Sarah Deris Dah Balik Kolej! Sunyi Rasa 🥲

Mei 03, 2023

Semalam pergi Sabak Bernam hantar Sarah Deris balik kolej. Almaklumlah, cuti rayanya dah habis. Kenalah terbang pulang ke sarang balik. Entah bila boleh outing bertiga lagi lepas ni. Dengar cerita, habis exam baru dia ada cuti - Cuti semesterlah tu gamaknya kot 😂. Alah, lamanya rasa. Bosan & sunyi geng bertepuk bertampar dah tak ada! 🥲


Kemarin, menjongket anak beranak ke Manjung. Hujan-hujan pun pergi juga 😅. 


Kemarin, sempatlah pergi ke Manjung sekejap ronda-ronda. Kalau ke sana macam biasalah. Tak window shopping, tak lain tak bukan jalan-jalan cari makan 😂. Niat asal ke sana sebenarnya nak beli seafood di pasar malam. Buat lauk tambah-tambah dekat rumah kononnya. Dah hujan lebat sangat. Tak jadi menyinggah nak berbeli. Sedih! 🥲



Lepak di Mastan Ghani


On the way ke Sabak Bernam semalam memang panas betul. Berkicap dibuatnya. 


Semalam, gerak awal sikit hantar Sarah Deris. Actually, ada agenda tersembunyi. Sengaja pergi awal sebab nak ronda-ronda & lepak-lepak di Teluk Intan. Sampai sana ingatkan nak perkena dalam semangkuk dua Mee Rebus Pak Din yang Azfar Badrul viralkan tu.


Sedaplah juga. Tapi, kalau ada rasa manis-manis sikit mesti lagi sedap 😁.


Malangnya, tak buka pula kedainya. Masih bercuti raya lagi agaknya 😅. Jadi, kita try saja Mee Rebus & Rojak Mee Mastan Ghani. Dengar cerita, kedai Mee Rebus Mastan Ghani ni pun famous juga di Teluk Intan ni. Selesai makan, terus hantar Sarah Deris balik kolej. Belajar elok-elok Sarah Deris 😩. Rindu geng gelak-gelak kita!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!