Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Ogos 17, 2021

Intellifluence

Assalamualaikum & apa khabar sayang-sayang sekalian. Tiberkan!! Ha3 😆. Sejak dua menjak ni memang malas betul nak create post kat blog. Puncanya sebab tak bukak laptop 😁. Tapi, apa-apa pun Syu sempatlah jugak luangkan masa sikit buat random blogwalking guna handphone. Hari ni, mood ada ON sikit & Syu cadang nak cerita pasal perkembangan terkini Syu punya Intellifluence. 

Sejujurnya, masa mula-mula join dedulu, macam-macam persoalan & keraguan bermain-main dekat kepala otak Syu (Otak ku berkata : "Dapat duit ke join Intellifluence ni? 😅"). Tapi, selepas Syu selesai complete kan Syu punya task & dapat gaji pertama dari Intellifluence, akhirnya segala persoalan Syu pun terjawab. Even, husband Syu pun terbeliak biji mata lepas Syu tunjuk hasil Syu ber-Intellifluence yang masuk dalam akaun Paypal Syu (Dalam hati : "Baru miker tau!! Ha3 😆")  

Intellifluence : Pengalaman jana pendapatan

Kalau nak diikutkan, rasanya tak sampai dua bulan pun Syu join Intellifluence ni. Asalnya, Syu cuma nak kan badge Intellifluence tu jer sebenarnya 😆. Dengki sebab tengok ade sesetengah blogger tepek dekat sidebar. Tak badge Intellifluen, badge Nuffnang. Dek kerana nak kan badge, tak sangka pulak boleh terjebak sejauh ni. Walaupun Syu tak berapa tahu pasal Intellifluence ni, tapi Syu gigih jugak nak cuba & tengok sejauh mana kebenaran nya. Ada hasil ke? Betul ke boleh dapat duit join Intellifluence ni? Entah-entah fake & tak legit. Nak tak nak, Syu cuba lengkapkan Syu punya profile satu per satu then Syu submit application dekat mana-mana marketplaces yang bersesuaian dengan kriteria Syu. Actually, masa ni Syu punya profile masih belum lengkap 100%. Lepas Syu follow satu-satu requirement yang Intellifluence nak baru Syu dapat profile yang betul-betul lengkap. Alhamdulillah, akhirnyaa selang beberapa hari lepas submission, Syu dapat notification. Mula-mula tu macam tak berani jugak nak accept pitch. Tapi, Syu buat mana yang termampu & tawakkal jer lepas dah submit Syu punya task. Dapat tak dapat, lantak kan ajer. 




TASK PERTAMA INTELLIFLUENCE


Actually, kalau korang nak tahu, post Syu pasal permainan game online Plays.org bulan sudah tu antara salah satu job yang Syu dapat dari Intellifluence ni. Dek kerana Plays.org ni lah, Syu dapat lengkapkan profile Intellifluence Syu dengan jayanya. Masa mula-mula terima job task ni dari Plays.org ni, Syu agak takut jugak sebenarnya. Bukan apa,risau kalau-kalau Syu ter-miss apa yang diorang nak. Nak siapkan task dari Intellifluence ni tak lama mana pun. Tapi disebabkan Syu nak diorang puas hati dengan hasil kerja Syu, so makan masa satu hari jugaklah nak siapkan. 


Intellifluence : Client's feedback
Seronok bila orang suka dengan hasil kerja kita 😊💕 . Rasa dihargai sangat-sangat. Thanks Christine!!


Lepas posted review dekat blog, kemudian Syu submit task Syu dekat Intellifluence. Alhamdulillah, Syu tak sangka Plays.org gembira & berpuas hati dengan hasil kerja Syu. Siap tanya lagi Syu pakai tools apa sampai buat Gifs tu nampak cantik. Sejujurnya, malu jugak nak cakap sebenarnya, tapi dah orang tanya. Kita bagitahu jelah kita pakai Canva 😅!! Nak ngedit pakai Photoshop segala dah tak berapa nak reti. Sebab skills Syu dah lama berkarat. So untuk selamatkan keadaan, Syu Canva kan ajer. Senang!!  Materials semua dah ada. Cuma nak olah sikit jer. 




MASYUK KE BUAT JOB DEKAT INTELLIFLUENCE NI?


Masyuk tak masyuk bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Walapun untuk satu job hasilnya tak cecah ribu-raban, tapi pada Syu kalau dikumpul banyak-banyak barangkali boleh cecah jugak ribu-raban tu. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Silap haribulan, orang income tax pun kejar kita tau. Ki3 😅. Cuma nak kena rajinlah. Tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunyer yer dak?


Nasihat Syu lah kan. Kalau boleh pelbagaikan platform untuk ber-Intellifluence. Jangan terhadkan pada blog semata-mata. Kalau job mintak buat review dekat TikTok, kita create satu akaun TikTok untuk buat review. Kalau job mintak buat review dekat YTube pulak, bukak satu channel Ytube. Dari situ, baru boleh dapat jana income lebih. 


Intellifluence payment
Lepas dah convert duit Malaysia, dapatlah jugak dalam RM400 lebih. Okay lah kan? Siapa nak bagi banyak macam tu?


Dari Intellifluence ni, Syu nampak yang kita sebagai blogger ni masih boleh dapat duit tepi selain jana pendapatan dari iklan Google Adsense. Sejujurnya lah kan, sejak Syu berjinak-jinak semula dalam  blog ni, Syu rasa jana income melalui Intellifluence lagi cepat berbanding dengan Google Adsense. Kalau Google Adsense ni ambik masa sikit nak jana pendapatan sebab dia base on pageviews, clicks & segala macam mak nenek yang sampai hari ni pun banyak benda yang Syu tak habis explore lagi. Dah lah nak apply pun sikit punya bercinta nak tunggu approve. Lepas tu, beriklan sikit punya nak penuh blog 😂. Bayarnyer ciput jer. Ini dari sudut pandangan jujur Syu lah yer 😁.

Otherwise, kalau korang rasa jana income dari Google Adsense lagi vavavom, silakan. Tak ada larangan. So, done tulis panjang lebar pasal pengalaman Syu jana pendapatan dari Intellifluence. Next, insyaallah Syu akan perbanyakkan lagi post berkenaan Intellifluence ni dari masa ke semasa. Supaya kita boleh jana income sama-sama melalui Intellifluence ni. Amin.Doa-doakan yer 😉💕.

Comments

  1. Balasan
    1. Cubalah Norhidana. Nak kata income juta2 tu taklah.Tapi, bolehlah cuba kalau nak dapat side income sikit dari Intellifluence ni.

      Padam
  2. sebenarnya kmk pun belom complete gik profile tp tetiba nya dh berik badge.. lom berani gik nk apply job.. mala jak noti dtg mada ada job yg sesuai

    BalasPadam
  3. ehh macam best je..nak dengar lagi pasal ni..share la sis ;)

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat jana pendapatan tambahan

    BalasPadam
  5. Dah join, tapi tak complete smeua tu..nanti cari masa hadamkan smeua..hehe~
    Nice tuuuu ehh..kalau rajin, mau cecah riban tu..fuhh.....mantap!

    BalasPadam
  6. alhamdulilah.. k ret dah jon jgk tp masih blm terasa nk start...
    sbb tetiba mcm x rajin plak nak mengarang utk sesuatu yg terlalu specific hhehe..
    lebih2 lagi kita nak buat review berdasarkan kehendak pelanggan... tu yg rasa tak confident lagi

    BalasPadam
  7. alhamdulillah busyra dpt 2 job dri sini.. masyuk jgk.. hehe. smua blogger boleh buat! jom jana income ssama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.Betul, semua blogger boleh buat & masyuk jugak kalau pandai pilih job😁.Tapi, job dalam Malaysia macam tak berapa nak banyaklah. Kalau ada pun, kadang-kadang tak sesuai dengan kriteria. Harap2 lepas ni makin banyak lah hendaknya. Sebab macam seronok pulak buat job dari Intellifluence ni😊💕.

      Padam
  8. Sekarang dah macam makin berkureng jobs nya. Banyak tak available to malaysia kannn, hari hari check apps tapi takde rezeki lagi hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Kalau ada pun macam tak memenuhi kriteria jer,sebab baru join😆.Yang akak apply setakat ni pun semua masih dalam waiting list. Tak tahu bila diorang nak accept😅. Harap ada lah rezeki.

      Padam
  9. Lumayan juga tu. Alhamdulillah. Tahniah Syu.
    Saya dah register lama tapi tak explore lagi. Sibuk bebenor mengalahkan pak menteri. Hihi

    BalasPadam
  10. tahniah syu semoga bertambah pendapatan dgn Intellifluence

    BalasPadam
  11. Haritu ada join , tapi rasanya macam tak complete semua detail . Kejap lgi nk check semula

    BalasPadam
  12. Baru join kelmarin. Alhamdulillah ada rezeki. tapi ntah macamana nak naikkan reach tu lagi. Hari3 bukak dengan harapan ada job baru.

    BalasPadam
  13. Salam kenal dari saya blogger Indonesia, website saya >> https://wahidpriyono.com/

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!