Kalendar 2022 Yilek!

Disember 31, 2021

2021 BAKAL MENYUSUL | Esok dah nak masuk tahun baru πŸ˜‚. Tapi, kalendar tahun 2022 dekat rumah Syu kali ni betul-betul ada sekeping jer. Itupun dapat dari supplier tempat Syu kerja. Selalunya bila dah nak dekat-dekat hujung tahun memang dah siap-siap bergantung dah kalendarnya dekat dinding. Tahun ni payah betul nak dapat kalendar percuma yer πŸ˜†. 


Sekeping ni saja ada dekat rumah πŸ˜…


Macam tahun-tahun sebelum ni, kalau Syu berbeli barang di kedai runcit mesti ane kedai akan bagi kelendar. Tahun ni kalendarnya yilek ane cakap πŸ˜‚!! Bisnes tak berapa jalan sebab pandemik & terpaksa cut cost untuk tempah kalendar. Nak tak nak terpaksalah print out beberapa kalendar untuk kegunaan sendiri di rumah buat sementara waktu. Nak beli? Jujur Syu kedekut. Benda boleh print sendiri. Apa ada hal πŸ˜†. Yedak?  



BERGUNANYA KALENDAR KUDA | Jadi, hari ni gigih bercari printable calendar di World Of Printable. Memang banyak design kalendar cantik-cantik & comel-comel dekat sana. Tapi, nak kena edit sikit sebab tak ada ditandakan cuti umum Malaysia πŸ˜‚. Bulan-bulan Islam pun tak ada. Almaklumlah, kalendar basic Mat Salleh. Lagipun, setiap negara tak sama cuti umumnya. Jadi, hanya design kalendar yang asas sahaja yang direka untuk dicetak.



Bila jadi macam ni, baru terasa ada gunanya juga kalendar kuda yang sekeping ni untuk rujukan. Sebab dalam kalendar kuda ni lengkap ada cuti umum negara kita & bulan-bulan Islam. Dulu sikit pun tak hairan. Sampai dibuang-buang sebab terlampau banyak. Sekarang bila dah tak ada, nak tak nak kenalah print out & tanda sendiri dekat kalendar Mat Salleh nun πŸ˜…. Kejap lagi kalau berkesempatan Syu up Kalendar Comel 2022 untuk tatapan korang okey. Nak sambung mengedit & tandakan cuti kejap 😜. Daaa~

Comments

  1. hahhaha sama laaa baru ada sekeping kalendar kuda 2022 je.. jadi laaaa kan!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi laaaa...dari tak ada langsung πŸ˜‚.

      Padam
  2. Balasan
    1. Guna juga. Kalau kalendar kuda tak ada kat tangan 😁. He2~

      Padam
  3. Balasan
    1. Kini dulu & selamanya πŸ˜πŸ’•. Senang nk rujuk sebab ada bulan2 Islam juga.

      Padam
  4. Akak tahun ni cuma dapat kalendar kuda Econsave sekeping, table calendar pusat zakat sekeping… dah tak merasalah dapat kalendar cantik-cantik cam dulu-dulu. Kos cetak tinggi 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu betul-betul ada sekeping jer πŸ˜….
      Table kalendar sampai kesudah tak ada.Dulu ada juga dapat dari Jabatan Perangkaan. Tahun ni yilek 🀣.

      Padam
  5. Iye Syu, sudah nak dapat calendar baru sejak pandemik melanda. Betullah apa kata syu tu, dorang cut cost. saya pun ada satu je, husband dapat dari supplier jugak.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!