September 09, 2021
GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!
![]() |
| Promo code : HOTDEALSGF |
Meriah betul promosi GrabFood time bulan September ni yer. Ada banyak offer! Rambang mata. Asalnya bukak aplikasi GrabFood sebab nak tengok-tengok jer. Tanpa diduga. Jari jemari Syu ni laju jer dok tekan masuk cart😅. Sungguhlah, tak tahan godaan Syu ni. Especially bila melibatkan bab makan 😆. Syu order apa? Macam biasalah. Order HBCT kegemaran Syu lagi 😋. Rasanya macam tiap-tiap bulan pulak Syu repeat order dari Hokkaido ni. Submit order tak ingat donia. Acane nak kurus? Ha3 😂.
September 08, 2021
Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda
"DANIA SAYANG"
Dania sayang,
Di mana jua dirimu bertapak,
Tak kira dimana kakimu berpijak,
Tetap berpegang pada pesan,
Berdiri teguh memeluk iman,
Di lupa jangan,
Ditinggal pun jangan.
Roda itu,
Santapannya adalah berputar,
Lurus laluan,
Elok pengakhiran.
Barangkali?
Ada hari?
Boleh jadi?
Beronak berliku jalannya.
Benar Dania sayang,
Sekilas pandang,
Tampak elok,
Hakikatnya jelas,
Terlihat buruk,
Jadi, berwaspadalah.
Jikalau yang pahit itu tampak manis sentiasa,
Nescaya terlihat,
Bosannya dunia,
Mungkin sedap di mata,
Namun hakikat,
Bisa racunnya.
Ingat Dania sayang,
Hati mesti cekal,
Jiwa harus kental,
Bila rendahnya duduk,
Yang tinggi acapkali ditenang,
Bahkan,
Dipejam mata terbayang-bayang.
Andai tinggi tapak berdiri,
Nescaya,
Ada banyak mata memerhati.
Makin besar bahtera dikemudi,
Seiring jua beban yang digalasi.
Kekal ingat wahai Dania sayang,
Walau setinggi mana puncak didaki,
Tetap diturut resminya padi,
Tunduk merendah kekal berisi,
Walau hayat dituai dan ditampi,
Masih tetap hidup berbakti.
Dania sayang,
Andai tempatmu berpaut kian rapuh,
Kekal yakin & terus utuh,
Menyerah tidak,
Berpaling jangan sekali,
Teruskan terbang tanpa menyerah,
Jangan dikhuatiri sayap yang patah.
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Tudia, sakan susun ayat untuk giveaway cipta sajak blog kak Suriaamanda kita. Yang pasti, bait-bait ayat tu tetap tak boleh challenge sasterawan negara kita. Agak lama jugak Syu tak buat sajak ni. Jenuh jugaklah nak memikir ayat. Bila baca balik macam cacamerba pun ada bait-bait ayatnya😆. Sajak ni dicipta khas bersempena hari lahir anak kak Suriaamanda kita. Hajat nak menang tu memang jauh sekali lah. Tapi, kalau ada rezeki. Pucuk dicita ulam mendatang! 😁💕
Pada yang nak join, make sure korang follow semua syarat-syarat yang kat bawah ni okey. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner untuk ke pautan giveaway tuan tanah. Jom semua!! Kita meriahkan giveaway ni ramai-ramai. Mana tahu ada terselit rezeki korang untuk menang hadiah dari Shein Malaysia 😉💕.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Follow blog Suriaamanda
- Follow Instagram SA
- Follow Facebook SA
- Copy & paste banner di atas. Buat entri "Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda"
- Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen giveaway kak SA (Klik banner)
- Pemenang akan dipilih oleh Dania berdasarkan sajak yang berjaya memikat hatinya
- Sajak perlulah berkaitan tentang Dania dan dunia pembelajaran dia
- 3 orang Pemenang di cari untuk giveaway ini
- 10 penyertaan kak SA kita akan masukkan ke dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Guna Random.org)
- Tarikh penyertaan : 5 September 2021 - 30 September 2021 (Pengumuman akan dibuat pada 1 Oktober 2021)
BACA JUGA
September 07, 2021
Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100
Bulan September ni macam ramai yang buat giveaway yer. Seronoknya!! Syu ingat nak buat jugak bersempena dengan bulan kelahiran Syu. Tapi disebabkan dah ramai yang buat. Nanti Syu fikir-fikirkan dulu 😁. By the way, giveaway pertama yang Syu nak join untuk minggu pertama bulan September ni adalah Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100. Tinggal lagi beberapa hari jer lagi. So, masih sempat lagi untuk Syu submit Syu punya entri. Kat bawah ni syarat-syarat yang korang perlu follow untuk join giveaway ni. Nak join korang boleh klik pada banner 😉💕.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1) Follow blog busyratakiyudin
2) Like facebook page Y.ra Printing
3) Buat 1 entri "Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100"
4) Copy & paste banner di atas dan link kan ke entri ini
5) Dalam entri korang, nyatakan 1 entri lain yang korang suka
6) Tinggalkan link penyertaan korang di ruangan komen
PEMILIHAN PEMENANG
Untuk pemilihan pemenang, tuan empunya blog akan menyemak penyertaan korang samada memenuhi semua syarat -syarat penyertaan kat atas ni ataupun tidak. Lepas dah buat spotcheck barulah akan dipilih secara random. Pemenang yang bertuah akan menerima wang tunai sebanyak RM50 x 2 orang. Giveaway ni akan berlangsung mulai 30 Ogos 2021 sehingga 10 Sept 2021. So, tunggu apa lagi. jom kita meriahkan sama-sama blog tuan tanah 😁. Mana tahu ada rezeki!!
Kalau nak diikutkan ada banyak post Busyra yang Syu suka. Yang terkini Syu paling suka entri Busyra pasal Self reward ipad 8th generation. Memang ipad ni antara item yang Syu tengah aim sekarang ni untuk berblog. Bila baca entri ni, rasa macam tercabar pulak. Seolah-olah macam ada dapat anjakan paradigma untuk kumpul duit beli ipad!! Ha3 😁. Tapi kalau tak tercapai hasrat Syu, beli tablet biasa pun jadi lah. Janji dapat memudahkan kerja Syu untuk berblog. Kalau guna phone macam susah sangat nak tengok. Tak puas. Laptop jangan cakaplah. Nak kena duduk dekat meja kerja pulak nak menghadap. Lagilah malas. Hu3.
Actually, ada satu lagi entri yang suka dari blog Busyra ni iaitu Tips ambil gambar flatlay paling cun melecun. Bukan apa, Syu ni kalau ambik gambar memang skill tu ke laut sikit. Takat ambik gambar bagi edit sikit-sikit tu Syu boleh lah. So, bila ada tips ambik gambar macam ni, Syu jadi tertarik. Sebab teknik flatlay ni macam simple & nice sangat. Rasa macam ambik gambar barang campak-campak pun ada. Hi3. Tapi kalau dah nama tangan tak berseni, ambiklah macam mana sekalipun tetap tak ada seni!! 😂. Macam mana sekalipun, Syu akan cuba selagi daya untuk ambik gambar yang cantik-cantik untuk dipost dalam blog Syu.
Shopee : Akaun Kena Banned (Part 2)

Alhamdulillah, malam ni ada sikit kelapangan nak bercerita update terkini Shopee akaun Syu. Kali ni, entri nya mungkin agak panjang sikit yer kawan-kawan. Barangkali akan ada sambungan sampai ke part 3. Harap korang sudi & tabah membaca sampai habis 😂. Pada yang tak tahu cerita. Korang boleh baca Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1). As usual, since dari hari Jumaat sampai lah ke hari ni akaun Shopee Syu masih belum boleh dilogin sebab ianya masih lagi dalam proses untuk appeal.
KENAPA AKAUN KENA BANNED?
Untuk pengetahuan korang, semalam (Isnin, 6/9/2021) lepas maghrib macam tu, Syu baru baca maklumbalas dari pihak Shopee. Email tu mentioned yang Syu ada buat payment guna kad yang endingnya *2750 😂. Transaction-nya masa bulan June. Bapak punya lah lama. Yedak? Dah nak dekat dua bulan, baru hari ni diorang perkesah nak banned akaun Shopee Syu. Apa kejadahnya semua ini? Ha3😆.
Email dari Shopee tu bagitahu Syu ada buat pembelian "cat food (D'Zahara)"? Bila Syu terpandang perkataan "cat food" tu baru Syu teringat kenapa sampai boleh kena banned!! 😂 . Actually, ada cerita disebalik beli makanan kucing ni hari tu. Tapi Syu tak cerita. Sebab malas!! 😂. Tak sangka pulak boleh sampai kena banned semata-mata nak beli makanan kucing. Ha3. Cerita pasal cat food D'Zahara tu korang boleh baca dekat SINI. Tapi dalam bahasa Inggeris lah sebab postnya masa hari Sabtu. Hari Sabtu kan hari berbahasa Inggeris 😁.
Kalau korang nak tahu, 2 bulan lepas (16/6/2021) Syu accidentally terguna kad bank husband Syu untuk beli makanan kucing. Kebiasaannya, Syu memang dah link siap-siap dah ShopeePay wallet dengan kad bank Syu. Siapa yang kaki Shopee tu mesti ada yang buat macam ni jugak. Bukan apa, senang. Lagipun, kalau guna ShopeePay wallet boleh dapat free shipping & cashback coins 😁.
| Gara-gara beli makanan kucing!! RM60 jer pun. Menyampah tau!! 😂. |
Nak dijadikan cerita, sebelum ni husband pernah suruh topup ShopeePay wallet Syu untuk beli barang. Syu pun tak ingat beli barang apa. Kettle rasanya. Sejenis Syu ni kalau nak tahu pelupa jugak sebenarnya 😆. Jadi husband pun dengan baik hati suruh add kad bank dia untuk topup Syu punya ShoppePay wallet. Nak belanja katanya. Okay tutup cerita tu kad situ.
Then, masa hari kejadian tu, husband Syu tak ada dekat rumah sebab pergi kerja. Syu pulak terdesak sangat nak kena beli makanan kucing. Sebabnya makanan kucing Syu just tinggal setong jer lagi. Kalau habis satu tong tu memang berlaparlah anak-anak bulus Syu. Bila nak proceed dengan payment, amount dalam ShopeePay wallet Syu tak cukup. Jadi, terpaksalah topup. Kalau tak guna Shopee Pay nanti tak dapat free shipping. Itu yang gigih sangat nak topup jugak.
Masa nak topup tu, ada dua kad bank yang dah di link kan. Syu pulak tak ingat nombor hujung kad bank Syu yang mana satu. Syu pun selamba badak jelah submit payment guna kad yang endingnya *2750. Padahal yang tu kad bank husband Syu. Yang husband pulak tak tahu. So, bila dia nampak ada duit lesap dalam akaun, terus dia buat report dekat Maybank. Masa dia buat report tu, dia ada kat tempat kerja. Husband pun tak tanya Syu. Syu pun tak bagitahu sebab Syu sendiri pun tak tahu ter-topup ShopeePay guna kad bank dia. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih yakin!! Rasakan. Ha3 😆.
Tadi, ada jugak terbaca post BOLA KATOK pasal pengalaman dia pernah kena banned dengan Shopee jugak sebab buka aplikasi Shopee guna Blustacks. Pada Syu, step untuk appeal tu macam lebih kurang sama, cuma part submit dokumen tu ada sedikit berbeza. Barangkali, isu akaun Shopee Syu ni ada melibatkan kad bank orang lain. That's why, dokumen tu kena bagi lebih sikit. Kat bawah ni list WAJIB yang Shopee suruh Syu submit untuk di review :
- Gambar IC / passport
- Penyata akaun bank : Akaun yang dah di link untuk topup Shopee Pay
- "Dispute explanation" - Kena bagi penjelasaan sikit pasal apa yang dah jadi.
- "Purchase confirmation" - Nyatakan YA/TIDAK untuk pembelian yang dah dibuat dengan duit yang dah ditopup ke akaun Shopee Pay.
Actually, dokumen yang Shopee mintak tu Syu dah prepare dah. Cuma nak mengarang ayat tu yang kena berfikir panjang sikit. Sebab dah melibatkan hal laki bini 😂. Jadi, nampak tak kat sini? Even korang husband & wife sekalipun, kalau salah guna akaun Shopee tetap kira as a fraud & tak terkecuali dari kena banned.
Harap-harap dapatlah balik akaun Shopee Syu tu. Nak signup akaun baru pun tetap tak boleh, sebab nombor handphone dah linked dengan semua 3rd party account (Gmail & FB). Tak tahulah berapa lama akan ambil masa untuk dapatkan semula akaun Shopee Syu tu. Dah lah balance ShopeePay ada lagi dalam RM40. Coins pun banyak. Sayangnya kalau akaun tak boleh dapat balik. Apa-apa pun yang pasti, 9.9 ni tak boleh shopping!! (Nanges tepi bucu katil 😢)
Pengajaran : Lain kali kena ingat nombor belakang kad bank bila nak top up ShopeePay. Jangan selamba sembrono pergi topup guna kad bank orang lain 😆. Tambah-tambah kalau dah link dengan kad bank husband. Para suami pulak, sebelum buat report, make sure tanya orang rumah dulu 😂. Jangan asyik nak ingat scammer jer memanjang. Tak memasal Shopee akaun bini kena banned. Dah tak boleh nak shopping!! Ha3.
BACA JUGA





