Resepi Mango Milkshake Mudah & Sedap Tanpa Gula

Mac 30, 2022

Sejak beberapa hari ni cuaca di Ipoh agak lain macam ya. Hujan lebat & ribut memang sangat di luar jangkaan. Sampai hujan batu pun ada turun dibeberapa lokasi di Ipoh semalam. Pagi sampai ke tengahari elok saja panas terik. Masuk ke sebelah petang cuaca jadi lain macam. Harap-harap bulan puasa nanti cuaca baik-baik saja. Bukan apa, kasihan pada mereka-mereka yang cari rezeki. Tapi, andai Dia kata "kun fayakun", apalah daya kita nak lawan apa yang Allah dah aturkan. Doa yang baik-baik sajalah.



Musim buah mangga dah tiba!


Musim buah mangga dah sampai di Perak ya kawan-kawan. Tak tahu buah mangga datang dari mana. Mungkin dari Siam agaknya 😅. Yang pasti bukan harum manis. Sejak beberapa hari ni Syu tengok dah ramai peniaga-peniaga yang open table jual mangga kilo dengan harga murah.



Ada yang jual 4 kilo RM20. 5 kilo RM20 pun ada. Tak pasti mangga jenis apa. Tapi semuanya nampak elok-elok belaka. Selalu kalau on the way balik rumah memang tengok saja. Bukan apa, malas nak menyinggah berbeli.


Mango Milkshake
Dapatlah dalam 12 biji 🥭.


Semalam, masa encik suami balik kerja. Dibawanya balik seplastik mangga. 4 kilo dibelinya. Itu pun berlebih. Sebab encik suami kata abang yang jual tu lebihkan timbangan. Murah hendaknya rezeki abang tu. Tak berkira dalam bab-bab berniaga. Sudahlah besar-besar mangganya. Manis pula tu. Cadang nak repeat beli lagi buat stok bulan Ramadhan. Boleh buat pencuci mulut & milkshake.



➣ BACA JUGA



Mango milkshake mudah & sedap tanpa gula


Sebut pasal milkshake, semalam buatlah manggo milkshake dalam satu jug kecil. Memang sedap. Cukup rasa lemak manis masamnya. Syu rasa, mangga ni kalau buat manggo lassi & smoothie pun okey juga ni sebenarnya. Tapi isunya yogurt pula tak ada dekat rumah. Esok-esoklah baru Syu buat. Lagipun mangganya masih ada banyak lagi. Tak mampu nak habiskan dalam satu malam.


Mango Milkshake


Berikut Syu kongsikan resepi manggo milkshake paling simple yang Syu buat semalam. Sangat mudah cara pembuatannya. Bahan pun pakai yang sedia ada di rumah sahaja. Sukatan macam biasalah. Pakai agak-agak. Untuk resepi manggo milkshake ni Syu tak pakai gula ya. Sebab rasa manis tu dah sedia ada pada susu pekat & juga buah mangga ni. Tapi andai kata korang nak manis lagi. Dipersilakan letak gula 😁.



Tak ada secret ingredients pun dalam resepi milkshake Syu ni. Hanya semata-mata mangga, susu, air & ais sahaja. Sedap tak sedap bergantung pada cara korang mengagak. Nak rasa original mangga boleh lebihkan isi mangganya. Nak rasa lemak boleh lebihkan susu & andai kata nak jadikan icebelended, korang boleh lebihkan porsi aisnya. Ikut citarasa & selera teka masing-masing. Apa-apapun, selamat mencuba 😋💕.


Mango Milkshake
Kalau rajin korang letak mangga cincang atas air ni. Nak letak aiskrim vanilla pun boleh 🍹.



BAHAN-BAHAN


1 biji - Isi buah mangga

Susu sejat

Susu pekat

Air

Ais batu



CARA-CARA


1) Masukkan isi mangga, susu sejat, susu pekat, air & sedikit ais

2) Kisar semua bahan hingga hancur & sebati

3) Hidangkan bersama beberapa ketul ais & sedia untuk diminum

Comments

  1. Sedapnya Syu mango milkshake..dah musim rupanya patut banyak orang jual..

    BalasPadam
  2. Minum masa berbuka puasa nanti sedap ni..

    BalasPadam
  3. aduh sedapnya kalau dapat secawan tu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!