Julai 31, 2025
Touch Down Putrajaya

Ni alkisah Isnin hari tu. First time naik lori pagi-pagi buta pergi ke branch Punchong sana. Selalu kitaorang suruh pekerja Bangla yang ikut lori pasal nak renew pasport di kedutaan. Kali ni kitaorang HR pula yang take turn sampai di "Bangla" kan dek abang lori - Abang lori driver dapat info kata ada dua Bangla nak ikut dia pagi tu. Dia tak sangka pula sudahnya orang HR yang ikut dia 😂.
![]() |
Kena stop kejap kat tepi jalan pasal ada roadband sampai pukul 9.30 pagi. Ni kalau jalan juga confirm kena saman 😅. |
Actually, kitaorang ada benda urgent nak kena di setelkan kat Jabatan Imigrisen Putrajaya sana (Bahagian Keselamatan & Pasport ). Dah alang-alang lorry driver ada singgah branch Puchong turun barang. Kitaorang decided untuk ikut trip dia sekali time subuh tu - Malas nak drive. Dah lah jauh! Lagipun, Puchong ke Putrajaya sana dah tak jauh mana dah. Naik grab pun dah okay. More convenient & tak gaduh nak fikir pasal parking bagai.
![]() |
Boleh tahan cepat juga urusan kat kaunter Jabatan Imigrisen Putrajaya ni. Terbaik! |
Setel urusan kat Jabatan Imigrisen. Kitaorang singgah pula ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pasal ada beberapa perkara yang kitaorang nak kena clarify dengan officer. Yang tak gemor tu JTK office nyer nun jauh masuk ke dalam sana. Lepas tu nak kena beratur panjang pula ambil pas masuk. Udahlah paneyh hangat pijor kome! Dengan nak kena menapak lagi 😮💨.
![]() |
Cantik reka bentuk banggunan nyer. Tapi tak tahu department apa jer yang duduk kat sini selain JTK 😅. |
To be honest, banggunan kat Putrajaya ni semua cantik-cantik & unik belaka. Yang bestnya, lain Jabatan & Kementerian lain dia punya design. Baik luar mahupun dalam. Masing-masing ada dia punya identiti.
Short Tour Jap!
![]() |
Putrajaya paneyh kome! Nasib ada bawa payung 🌂. |
Kerja kitaorang dah setel! So, sementara menunggu abang lori setelkan dia punya trip hantar barang, kitaorang pun buatlah aktiviti selingan sikit. Bukan selalu datang ke sini pun. Sementara masih ada masa, kita utilize kan sisa-sisa masa yang ada tu sebaik-baiknya 😁.
![]() |
Jauh jugalah kitaorang menapak dari JTK sana. Udah ler paneyh bederik. Menangis jugalah ketiak 😂. |
![]() |
Ini jer yang sempat di snap. Next round kita cover tempat lain. |
Hasil selingan tu dapatlah snap gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri dalam sekeping dua untuk buat kenang-kenangan. Nak menyinggah tempat lain tak cukup masa. Setel urusan kat sini. Kitaorang pergi lunch kat Alamanda Putrajaya pula. Nanti ada free kita cerita kat next entri ☺️ - 😁 Ni haaa...korang sambungannyer 👉Lunch di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center
Julai 29, 2025
Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat
Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.
Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni.
Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲
Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.
Julai 21, 2025
Kedai Kopi Dua Budak Montel Gerbang Malam Ipoh

Ada satu hari tu husband ajak pergi Gerbang Malam Ipoh. Nak kecilkan seluar katanya - Upah sepasang RM20. Mahal kan? Sementara menunggu seluar tu dijahit, kitaorang pergi isi tangki dulu. Lapar! Cadang nak makan kat kedai Nasi Ayam Taugeh yang kitaorang pergi hari tu - Restoran Masakan Yan.
![]() |
Ni Matcha Latte yang si Sarah order mula-mula. Sedap juga. Terasa gila matcha dia 🍵. |
On the way nak ke sana si Sarah ajak singgah beli air kat kedai brother seorang ni. Kedai Kopi Dua Budak Montel (DBM) namanya - Kreatif betul nama kedai. Elok padan dengan tuan yang empunya badan. First round, teman Sarah beli - Dia beli Matcha Latte. Try rasa juga. Sedap! Second round, husband Syu pula ajak pergi beli sekali lagi. Teringin nak try Matcha Taro katanya 😂.
![]() |
Abang ni meniaga kat area Gerbang Malam ni setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat. Hari lain katanya dia meniaga tempat kat lain. |
![]() |
Dari kiri : Matcha Taro, Passion Fruit & Honey Lemonz. Tiga-tiga sedap. Tapi Matcha Taro winner 👑💕. |
![]() |
Macha Taro sedap korang. Lepas ni kalau datang Gerbang Malam lagi Syu nak order yang ni 😋. |
Alang-alang dah second round beli tu, kita pun selitlah order kita sekali - Husband kata nak belanja 🤪! Mula-mula tu macam tak nak. Tapi tak apa lah. Kita kasi support sikit abang ni meniaga. Untuk Syu, Syu pilih Passion Fruit. Si Sarah pula Honey Lemonz. Tak nak lemak-lemak dah katanya. Pasal tadi dia dah minum Matcha Latte 😅.
Overall, memang sedap air kat Kedai Kopi DBM ni. Dari segi harga, pada Syu still affordable lah. Cuma street coffee macam ni ada murah sikit pasal tak ada nak kena bayar service tax 🤪. By the way, kalau datang Gerbang Malam jangan lupa support abang ni okay! Try Macha Taro dia. Memang sedap 😉💕.
Julai 17, 2025
Sama-sama Salah Katanya 🙂↔️

Ini alkisah time raya hari tu. Cerita dah basi sebenarnya. Tapi, nak cerita juga pasal tak ada benda nak dicerita 😝. Masa ni Syu dengan si Sarah on the way nak pergi open house officemate Syu kat Batu Gajah. Entah macam mana ada seorang hamba Allah ni, jenis tak menyabar nak keluar simpang. Boleh pula dia pergi hentamnya bumper belakang kereta Syu. Padahal kereta Syu belum habis masuk simpang lagi masa tu.
Alhamdulillah. Nasib baiklah tak ada apa-apa. Just calar sikit jer dekat bahagian kanan bumper kereta - Tapi bergegar jugalah masa kena cucuk tu. Part calar tu tak jadi masalah. Boleh polish balik bagi hilang kesan cat tu. Yang Syu geram tu bila si pelaku tu tak nak mengaku salah 😑 .
Sudahlah langgar kereta orang. Nak cakap sepatah perkataan maaf dekat kita pun tidak. Sekurang-kurangnya sejuk juga hati kita. Ini tidak. Lagi disalahkannya kita ada lah. Yang lawaknya penumpang yang seorang tu dah macam orang memori lost dah Syu tengok. Baru terjaga dari lamunan gamaknya.
![]() |
Tercalar jugaklah hati kita tengok kesan calar ni 😂. |
Boleh pula dia cakap dekat Sarah yang kitaorang bawa kereta dari arah kanan 😂. Padahal Syu terang-terang dari main road sebelah kiri nak masuk ke simpang kanan. Even signal nak masuk simpang pun dah terang-terang Syu ada bagi. Sepatutnya diberi keutamaan pada kereta Syu dulu.
Cik kak driver tu lagi sakan. Boleh pula dia cakap Syu dengan dia sama-sama salah?? - Rasa nak tergelak bila difikir balik 😂. Eh, banyak cantik punya perangai. Dia yang cucuh & sagat tepi punggung kereta kita. Kita pula nak dibabitkan sekali. Padahal kita memang dah dilaluan yang betul.
![]() |
"Kita kena bagi laluan pada jalan utama"-Katanya. Dah tu yang pergi cucuh kereta kita tu pasaipa. Kot ya pun bagilah kita habis masuk simpang dulu 😆. |
Sudahnya kita tutup cerita nak buat report polis jer. Syu pun dah malas nak hadap muka cik kak tu dah - Tengah lapar time tu. Malas dah bertelagah. Even dia salah sekalipun bukannya dia nak mengaku. Ayat dia - "Kita dua sama-sama salah". Lawak berul 😂! Ada juga orang macam ni ya? Terang-terang salah tak nak mengaku. Sabo jelah!
Julai 16, 2025
Nasi Ayam Taugeh Ipoh Paling Sedap & Portion Banyak

Kemarin Syu puasa. Cadang nak masak lepas balik kerja sebenarnya. Tapi husband ajak kita makan kat luar pula 😂. Cari punya cari, jumpalah satu kedai nasi ayam kat pekan Ipoh ni. Nama kedai tu Restoran Masakan Yan - Ramai review kat Google kata nasi ayam kat sini sedap. Kedainya kecil jer. Sebaris Deen CT Corner Cendol. Seberang jalan food court TKK.
![]() |
Order lebih pasal tengah craving sangat nak makan nasi ayam 😁. |
Kitaorang laki bini order nasi ayam taugeh tambah ayam lebih dua set & satu set nasi ayam biasa untuk si Sarah - Biasa ada timun jer tak ada letak taugeh. Kat sini ada 3 pilihan ayam untuk nasi ayam. Ayam panggang, ayam hainan (stim) & ayam berempah. Paling Syu suka dia punya ayam panggang. Ayamnya lembut & juicy - Cuma ayam stimnya kureng sikit. Rasa kosong sangat. Portion nasi ayamnya banyak juga. Sepinggan makan memang kenyang. Taugeh tak kedekut. Memang selambak dia bubuh.
Total makan sini semalam RM48 (Termasuk harga air) - Korang rasa okay ke tak okay harga macam ni? Kalau makan dekat Chicken Rice Shop silap-silap harganya lagi lebih rasanya. Nak-nak yang order tu makan macam gajah 😂. Overall, nasi ayam kat kedai ni memang super duper sedap - Ni sedap pada tekak Syu ya. Tekak orang lain Syu tak pasti.
![]() |
Sedap nasi ayamnya. Portion banyak. Paling suka dia punya ayam panggang. Dapat ratah macam tu saja pun dah sedap 😋. |
Portion banyak. Cukup pedas. Cukup masin manisnya. Kedai bersih. Layanan owner & pekerja pun sangat mesra. Kalau nak tahu kedai ni beroperasi dari pukul 12.30 tengahari sampai pukul 10 malam sahaja. Datang Ipoh, korang try lah singgah makan nasi ayam kat sini. Confirm tak mengecewakan. So, nak datang makan sini lagi tak next time?? Of course!! Syu akan repeat makan nasi ayam kat sini lagi & lagi macam Syu repeat makan kat Cafe Bajet Kiut hari tu tau 😋.
Julai 14, 2025
Misi Menyambal Belimbing Buluh 🤤

Dulu memang tak pernah teringin nak makan sambal hitam ni. Pertama kali makan sambal ni masa tiga tahun lepas. Itupun accidentally terselit order dengan si mama Fairil. Ingatkan tak sedap sambal hitam ni. Rupa-rupanya sedap juga- Kenapa?? Kenapa baru hari ni aku tahu yang sambal hitam ni sedap nak mampus! 😂
![]() |
Dulu hidup segan mati tak mahu tu belimbing buluhnya. Sekarang banyak juga dia berbuah. |
Semalam masa kat kampung, kita kasi clear-kan semua belimbing buluh yang ada berbuah dekat pokok. Yang montel-montel kita ambil buat sambal hitam Pahang. Yang budak lagi kita biarkan dia membesar dengan jayanya. Esok lusa dia dah cerdik kita sambalkan dia pula 😆. Tak gaduh nak berbeli sambal hitam dah. Pasal belimbing kat kampung dah melambak! Rajin dengan tak rajinnya nak menyambal 😁.
![]() |
Time ni tengah ada kerajinan nak menumbuk guna lesung batu. Sikit tak apa lah. Kalau banyak memang ketor tangan 😂. |
Ini dia sambal hitam Pahang style Syuderis. Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah bagi sedap 😁 - Dapat perkena dengan nasi panas & ikan goreng sedap woooo...First time buat sambal hitam. Tapi itulah, sambalnya betul-betul dapat dalam seperiuk kecil jer. Merasalah bawa balik seorang sikit semalam buat ghaso-ghaso. Nanti kalau ada lagi belimbing buluhnya, nak petik buat sambal hitam macam ni lagi. Idak ler rosak buahnya asyik bedebab ke tanah macam tu jer 😁.
Julai 10, 2025
Teringin Nak Makan Bubur Asyura Style Utara 🥹

Hujung minggu sudah kan Hari Asyura. Cadang nak buat bubur asyura sebenarnya. Tapi tak sempat nak buat pasal ada urusan kat Pantai Remis - Mak ajak beli barang rumah. Banyak barang dah tak ada katanya. Masa balik dari Pantai Remis ternampaklah acik-acik geng bubur asyura lalu kat pekan Bruas. Memang makin terliurlah dibuatnya bila terpandang 🥹.
Since barang-barang nak membubur asyuranya dah ready. So, malam tadi kita pun buatlah dalam satu kuali buat lepaskan kempunan. Memang Syu betul-betul teringin sangat nak makan bubur ni pasal dah lama sangat tak makan 😋. Dulu masa ada arwah Tok Leha, arwah lah yang selalu buatkan bubur asyura ni. Bukan sikit-sikit. Satu kawah besar dibuatnya nak bagi anak cucu makan & bawa balik.
Alhamdulillah Menjadi!
First time buat bubur asyura sendiri. Alhamdulillah menjadi juga walaupun sukatannya Syu pakai agak-agak 😅. Starting tu macam risau juga sebenarnya. Mana lah tau kot-kot bubur asyuranya tak menjadi. Tak pasal-pasal rezekinya kat tong sampah. Lagipun, kita bukan ada pengalaman masak bubur asyura. Pengalaman tengok arwah tok dulu buat masa kita kecik-kecik dulu ada lah 😂.
![]() |
Syu letak jagung, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang gajus & ubi keledek sikit. |
![]() |
Saja buat lebih. Nak bagi orang kat office rasa juga. Mesti officemates Syu yang Cina dua orang tu tak pernah makan 😁. |
Bubur asyura yang Syu buat ni versi utara punya. Ada rasa manis, lemak-lemak & meriah dengan kekacang. Dia punya rasa tu ada iras-iras macam kuih kole kacang. Masa Syu duduk area Selangor dedulu, diorang kat sana tak ada buat bubur Asyura macam ni. Diorang punya bubur asyura tu more kepada bubur lambuk. Masin berlemak. Ada rasa rempah. Ada banyak sayur-sayur & juga daging carik - Nanti nak try buat yang versi bubur lambuk ni pulak lah 😋.
Pada Syu, dua-dua versi bubur Asyura ni Syu suka. Cuma bubur Asyura versi Pantai Timur jer Syu belum pernah try lagi. Entah macam mana rasanya agak-agaknya ya. Teringin juga nak cuba.
Julai 08, 2025
Hujung Minggu Di Kampung Gelong Gajah

![]() |
Ni semua hasil penat lelah arwah abah & juga mak. Diorang berdua suka berkebun. |
Ini alkisah hujung minggu sudah. Petang sebelum balik Ipoh, kita tuai dulu hasil kebun peninggalan arwah abah. Banyak hasil tanaman & banyak juga belaan yang ditinggalkan untuk kami semua jaga. Terima kasih abah. Semoga sentiasa mengalir pahala arwah kat sana asbab hasil kebun ni.
![]() |
Jerit "BALIK" diorang pun baliklah. Time makan punya pasal. |
![]() |
Ayam hutan adik Syu bela kat belakang rumah. |
Yang ini semua ayam hutan adik Syu. Saja dibelanya kat kampung. Baka jantan yang elok dibuat denak & jual. Yang tak nak berapa nak elok tu disuruhnya mak rendangkan! He3 😁. Dapatlah kitaorang satu famili makan. Sedap tau. Rasa macam makan ayam kampung juga tapi versi ayam hutan.
![]() |
Antara hasil yang sempat di grab dekat kebun arwah abah. Belimbing besi tu kononnya nak buat sambal hitam. 😂 Entah iya buatnya... |
Inilah hasil rondaannya. Dapatlah kutip sikit pucuk ubi kerinting, belimbing buluh, daun kesum, limau kasturi & daun limau purut. Cadang nak bawa balik kelapa pandan. Tapi macam malas pula nak kait sebab dah nak senja. Lagipun minggu depan mak cakap mak ngah & cik Lah ada nak buat makan-makan dekat kampung. So, kita kupas & minum ramai-ramai masa tu nanti. Dapat juga diorang merasa air kelapa pandan arwah abah.
![]() |
View senja. Nunggu masa nak maghrib. |
Julai 07, 2025
Domain Dah Nak Expired. Moh Ler Kita Renew!

Macam biasa. Rutin setahun sekali mesti kena renew domain blog. Sebulan sebelum sampai tarikh expired, NetKL akan hantar mesej peringatan melalui email 📧. Masa ni faham-fahamlah apa nak kena dibuat ya. Kalau tak memang sampai kesudahlah pembaca tak boleh baca korang punya blog & iklan Google AdSense (GA) korang pun tak run 😁 - GA tak run tak ada lah dapat income.
![]() |
Sebelum bayor! |
![]() |
Udah bayor dia keluar ghoper ini. Nak renew lebih dari setahun kena PM NetKL. |
Setahun punya renewal fee RM60. Bahagi 365 hari. Sehari dalam anggaran 17 sen. Congak-congak balik dengan income GA. Pada Syu?! tak pulang modal. Haз 😂. Tapi, tak apa lah. Kita layan saja. Dah kita pun suka berceloteh dekat blog juga kan. Esok lusa kalau blog Syuderis.com ni dah tak boleh dicapai dek pembaca. Faham-faham sajalah. Tak MALAS. Either DAH DIJEMPUT ILLAHI. Antara dua tu saja 😅.
Julai 05, 2025
Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keberkatan
Assalamualaikum korang! Harini nak kongsi sikit pasal puasa Tasu’a & puasa Asyura. Mungkin ada yang dah biasa dengar, tapi ramai juga yang masih keliru — apa perbezaan, kenapa kita digalakkan berpuasa & bila tarikh yang sebetulnya untuk kedua-dua jenis puasa ni.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللَّهِ المُحَرَّمُ وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ
"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam."-HADIS RIWAYAT MUSLIM, 1163
Apa Itu Puasa Tasu’a & Puasa Asyura?
Okay, simple je sebenarnya.
✅ Puasa Tasu’a = Puasa pada 9 Muharram
✅ Puasa Asyura = Puasa pada 10 Muharram
Dua-dua ni puasa sunat yang sangat digalakkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pun berpuasa Asyura, malah Baginda ajar kita untuk puasa sehari sebelum atau selepas Asyura supaya nampak puasa kita yang beragama Islam ni berbeza dengan budaya berpuasa orang Yahudi masa tu.
Fadilat Puasa Asyura
Ni part paling best. Puasa Asyura ni menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas — MasyaAllah, banyaknya pahala! Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda:
Puasa Asyura, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan (dosa-dosa) setahun sebelumnya.
Bayangkan, hanya dengan puasa sehari, Allah bagi peluang bersihkan dosa kita setahun. Rugi kan kalau tak buat?
Kenapa Digalakkan Puasa Tasu’a?
Kalau ikut sejarah orang Yahudi masa tu, puasa 10 Muharram ni adalah untuk meraikan hari Nabi Musa a.s diselamatkan dari Firaun. Jadi, Nabi SAW nak kita ni berbeza dengan kaum yang itu, maka Baginda sarankan puasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau tambah sehari selepasnya (11 Muharram).
Tapi kebiasaan kita kat Malaysia, ramai yang buat puasa Tasu’a & Asyura (9 & 10 Muharram) — insyaallah dah cukup ikut sunnah dah tu.
Bila Tarikh Puasa Tasu’a & Asyura?
Untuk tahun 2025 ni, tarikh 9 Muharram jatuh pada hari ini 5 Julai 2025 (Sabtu), dan 10 Muharram jatuh pada 6 Julai 2025 (Ahad). Jadi, kalau korang nak rebut pahala berganda, bolehlah plan puasa dua hari ni. Insyallah mudah je. Kalau tak dapat puasa Tasu'a hari ni. Boleh ganti 11 Muharram (Isnin) minggu depan.
✅ Niat Puasa Tasu’a (9 Muharram)
Sahaja aku berpuasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta‘ala
✅ Niat Puasa Asyura (10 Muharram)
Sahaja aku berpuasa sunat Asyura kerana Allah Ta‘ala
Syu doakan semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua. Jangan lupa share dekat family & kawan-kawan — mana tahu boleh jadi asbab pahala berpanjangan, insyallah.
Kalau suka artikel ni, jemput singgah lagi kat blog Syu ya. Nanti Syu share banyak lagi cerita pasal amalan sunat, tips ibadah & kisah-kisah menarik. Selamat berpuasa Tasu’a & Asyura, semua! 🌙✨
Julai 02, 2025
Starzy Corner Cameron Highland Deserts Sedap & Murah

Kalau korang nak tahu, tak jauh dari kawasan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highland tu ada satu jambatan untuk pergi ke satu bazaar kecil ni. Kalau letak kereta dekat dalam Pejabat Hutan Daerah Cameron Highland, korang kena menapak sikitlah untuk pergi ke bazaar tu. Tak jauh mana pun kalau berjalan masuk ke dalam. Ada lah dalam 500 meter.
Tapi, kalau nak parking dekat dengan jambatan tu pun boleh juga. Cuma parking tu agak terhad sikit. Laluan pun sempit juga. Lepas jer korang menyeberang jambatan kecil korang akan nampak sepanjang-panjang bazaar tu ada lah kedai-kedai kecil jual makanan, minuman & souveniers yang korang boleh singgah untuk beli sebagai buah tangan.
![]() |
Gambar depan kedai Starzy Corner. |
Nak kata bazaarnya besar sangat tu tak ada lah. Tapi, kira bolehlah kalau nak datang singgah cuci mata. Actually, bazaar kat Kea Farm besar lagi. Macam-macam ada jual. Sayur, buah, bunga segala. Macam kat bazaar ni, kalau sekadar datang nak cuba makan deserts & cuba nasi lemak Strawberi boleh lah.
Macam kitorang datang singgah bazaar ni pun sebab nak makan deserts yang ada jual dekat-dekat situ jer. Tak plan pun nak berbeli souveniers & buah strawberi bagai. Sebabnya konsep kitorang datang makan lepas dah kenyang masuk dalam campsite balik.
![]() |
Deserts yang ada dekat Starzy Corner ni semua sedap-sedap & harga pun memang berpatutan. |
![]() |
Lengang sebab ramai pengunjung pergi ke kedai Abang Strawberi. Bagus jugak kan? Senang kitorang nak bersantai-santai 😋. |
Actually, masa sampai kat bazaar tu, ingatkan nak singgahlah beli makanan dekat kedai Abang Strawberi. Bila tengok terlampau ramai sangat manusia beratur panjang, kitorang decided untuk singgah dekat satu kedai hujung ni. Nama kedainya Starzy Corner. Situ macam tak ramai orang. Lebih selesa sikit nak lepak makan.
![]() |
Nampak sedapkan? To be honest, MEMANG SEDAP! |
![]() |
Time sejuk-sejuk makan waffle panas-panas memang best! Ada pula letak aiskrim & whipping cream atas dia. Memang lagi layanlah! |
Satu cup tak cukup!
Kedai ni masa kitorang pergi memang tak ramai orang. Hanya kitorang-kitorang jer yang ada. Nampak dari luar kedainya macam tak vavavom. Tapi, lepas dah cuba aiskrim strawberi homemade dia. Serius, memang jatuh cinta terus!! Makan satu cup tak cukup kome. Sampai bertapau bawa balik masuk campsite 😂.
Even sebelum nak balik pun sanggup singgah lagi semata-mata nak tapau aiskrim. Kalau ikutkan, Syu tak suka aiskrim strawberi tau. Tapi soft ice cream Starzy Corner ni memang sedap yakmat!! Tak percaya kalau korang naik Cameron Highland nanti korang cuba singgah makan kat sini. Sejenis Syu ni kalau bab makan-makan ni memang tak reti nak menipu. Kalau kata sedap tu, memang confirm sedap!! 😋💕
![]() |
Tapau lagi sebelum nak balik campsite 😆. Serius sedap aiskrim strawberri nya. Dah lah murah pulak tu. |
![]() |
Milkshake Strawberry ni RM5 jer satu cup. Yang ni husband Syu punya. Syu tukang pegang & snap gambar jer 😜. |
![]() |
Sambil jalan-jalan cuci mata. Sambil tu juga suap masuk mulut sikit-sikit. |
![]() |
Penuh topping buah strawberi kat atas. Memang puaslah makan. |
Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!
Malam tadi, tiba-tiba husband cakap dia teringat kat arwah abah Syu. Rindu katanya. Syu tengok mata dia dah bergenang. Dalam hati kita -"Lah, dah kenapa ni?". Kita pula yang jadi risau dibuatnya. Dia yang menantu kata rindu. Kita yang anaknya ni lagi lah tak terhitung rindunya. Abah kita kot! 😅
![]() |
29hb Julai ni sepatutnya hari lahir abah yang ke-61. Tapi, Allah lebih sayangkan abah. Allah jemput arwah abah ketika genap usianya 60 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah. |
Bila teringat yang arwah abah dah tak ada, sakitnya tu macam kena hiris-hiris. Hanya Allah saja yang tahu peritnya tu macam mana 😞. Tapi, apalah daya kita nak menidakkan qada' qadar Allah. Berat macam mana sekalipun. Nak tak nak kena REDHA juga. Setiap yang kita punya tu hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil. Selamat Hari Lahir abah! Akak sayang abah dunia akhirat.
Julai 01, 2025
Welcome Julai!
Cak! Dah masuk bulan Julai dah kita ya!? Minggu depan genap 3 tahun Syu kerja kat sini. Dalam menyampah-menyampah tu tak sangka boleh bertahan sampai ke hari ni 😂. Bukan senang nak survive dekat company ni ya. Dengan banyak kaki kipas kaki jilat segala.
![]() |
Alhamdulillah teammates semua jenis masuk air & boleh bekerjasama togeder². |
Geng-geng cha ya nun alif pun boleh tahan racist juga - Se-racist gajiku 🫣. Kalau tak tahan memang dah lama chiao! Semadi kita ada komitmen & diorang tak kacau kerja kita jer. Tetaplah hadap walaupun hari-hari rasa malas nak masuk kerja. Harap boleh bertahan lama kat sini sampai company ni melingkup.
Apa-apa pun thanks to my teammates. Sentiasa kuat tempuh apa jua cabaran kiri & kanan. Boleh bertolak ansur & tak berkira juga dalam bab kerja. Waima yang dua orang tu cha ya nun alif - Kadang deme sendiri pun tak tahan dengan kaum deme sendiri. By the way, kopi dulu baru kamu! 🤣
Translate
AUTHOR

FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2025
(77)
-
▼
Julai
(14)
- Touch Down Putrajaya
- Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat
- Kedai Kopi Dua Budak Montel Gerbang Malam Ipoh
- Sama-sama Salah Katanya 🙂↔️
- Nasi Ayam Taugeh Ipoh Paling Sedap & Portion Banyak
- Misi Menyambal Belimbing Buluh 🤤
- Teringin Nak Makan Bubur Asyura Style Utara 🥹
- Hujung Minggu Di Kampung Gelong Gajah
- Domain Dah Nak Expired. Moh Ler Kita Renew!
- Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keb...
- Amalan Pada Hari Asyura
- Starzy Corner Cameron Highland Deserts Sedap & Murah
- Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!
- Welcome Julai!
-
▼
Julai
(14)