syu memang rekomen sangat-sangat filem Tamil ni. Dari susun atur ceritanya memang best!! Walaupun agak ganas, tapi ada banyak jugak elemen & nilai pengajaran yang kita boleh terima dari movie ni. Sekali sekala tengok cerita Tamil apa salahnya yer dak? Kadang-kadang cerita Tamil pun boleh buat berair mata tau. Jangan memain😁

Comments

  1. Balasan
    1. Best cerita ni Busyra. Wajib tengok, walaupun cerita Tamil.Kih3😁.

      Padam
  2. poster dia wow betul! Cerita tamil sekarang bukan kaleng kaleng macam dulu. hebat dah.

    BalasPadam
  3. part lawan2 tu yg best..rating 5/5..perghh..

    hero tamil yg kenal cuma Vijay je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best!! Part yang lawan tu saja dekat dua tiga kali dok ulang tayang🀣. Dia punya adegan terpelanting, melambung2 & tumbuk-menumbuk tu memang super!! Rumbanalarkek!! Dalam bahasa jawa. Ha3πŸ˜†

      Kenal lah jugak dalam tiga empat lima orang. Tapi yang famous2 jelah 😁. Macam Ranjnikanth, Mathavan, Vijay, Jyotika, Prabhas, Anushka & si Karthi ni. Kalau muka2 yang baru keluar panggung tu mungkin tak berapa onz sangat.

      Padam
  4. Nak tanya kak syu, berbaloi tak setakat ni langgan disney+ tu?
    Alamakkk cerita tamil! Kita macam tak boleh go sikit dengan cerita tamil, tapi kalau hindustan bollywood macam cerita SRK ke Aamir khan ke hithrik roshan ke boleh lah hehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi jugaklah. Tapi banyak movie disney & marvel. Tapi akak rasa better lagi Netflix 😁.

      Best lah citernya. Akak pun kalau ikutkan takleh go jugak dengan citer tamil ni. Tapi Sulthan ni boleh go pulak tengok banyak-banyak kali. Lagi satu citer Bahubali. Memang layan!! 🀣

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!