MySJ Trace : Soalan-soalan Lazim

Disember 25, 2021

MySJ Trace



1. Apakah itu MySJ Trace?


MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. MySJ Trace membolehkan identifikasi individu yang pernah berada berdekatan dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.



2. Apakah perbezaan antara aplikasi MySJ Trace dan MySejahtera?


MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MySJ Tracemenjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanankontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakityang telah disahkan positif COVID-19.



3. Siapakah peneraju MySJ Trace?


MySJ Trace dibangunkan melalui kerjasama strategik Agensi Kerajaan Malaysia: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Malaysian Institue of Microelectronic Systems (MIMOS).



4. Bagaimanakah MySJ Trace berfungsi?


Aplikasi ini membolehkan telefon bimbit yang berdekatan saling berkongsi beberapa data menggunakan teknologi Bluetooth. Data yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabilaseseorang pengguna disahkan positif COVID-19, pengguna itu akan melakukan proses memuat naik data yang terkumpul daripada telefon bimbit pengguna ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.



7. Apakah itu pengesanan kontak (contact tracing)?


Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu 

yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dengan

individu yang telah dikenalpasti positif COVID-19. Ia membolehkan pihak KKM

mengesan dan menghubungi individu-individu tersebut sekaligus merancang 

tindakan seterusnya.



8. Sekiranya saya dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit COVID-19, bagaimanakah saya akan dihubungi?


Pengguna akan menerima notifikasi dan SMS di aplikasi MySejahtera.



9. Data apakah yang dikumpul oleh MySJ Trace? 


Data yang dikumpul ialah Unique User ID (UUID) yang dihasilkan oleh aplikasi ini, versi pengoperasian sistem (Android atau iOS), waktu pertemuan dan maklumat Received Signal Strength Indicator (RSSI). 



10. Adakah maklumat peribadi saya yang dikongsi dalam aplikasi ini selamat?


MySejahtera & MySJ Trace dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia. 



11. Adakah MySJ Trace memerlukan sambungan Internet selepas pemasangan?


Ya, sambungan internet diperlukan apabila anda mula mengaktifkan fungsi MySJ Trace dan semasa memuat naik data.



12. Apakah peranti (device) yang menyokong fungsi MySJ Trace?


Fungsi ini disokong oleh peranti telefon bimbit yang menggunakan perisian sistem Android versi 8 ke atas dan iOS versi 10 ke atas. Untuk peranti Android, MySJ Trace akan terus berfungsi samada dalam paparan aktif atau tidak aktif, sekiranya telefon telah disetkan ke mod senyap (non-sleep). Untuk peranti iOS, MySJ Trace perlu sentiasa berada pada paparan aktif dan peranti hendaklah dihidupkan sepanjang penggunaan aplikasi.



13. Adakah Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa?


Ya. Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa untuk MySJ Trace berfungsi dengan sepenuhnya.



14. Adakah pengunaan Bluetooth akan menyebabkan pengunaan bateri yang tinggi?


Pengaktifan Bluetooth melalui aplikasi ini pada telefon bimbit hanya menggunakan kuasa bateri yang rendah kerana penghantaran data adalah secara berkala tidak seperti penggunaan Bluetooth yang berterusan seperti ‘music streaming’.



15. Adakah aplikasi ini akan menggunakan tenaga bateri yang maksima sekiranya MySJ Trace dibiarkan berjalan setiap masa?


MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy(BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minima. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan menggunakan tenaga bateri telefon bimbit pengguna secara berlebihan untuk tujuan mengumpul informasi pengesanan kontak yang berterusan.



16. Apakah penggunaan Bluetooth dengan MySJ Trace akan menjejaskan aksesori Bluetooth yang lain?


MySJ Trace tidak akan menjejaskan penggunaan atau prestasi aksesori Bluetooth lain seperti pembesar suara tanpa wayar (wireless speakers), wireless earpiece/headphones dan jam pintar (smartwatches).



17. Mengapa saya perlu mengaktifkan kebenaran lokasi untuk perisian Android?


Perisian Android memerlukan kebenaran lokasi untuk membolehkan fungsi MySJ Trace menggunakan fungsi Bluetooth. Walau bagaimanapun, data geo lokasi tidak akan dikumpulkan. Untuk perisian iOS, hanya fungsi Bluetooth yang perlu diaktifkan.





[Sumber : MySejahtera] 

Comments

  1. Balasan
    1. Allah...yeke Rabiah?
      Semoga Allah beri kesembuhan pada Rabiah & harap tak ada apa-apa yang serius.

      Padam
    2. alhamdulillah sy demam je balik umrah tu
      Masa dkt jeddah klia tu ramai pakistan
      Alhamdulillah potong gelang hri ni

      Nnti komen blog rabia tau

      Padam
    3. Alhamdulillah, Rabiah dah potong gelang.
      Insyallah, nanti ada kesempatan akak buat BW yer.
      Lama juga akak x singgah blog kawan-kawan blog akak.

      Padam
  2. Knpa saya tiada log out.. Semenjak ada mysj.. Jdi binggung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Log out boleh dibuat pada bahagian profile. Cuma check out sahaja tak boleh.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!