Innalillah & Al-Fatihah Buat Pak Ngah Hamdi

Mei 24, 2023

Semalam terpaksa kerja setengah hari sebab ada ada terima khabar duka dari sepupu belah suami Syu. Lepas Zohor terus kami berdua laki bini gerak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.


Alhamdulillah, sempatlah jumpa arwah buat kali terakhir di wad paliatif. Tapi, malangnya masa tu arwah dah tak sedarkan diri lagi & hanya bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.


Sayu sangat bila masuk wad paliatif ni tadi. Masa ni arwah dah tak sedarkan diri dah ðŸĨē. 


Lepas asar dalam jam 5.44 petang, kami dapat perkhabaran sekali lagi yang Pak Ngah Hamdi dah tak ada 😔. Innalillah. 


Pengurusan jenazah semua diuruskan oleh pihak HRPB. 


Apa-apapun takziah diucapkan buat adik Cu Na sekeluarga. Semoga adik kuat & sabar menerima ujian ni 😔. Al-Fatihah juga buat arwah Pak Ngah Hamdi. Semoga tenang & dipermudahkan urusan di sana.

Comments

  1. takziah..al fatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!