Master Grill Seri Iskandar, Perak

Januari 22, 2023

Agak lama juga Syu tak singgah makan di Master Grill Seri Iskandar. Memandangkan hari ni Syu malas nak masak. Jadi, lepas beli barang dapur di TF Valuemart Batu Gajah tadi, kita lajak terus ke Seri Iskandar untuk isi tangki.



Masa kami sampai, restorannya tak berapa ramai orang. Jadi, rasa tenang sikit 🤭. Bukan apa, kadang-kadang rasa serabut juga otak bila tempat makan terlampau crowded dengan orang. Nak ambil gambar pun segan. Takut orang pandang sepesen 😂. 


Lengang & tak ramai orang sebab Master Grill ni selalu meriah waktu malam 🤭. 


Sejujurnya Master Grill dahulu & sekarang memang jauh berbeza. Dulu, ada pelayan ambil pesanan di setiap meja. Sekarang tak ada dah. Teknologi semua di hujung jari. Nak makan kena pesan guna aplikasi.


Hanya perlu imbas QR code yang pelayan bagi, klik pada pautan & submit order. Kemudian, tunggu saja pesanan korang sampai ke meja. Nak bayar nanti, hanya perlu sebut nombor meja sahaja. 


Set Mix grill ni ada ayam, daging kambing & lembu 🤗💕


Kalau korang nak tahu, Master Grill ni antara tempat makan favourite arwah bapa mertua Syu singgah makan makanan western. Menu yang paling arwah suka adalah Mix Grill & Lamb Chop - Favourite Syu juga sebenarnya 🤭. 


Ketiaw kungfu Master Grill ni memang sedap! 😋💕


Untuk kunjungan Syu kali ni, Syu pesan 3 menu. Ketiaw kungfu, mix grill & nasi goreng seafood - Lupa nak ambil gambar nasi goreng seafood sebab dah lapar sangat 😅. Memang sedap-sedap belaka. Rasa tak berubah langsung. Sama macam sebelum-sebelum ni.



Paling Syu suka ketiaw kungfunya. Serba serbi cukup rasa. Portion banyak, harga pun boleh tahan murah! Encik suami pun suka. Kalau korang lalu Seri Iskandar, jangan lupa singgah okay! Gerenti puas hati makan dekat Master Grill ni 😋💕. 

Comments

  1. Uncle memang suka hot plate cam ni...!

    BalasPadam
  2. Bolehlah cuba nanti. Nampak sedap tu. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lalu Seri Iskandar wajib singgah ibu. Sedap 😁💕!

      Padam
  3. okeyh noted! nampak menarik, https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2023/01/aku-beli-printer-epson-di-shopee.html

    BalasPadam
  4. Semakin maju semakin canggih teknologi semakin kurang lah sentuhan manusia. In future agaknya 100% robot je yang layan manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni memang tak dinafikan. Silap2 satu hari nanti takde keje dah untuk manusia kalau semua kerja teknologi yang conquer 😌

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!