Parcel Dari Bumi Kenyalang πŸ˜ŠπŸ’•

Oktober 04, 2021


Alhamdulillah. Akhirnya semalam sampai jugak barang-barang yang Syu order dari kawan Syu. Punya jauh parcel ni datang dari bumi kenyalang. Actually, boleh jer nak kalau beli barang-barang dari bumi Sarawak ni dekat Shopee. Saja nak rasa pengalaman beli barang direct dari sana macam mana.  Lagipun, entah kurun bila lah dapat terbang ke Sarawak lagi. Duitnya asyik lari ke lain jer. Bukan tak ada selit budget untuk jalan-jalan. Cuma buat masa sekarang nin mampu travel dalam area Perak & Semenanjung. Lagipun harga tiket pergi balik pun boleh tahan mahal sekarang ni. 



Apa lah khabar Warung 2000 dekat Kota Samarahan tu yer? Dah lah tomyam dia sedap. Sampai ke hari ni tak boleh move on dengan rasa dia. Dengar cerita Chicken Hut pun masih ada buka lagi sampai ke hari ni. Berapa agaknya harga makan buffet kat situ sekarang ni yer? Dedulu RM19 jer satu kepala. Murah giler.



Masa belajar dedulu, kalau takda kelas mesti Syu dengan kawan akan keluar pergi ke pekan makan dekat buffet dekat Chicken Hut ni. Ya Allah, rindunya nak ke sana. Rindu Sarawak!! Harap ada lah rezeki jejak ke sana lagi. πŸ˜‚ Tapi tu lah, harga tiket flight nak ke sana pulak mahal nak mampus. Rasa macam nak pinjam kejap pintu Doraemon yang warna pink tu. Tak payah naik belon (orang Sarawak panggil kapal terbang tu belon).


Parcel
Besar jugak parcelnya. No wonderlah berat πŸ˜‚.

So, inilah dia parcelnya. Nak kata besar sangat tu tak lah. Tapi beratnya ada lah dalam 6 kilo 😁. Makan modal jugak tu nak bayar duit pos ke Perak ni. Yang pasti, dalam parcel ni semuanya adalah MAKANAN!! Meh kita tengok apa barang-barang dekat dalam.


Yang ni cuma sebahagian jer tau. Selebihnya ada lagi dalam kotak. Cuma Syu tak ada order kek lapis jer sebabnya dekat Semenanjung ni pun ada jugak orang jual. Syu beli mana yang tak ada jual dekat Semenanjung jer. Macam gula apong, mee kolok, pes laksa Sarawak. 



Actually, pes laksa ni kalau korang nak beli dekat Shopee pun ada. Harganya dalam RM12 ( Tak termasuk postage) sepeket kalau tak silap Syu. Yang kawan Syu beli ni harganya lebih kurang dalam RM11 macam tu. Jadi lah kan. Bukan nak makan hari-hari pun. Sekadar nak lepaskan gian makan laksa Sarawak πŸ˜‹. Lama tak makan tau. Ada lah dalam 10 tahun πŸ˜‚.


Ole-ole dari Sarawak
Kuih yang bentuk cengkerang tu tak ingat apa nama dia. Syu tak pernah makan pun. Tap kawan cakap sedap πŸ˜‹.

Comments

  1. wahh bestnya.. macam2 adeee!

    BalasPadam
  2. Wahh banyak membeli tu. Syukur semuanya sampai dalam keadaan baik. Jauh terbangnya ke semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁 Jadilah kak. Saja nak merasa. Nak ke Sarawak nun entah bila dapat pergi.
      Macam kuih cincin tu ada jugak yang barai kak. Tapi, overall semua barang elok takde defect πŸ˜‹.

      Padam
  3. Banyak jajan tradisional tu. Mesti best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak. Tapi ada jugak yang akak tak pernah makan. Yang pasti, kuih cincin tu sedap BK πŸ˜‹.

      Padam
  4. Brp kos pos dr sarawak kalau 6kg tu syu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal jugak Ammi. Dekat seratus jugaklah harganya. Tu pasal Syu panggil parcel kayangan. Hi3 πŸ˜‚. Tapi penghantaran memang cepat lah. Dalam 2 hari macam tu dah sampai.

      Kalau Ammi nak beli barang-barang dari Sarawak, cari kat Shopee pun boleh. At least ada jugak free shipping fees 😁.

      Padam
  5. wah jauhnyaa parcel dari bumi kenyalang tu . laksa dan pes sarawak yerr . kiriman dari orang sarawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah. Dari bumi kenyalang CCL. Jadilah, nak merasa buah tangan dari sana. Nak pergi Sarawak tak tahu bila boleh pergiπŸ˜‚.

      Padam
  6. bestnyaaaa ada kuih cincin pulak tu, dah lama tak makan. Lama jugak kak syu tak makan laksa sarawak tu haha memang patut la craving

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!