Farewell Plus Food As Well 😂

Januari 06, 2023

Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
DARI KANAN : Big boss, isteri & insan yang diraikan. Muka happy jer nak tinggalkan company 😄.


Hari ni, hari terakhir teman sepejuangan Syu kerja. Katanya, dia dapat tawaran kerja disalah sebuah badan kerajaan di Kuala Lumpur. Tapi, tak ramai yang tahu dia nak berhenti. Hanya kitaorang yang duduk sama department saja yang tahu pasal ni 😅.



Entah macam mana entah, disaat-saat akhir big boss war-warkan pada staff yang lain & buat keputusan nak buat farewell simple, sekali dengan new year celebration sikit. Maka, ke laut dalam lagilah misi jaga makan kita hari ni. Dah makan, kena makan lagi. Padahal baru lepas lunch sejam yang lepas 🤭. 


Wanly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Semua sedap-sedap makanannya. Tapi, mampu makan sikit saja, sebab dah kenyang 😋. 


Selamat maju jaya & semoga terus sukses! 


Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Hilang seorang geng bertepuk bertampar. Entah siapalah yang gantikan lepas ni. Sudahlah kerusi dia ni kerusi panas 😌.


Yang pasti, sebelum nak balik, sempat jugalah kitaorang luangkan masa bergambar & bermaaf-maafan. Almaklumlah, last day kan. Entah bila gamaknya dapat jumpa dengan budak ni lagi lepas ni.  Walaupun kenal tak lama mana, tapi rasa satu kehilangan jugalah sebab geng gelak ketawa & bertepuk bertampar dah tak ada 😩. 


Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Ini geng lunch berjemaah plus geng membawang 😂.


By the way, buat adikku Nurin Munirah. Selamat maju jaya & semoga terus sukses ditempat baru & di mana jua kamu berada ya. Lebih kurang minta halal ya. Misal kata hati rasa tak syok dekat sana, jangan lupa cari jalan balik tau 🤭. Kerusi kamu ni kerusi panas. Gerenti sentiasa kosong. Melainkan akak yang take over 🤣. 



Kalau ada balik Taiping, jangan lupa pula singgah Ipoh. Roger saja akak-akak mu ini! Kami setia menanti di sini. Lagi satu, kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak tahu update terkini pasal kitaorang dekat office ni, rajin-rajinlah singgah blog Syuderis.com yang tak seberapa ni - Itupun kalau akak ada update 😁💕. 

Comments

  1. Ibu plg tak suka perpisahan sbb emo ibu melampau2 tambah bila dh sayang. Tapi perpisahan tu tetap kita kena hadap. Semoga terus majujaya hendaknya. Syu duduk Ipoh ye?! Kerja di mana?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Syu pun tak suka suka juga. Tapi apakan daya. Setiap pertemuan tu mesti akan ada perpisahan.
      Ha..ah, Syu duduk Ipoh. Ibu duduk Ipoh juga ke? Syu kerja di Pengkalan 😁💕

      Padam
  2. ala sedihnya.. nak plak yg sekepala kan. bukan senang nak dpt opis mate yg sekepala....

    BalasPadam
  3. meriah majlisnya, syu.
    makan2 pun meriah, sure havoc ekk gedering reramai.
    bila member nak pindah, alahai, sedih :(
    dah sekepala, tiber esok-esok takde, alahai... sepi!

    BalasPadam
  4. ala...baru nak manja2 dah terbang pulak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Terbang tinggi pulak tu 😂.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!