Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari ni nak merentan! Merentan dengan siapa?! Merentan dengan CEO Megah Holdings yang seminggu-minggu ni asyik dok meratib kata tak nampak kita yang sebesar "semut mayat" ni buat kerja 😌 - Boss korang pun macam ni jugak ke perangai?!
Dah nak masuk 5 tahun dah kerja sini. Start dari position kerani bodoh lagi tau - Masa ni HOD kita tak nampak lagi kita punya capability sebenar. 😆 Kita ibarat CEO yang menyamar masa tu! Pelahan-lahan kita naik sampailah pegang position Exec. Mana pernah ada satu warning letters pun kita pernah tatap & sign. Perfomance issues pun tak ada! Itu menunjukkan yang kita ni betul-betul performed pada kita punya kerjaya - Maaf syakap! Yang ini kita kena riak sikit! 😁
![]() |
| Sebelum balik ofis sambung merentan kita isi tangki dulu kar Restoran Pokok Belacan. Sedap rupanya masakan kampung kat sini. |
Bila CEO Megah Holdings kata tak nampak kita buat kerja, mulalah kita ni nak start berkira-kira & tak ikhlas nak buat kerja. Waima, khidmat kita yang sebesar kuman tu pun kita nak ungkit colek - Lepas ni benda sebesar tahi hidung pun aku claim. Awas kau 🤣! CEO, muka kita ni dari dulu dok cover kerja orang tau. Yang beranak, beranakkkk...Yang operation, operationnnn...Sampai kerja sendiri yang sedia-sedia ada ni pun terbengkalai dibuatnya-Kata ada backup. Alih-alih kita juga yang kena buat sudahnya.
![]() |
| Kiri kanan nak kena tengok masa ni. Dah lah pakai sistem HR zaman batu 😭. Yet my CEO still tak nampak kita punya struggle nak siapkan kira gaji pekerja. |
😔 CEO, masa kita cover kerja orang kan, muka inilah yang dok selang-seli duduk meja orang sana, meja orang sini siapkan kerja. Tak ada pun kita menggelupur minta yang "manis-manis". Kita just follow the flow jer kot ingatkan ada kemanisan kat hujung-hujung. Rupanya tahi jugak CEO bagi kat kita. Sabo jelahhhh...Kalau tak mengenangkan periuk nasi, memang dah lama cabut. Harap ada lah rezeki dekat tempat lain.
[P/S: Disebabkan CEO Megah Holdings tak puas hati & tak nampak kita buat kerja. Start by next month, Syu & one of Syu punya teammates terpaksa di-transfer ke another plant. Tak ada pilihan lain sebab kitaorang dua jer yang tak pegang system HR. Harap yang baik-baik jelah untuk next month & hopefully tak ada tragedy Oktober. Okay done meroyan! Ha3 😂]


sedapnya makan
BalasPadameh boleh pulak gitu eh? malaun betul perangai CEO gini. Mudah-mudahan adalah rezeki di tempat lain sebab berapa lama daaaaa nak hadap perangai manusia tak kenang budi ni?
BalasPadam