4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo

Disember 08, 2021

Hari ni kalau ikutkan nak skip makan malam sebabnya dah kenyang makan Mee Kari Zurin dengan kawan masa makan tengahari tadi. Tak sangka pulak husband Syu teringin nak makan 4Fingers 😅. Sebelum balik kerja tadi beria-ria dia telefon bagitahu pasal 4Fingers baru buka dekat Station 18. Ni semua punca dari mulut kawan dia lah. Nak tak nak terpaksalah order juga. Tapi, Syu pesan guna GrabFood jelah. Tak kuasa nak tunggu berjam-rejam dekat sana. Tambah-tambah kedai baru buka & viral. Memang kena serbu kaw-kaw punya. Tadi punya order pun dekat sejam jugaklah baru sampai.



Kalau nak tahu, masuk hari ni kira genap seminggu lah outlet 4Fingers dekat Station 18 ni buka. Dekat Ipoh ni biasalah. Asal benda baru & viral jer memang kena serbu. Lebih kurang macam Texas Chicken baru buka masa dedulu dekat SOHO. Mula-mula jer. Nanti sebulan dua lengang lah tu 😆. So, for those yang duduk surrounding area dengan Syu, korang bersabarlah sekejap yer. Kalau teringin sangat nak makan, pesan jer guna GrabFood & FoodPanda. Mahal sikit pun tak apa. Janji tak tak bersesak beratur dekat outlet 4Fingers nun. Nanti tak pasal-pasal ada pula kluster 4Fingers. Naya kena lockdown lagi 😂. 


4 Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo
Extra Cheesy Combo : Dalam kombo ni ada 3 ketul Boneless Chicken Bites,  1 ketul Cheesy Crispy Quater Chicken, 1  kentang goreng (R) & soft drink (L).


Memandangkan ada promo menu Cheesy Cheese Chicken di 4Fingers. Jadi, Syu taknak lah lepaskan peluang untuk merasa sejauh mana sedapnya 4Fingers ni. So, Syu pesanlah dalam dua set Extra Cheesy Combo 😁. Untuk kedua-dua set ni Syu pilih sos & seasonings yang berbeza. Bukan apa, kalau dua-dua combo Syu pilih sos & seasonings yang sama, tak dapatlah Syu tahu rasanya macam mana. Kalau Syu beli set yang berbeza rasa, dapatlah Syu buat perbandingan sos & seasonings mana yang lagi sedap. Untuk husband Syu, Syu pilih ayam bersalut hot sauce dengan  kentang goreng perisa kimchi. Syu punya pula, Syu pilih ayam yang disalut dengan Soy Garlic. Set kentangnya Syu pilih  Seewed Fries 😋.


4 Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo


So far, ayam 4Fingers ni boleh dikatakan sedaplah jugak. Ayamnya garing diluar & moist dekat dalam. Kentang goreng pun boleh tahan jugak. Tambah-tambah yang Seaweed Fries. Memang sedap. Cuma...ayamnya masin sikit lepas. Mungkin sebab tepungnya dah sedia-sedia masin. Ditambah pulak dengan sos salutan. Jadi extra double trouble combo masin 😂. Sebelum nak makan, sebaiknya kena get ready plain water siap-siap.

Comments

  1. suka combo nasi dia sedap dengan 2 ketul ayam tu. mix sauce. mkan 2 kali dah.

    BalasPadam
  2. Dekat rumah ada... tapi tak pernah cuba

    BalasPadam
  3. nampak sedap tapi tak pernah cuba 4fingers nih... nanti kene cuba jugak ni

    BalasPadam
  4. tak pernah jumpa lagi 4finger ni. nampak sedap juga, masin sangat ke ayam dia?

    BalasPadam
  5. Selalu nampakk gak 4fingers ni dalam shopee food, tapi tak tahu nak mencuba yang mana satuuuu sebab tak pernah makan >.< Lagi satu, takut pedasss hahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!