Hikayat CEO dari Neraka — Merentan Jumaat

September 11, 2026

Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari ni nak merentan! Merentan dengan siapa?! Merentan dengan CEO Megah Holdings yang seminggu-minggu ni asyik dok meratib kata tak nampak kita yang sebesar "semut mayat" ni buat kerja 😌 - Boss korang pun macam ni jugak ke perangai?!

 

Dah nak masuk 5 tahun dah kerja sini. Start dari position kerani bodoh lagi tau - Masa ni HOD kita tak nampak lagi kita punya capability sebenar. 😆 Kita ibarat CEO yang menyamar masa tu! Pelahan-lahan kita naik sampailah pegang position Exec. Mana pernah ada satu warning letters pun kita pernah tatap & sign. Perfomance issues pun tak ada! Itu menunjukkan yang kita ni betul-betul performed pada kita punya kerjaya - Maaf syakap! Yang ini kita kena riak sikit! 😁


Restoran Pokok Belacan
Sebelum balik ofis sambung merentan kita isi tangki dulu kar Restoran Pokok Belacan. Sedap rupanya masakan kampung kat sini. 

Bila CEO Megah Holdings kata tak nampak kita buat kerja, mulalah kita ni nak start berkira-kira & tak ikhlas nak buat kerja. Waima, khidmat kita yang sebesar kuman tu pun kita nak ungkit colek - Lepas ni benda sebesar tahi hidung pun aku claim. Awas kau 🤣! CEO, muka kita ni dari dulu dok cover kerja orang tau. Yang beranak, beranakkkk...Yang operation, operationnnn...Sampai kerja sendiri yang sedia-sedia ada ni pun terbengkalai dibuatnya-Kata ada backup. Alih-alih kita juga yang kena buat sudahnya.

 

Hikayat CEO dari Neraka — Merentan Jumaat
Kiri kanan nak kena tengok masa ni. Dah lah pakai sistem HR zaman batu 😭. Yet my CEO still tak nampak kita punya struggle nak siapkan kira gaji pekerja.


😔 CEO, masa kita cover kerja orang kan, muka inilah yang dok selang-seli duduk meja orang sana, meja orang sini siapkan kerja. Tak ada pun kita menggelupur minta yang "manis-manis". Kita just follow the flow jer kot ingatkan ada kemanisan kat hujung-hujung. Rupanya tahi jugak CEO bagi kat kita. Sabo jelahhhh...Kalau tak mengenangkan periuk nasi, memang dah lama cabut. Harap ada lah rezeki dekat tempat lain. 

 

[P/S: Disebabkan CEO Megah Holdings tak puas hati & tak nampak kita buat kerja. Start by next month, Syu & one of Syu punya teammates terpaksa di-transfer ke another plant. Tak ada pilihan lain sebab kitaorang dua jer yang tak pegang system HR. Harap yang baik-baik jelah untuk next month & hopefully tak ada tragedy Oktober. Okay done meroyan! Ha3 😂] 

Comments

  1. eh boleh pulak gitu eh? malaun betul perangai CEO gini. Mudah-mudahan adalah rezeki di tempat lain sebab berapa lama daaaaa nak hadap perangai manusia tak kenang budi ni?

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!