Alang-alang dah ambil mak balik Pusing, esoknya Syu decided bawa mak pergi jalan-jalan cuci mata kat pasar karat Ipoh (Memory Lane). Sebelum ke Pasar Karat, pagi tu kitaorang singgahlah breakfast kejap kat Restoran KOSISWA Riverside Ipoh. Bila dah breakfast kurang sikit rambang mata nak berbeli nanti!😁
![]() |
| Di mana kakak & mak. Di situ adanya Sarah! Kih3 😁. |
Actually, dah lama Syu teringin nak breakfast kat KOSISWA ni. Baru ini ada kelapangan nak singgah. Tengok dekat TikTok macam meriah menu-menu yang ada kat sini. That's why kita usahakan juga jejakkan kaki.
Kalau korang nak tahu, KOSISWA ni start beroperasi dari jam 7 pagi sampailah ke jam 3 petang. Lokasi kedai betul-betul kat belakang UTC Ipoh. Yang menariknya ada macam-macam menu masakan kampung korang boleh pilih kat sini. Dari breakfast sampailah ke makan tengahari.
Nak datang makan kat sini sebaiknya kena datang awal. Sebab port ni selalu ramai orang datang singgah. Parking space, sejujurnya tak ada disediakan. Tapi, korang boleh jer park surrounding UTC Ipoh tu. But make sure parking dalam petak yang disediakan. Kalau tak nanti MBI saman!
![]() |
| Nak makan cedok kena sendiri tau. Setel ambil makan, duduk jer kat meja diam-diam. Nanti ada pelayan datang kirakan 😚. |
![]() |
| Nak duduk makan kat dalam boleh. Nak duduk kat pangkin luar ni pun boleh. |
![]() |
| Sebab apa nama kedai ni Restoran Kosiswa Riverside? Inilah dia sebabnya. |
Overall, lepak breakfast kat KOSISWA ni memang best! Bukan setakat makan sedap & banyak pilihan makanan. Tempatnya pun selesa & santai. Redup. Kiri kanan hijau. Rasa tenang jer bila datang mengeteh. Lepas ni, port ni memang akan jadi port wajib Syu breakfast bila datang pekan Ipoh!
![]() |
| Masyaallah...Penuh meja! 😂 |
![]() |
| Setel isi tangki kat sini! Jom, kita ke Pasar Karat pulak cuci mata. |







Meriahnya makanan macam2 ada tu. Tempat makan pun cantik & selesa.
BalasPadamKannnnnn...yang best nyer, menu time raya pun ada...
Padam🤤 Ketupat, lemang rendang, longtong, kuah lodehhhhhh...
Eh, terliur plak rasa!
Menariknya tmpt breakfast ni. mcm boleh pegi time blk kg nnt =D
BalasPadamSilakan pergi & jangan lupa makan banyak2!! 🤭
Padambab kenapa namanya riverside faham...tp kosiswa tu kenapa?
BalasPadamHentahhhhhh...Koperasi SISWA mungkin...
PadamNanti singgah sini lagi Syu try tanya. Ha3 🤣.
Waaaa cantik kedai makan tu, menenangkan betul pastu makanan dia pun nampak mabeles semuanya.
BalasPadamKannnn...tenang jer
PadamSambil makan sambil cuci mata tengok kehijauan ☺️
Cantik sangat suasana kedai, tambah berselera makan..
BalasPadam