Disember 31, 2025
2026 Is Coming! Let's Planning...

2026 just around the corner. Kalendar tahun ni dah tak ada ruang nak diconteng, so kita start dengan kalendar baru. Tak minta lebih, cukup tahun depan Allah permudahkan segala urusan & diberikan nikmat sihat untuk berhadapan dengan dunia tipu-tipu yang penuh onak duri ni. Eceh! Azam tahun lepas tak nak fikir dah. Dah tercapai sikit kira okaylah dari tak ada langsung. Tahun 2026 punya azam? Kita simpan dalam diary jer lah yer 🤭. Maleyh nak tayang-tayang. Especially bab nak kurus tu!!
![]() |
| Kalendar tahun 2025 pun dah penuh dengan contengan. Let's comotkan kalendar 2026 pulak 😁. |
Disember 26, 2025
Restoran Damasquino Ipoh Restoran Masakan Arab
Cadang nak pergi tengok cerita Papa Zola kat GSC Ipoh Parade sana. Bantai jem pulak kome. Parking semua penuh, dari atas sampailah ke bawah. Udahlah time tu tengah lapar. So, otak jadi macam tepu kejap nak digest & hadap kesesakkan 😅. Penyudahnya, kitaorang batalkan niat nak tengok Papa Zola, then last minute decide lepak makan kat Restoran Damasquino.
![]() |
| Dia kat tempat membukit kome. Udah ler awak manual. Aje mangkor 🫠! |
Sampai-sampai alhamdulillah. Orang tak ramai & ada banyak meja kosong untuk kitaorang berdua 😁. Pada Syu tempatnya boleh dikatakan selesa jugalah. Bersih & lengkap dengan penghawa dingin. Korang nak dining kat dalam boleh. Nak dining kat luar pun tak jadi masalah. Cuma for those yang nak bershisha tu, Syu sarankan korang duduk luar jelah ya. Bukan apa, takut tak selesa orang nak makan nanti.
Kitaorang order set nasi, shawarma, khunafa & juga Barbican - Barbican flavour Passion fruit sedap. Nampak macam sikit kan? Tapi, makan berdua macam ini pun dah kenyang tau. Total harga makan tak sampai pun RM100. Overall, memang puas hati makan kat sini. Semua menu yang kitaorang order semua sedap-sedap belaka.
Nasinya dihidang panas-panas. Cukup dia punya rasa. Ayam pulak tak terlalu kering. Salata harra (Salsa) pun cukup pedas. Cukup masam masin manis - Makan dengan shawarma memang layan. Cuma khunafa tu kalau dapat lebihkan topping dia mesti lagi best 😁. Kalau korang datang Ipoh & tekak melahar-lahar nak makan masakan Arab. Korang datanglah ke sini.
Disember 24, 2025
Burn Cheesecake Special Untuk...
![]() |
| Cantik & sedap. Makan banyak pun tak muak 😋. |
![]() |
| Happy brithday Choy! 😘 |
First time makan burn cheesecake sedap & tak muak. Selalu kalau beli mesti dapat yang rasa cheese-nya terlalu heavy & masam. Yang ini sumpah sedap! Dah makan satu slice rasa nak repeat lagi. Disebabkan kek ni si Wana yang beli untuk celebrate birthday si Choy, idak ler kita nak sapu licin sampai habis. Kita makan sekadar buat ghaso-ghaso jer.
Apa-apa pun kita dah minta contact number seller siap-siap kat Wana supaya next round kita boleh repeat order untuk kita punya next occassion. Cadang nak beli untuk celebrate birthday mak nanti. Untuk saiz 6 inci ini seller jual RM45. Macam mana? Korang rasa okay tak harga macam tu?
Disember 19, 2025
Love Gila Buah Peach!

Hari tu masa pergi Imigrisen Putrajaya dengan si Choy, Syu ada beli buah potong kat IOI Mall sana. Diorang jual murah-murah. Sebekas RM6 jer. Dalam tu ada macam-macam jenis buah diorang letak. Ada Buah tin, strawberi, ceri, pink guava, mangga & buah peach! Buah peach tu memang Syu love sangat! First time makan yang fresh punya. Selalu dapat makan yang kering & dah infused dalam teh jer 😗.
Susah betul nak jumpa buah Peach ni kat area Ipoh ya. Jenuh bercari kat pasaraya. Ronda cari dekat AEON Station 18 & AEON Kinta City hari tu pun tak ada. Baru ini Syu jumpa. Itupun tak banyak stoknya. Betul-betul ada dua jenis jer. Yang bulat montel ni dengan yang bentuk macam donut tu - Ramai yang minat agaknya. Itu yang sampai tak ada stok tu. Tambah-tambah buat import. Stok dah tentu-tentu terhad.
![]() |
| Yang Syu makan hari tu peach donut. Kali ni kita rasa yang jenis ni pulak 🍑😋. |
Cadang nak beli donut peach. Tengok harga dia, mak aiiihhhh...mahal gila! Harga sekotak nak dekat RM40. Udah ler awak belum gaji lagi ni. Ha3. Beli jugak sebab nak sebab dah teringin sangat nak makan - Ini kalau beli beras, lepaslah beli dalam dua kampit yang berat 10Kg tu 😂 .
Dari segi rasa, pada Syu donut peach lagi win lah! Ngamlah dengan harga kan? Buah peach yang Syu beli ni pun sedap juga sebenarnya. Ada manis-manis. Masam-masam. Cuma peachy flavour-nya tu tak kuat sangat macam yang bentuk donut tu. Macam kurang kick sikit. It's okay! Kita tunggu gaji tahun depan! Time tu kita beli. Tak apalah mahal sikit pun 😁 - Arwah abah pernah pesan. Kalau nak makan beli jer!
BACA JUGA
Disember 08, 2025
Resepi Bubur Asyura Utara Sedap & Simple
Siapa yang tak kenal bubur Asyura kan? Setiap kali masuk bulan Muharram jer, hidangan tradisi ni mesti akan jadi sebutan, bualan & pertikaian hangat netizen-netizen. Ada yang kata bubur negeri ni begini-begini. Ada yang kata bubur negeri ni tak sedap & tak kena dengan seleralah apa lah 😅. Masing-masing sibuk berbalah & pertahankan tradisi bubur Asyura negeri masing-masing.
Korang kena faham. Makanan kat Malaysia ni unik. Masuklah negeri mana pun. Style masak semua tak sama. Macam kes bubur Asyura ni. Ada negeri buat bubur Asyura versi pekat & manis macam kuih talam. Ada sesetengah negeri tu pula buat bubur Asyura style bubur lambuk & ada letak sikit rempah-rempah. Macam-macam pesen. Lain tempat, lain caranya & lain juga tradisi buat bubur Asyuranya. Mungkin tak sedap pada kita. Tapi, sedap pada tekak orang lain.
![]() |
| Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Lepas tu kacau sampai pekat berkilat macam ni. |
Macam Syu, dua-dua bubur Asyura Utara & bubur lambuk Syu suka makan. Dua style bubur Asyura ni memang favourite Syu dari dulu pun. Pasalnya dah biasa makan masa kecil-kecil 😋. Jadi, bila dah biasa makan, tak ada timbul isu tak makan bubur asyura style itu ini. Cuma bubur Asyura style Pantai Timur Syu belum pernah cuba lagi. Teringin juga nak rasa.
Hari tu Syu ada buat bubur Asyura Utara. Dah lama dah buat 😆! Tapi, tak sempat nak share resepinya - Teringin nak makan bubur Asyura style Utara. Jadi, hari ni Syu nak share resepi bubur Asyura Utara yang mudah & korang boleh masak sendiri kat rumah. Tak payah tunggu gotong-royong satu kampung pun tak apa. Boleh buat sendiri dengan famili & share dengan jiran-jiran korang. Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat buburnya macam mana.
Tepung beras
Santan
*Kacang merah
*Kacang hijau
*Kacang kuda
Ubi keledek (Potong dadu)
Jagung (Syu pakai jagung tin jer)
Daun pandan
Gula merah
Gula putih
Kacang shandong (Syu pakai kacang gajus)
Garam & air secukupnya
CARA-CARA
- Rendam semua kekacang (*) semalaman sampai kembang. Lepas tu rebus kacangnya sampai empuk - Kacang Shandong tak payah
- Ubi keledek potong pun sama kena masak sampai empuk juga.
- Untuk air gula merah, Masak sehingga mendidih gula merah, gula putih, daun pandan & sedikit air. Kemudian ketepikan bagi sejuk.
- Dalam kuali (Pakai kuali yang tak melekat), satukan kesemua bahan-bahan & kacau sehingga adunan sebati. Bila dah sebati boleh buka api - Lepas dah buka api kena sentiasa kacau tau. Baru adunannya boleh masak sekata.
- Masak adunan sehingga menjadi pekat & berkilat - Masak lama sikit. Baru bubur asyuranya tahan lama. Kemudian boleh masukkan ke dalam container. Dah siap!
Kalau korang belum pernah rasa bubur Asyura versi Utara ni, inilah masanya! Korang cuba buat resepi ni & rasa sendiri keunikan sebenar bubur Asyura versi utara ni macam mana. Nak lagi best, korang masak ramai-ramai. Baru meriah & seronok 😉. Masak sama-sama, makan sama-sama. Tak jadi pun sama-sama! Ha3 😁. Tapi, kalau buat guna resepi Syu ni confirm jadi punya bubur Asyura korang. No worries!
Disember 06, 2025
Lama Betul Menyepi??

Lama betul menyepi ya?? He3 😁. Actually, kita ada jer kat sini! Tak pergi ke mana pun. Alhamdulillah, sihat walafiat kembang setaman macam pau terlebih yis. Tak dan nak menulis & up cerita kat blog. Ada juga buka blog sekali sekala. Tapi just sekali lalu jer sebab nak tengok pageviews & income Google Adsense ada beranak ke tidak 😂 - Tak banyak, tapi ada lah sikit buat ghaso-ghaso.
Sejujurnya awak memang banyak kerojer lately ni 😅. Dengan sibuk kemas barang nak pindah. Uruskan hal si Sarah. Attend kursus, dengan kenduri bagai. Eh! macam-macam lah. Tak menang kaki tangan. 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup 😂. Jadual padat sesaja pasal banyak bebeno agendanya.
Sekarang ni tengah pelan-pelan perkesahkan hal rumah baru pulak - Idaklah baru sangat rumahnya. Rumah subsale jer 🫣. Hari tu Syu betul-betul sempat angkut & susun sikit-sikit jer barang-barangnya. Tak sempat pun nak kemas-kemas. Rumah tak ada bilik stor. So, terpaksa sepahkan ruang tamu utama buat isi barang-barang.
Masuk-masuk rumah baru, Syu banyak fokuskan kat bahagian dapur. Pasang kabinet sinki semua. Ini pun tak setel lagi pasang tau. Ada lagi kabinetnya kat dalam kotak tu tak berbukak. Nak gantung kat dinding, driller pulak melingkup 🥹. Tertangguh lagilah kerja Syu nak siapkan dapur nampak gayanya.
![]() |
| Tinggal nak pasang kabinet atas jer lagi. Tapi malangnya, driller rosak 🥹. |
Deko-deko?? Yilek! Pasal balik kerja Syu dah penat. Rumah pun dah jauh sikit dari tempat kerja. Sampai-sampai rumah pun terus sibuk sesohkan benda pemakan jer. Tak lalu nak kelebek itu ini. Nanti ada kelapangan kita ceritalah satu persatu apa yang jadi sepanjang kita menyepi hari tu. Okay, chiao!
November 14, 2025
Salam Jumaat! Let's Sarapan

Pagi ni datang kerja awal sikit sebab ikut si Sarah. Dia masuk kerja pukul 8.30 pagi. Syu pulak masuk pukul 9 pagi. Since masa pun ada lagi, kita pun lepaklah kejap dekat mamak, perkena roti canai & teh tarik. Jadilah buat alas perut sementara nak tunggu makan tengahari 😁. Cadang nak try nasi lemak, malangnya tak sempat pasal nasi lemaknya dah kena rembat.
![]() | |
|
![]() |
| Roti telur unne! |
Oktober 14, 2025
Let's Kemas-kemas

Alhamdulillah. Selasa minggu sudah owner rumah dah serah kunci rumah baru Syu. So, nak tak nak kena pindah juga dalam hujung bulan ni. Installment bulanan pun dah start kena bayar. Lagi baiklah pindah terus. Tak payah bayar rumah sewa dah - Dah Whatsapp owner rumah sewa kata nak pindah. Tapi, sampai kesudah tak balas-balas. Pergi ride ke Hatyai gamaknya.
Tapi itulah, sebelum pindah ke rumah baru nak kena kemas-kemaslah juga rumah sewa yang Syu duduk ni. Baru tenang hati nak serahkan balik pada owner. Sejenis Syu, macam mana owner bagi kat kita, macam tu jugalah kita kena pulangkan balik dekat dia.
11 tahun tau duduk kat taman ni. 3 tahun duduk rumah bujang masa kerja dengan Daybreak - Rumah bujang tak jauh pun. Betul-betul belakang rumah yang Syu menyewa sekarang ni jer. Baki 8 tahun lagi, time lepas kahwin. Owner pulak jenis bagus & tak suka naikkan sewa sesuka hati. Even masa time covid hari tu pun dia bagi pelepasan bayar sewa 3 bulan. Memang baiklah Syu cakap.
![]() |
| Maaf ler semak rumahnya. Ajomlah kita kemas 😂 |
Rumah sewa Syu duduk ni tak banyak perabot sangat, sebab owner dah provide siap masa Syu pindah masuk. Cuma peti ais, mesin basuh, katil bujang, kotak-kotak baju, pinggan mangkuk & kelengkapan dapur jer nak kena diangkut.
Nampak gayanya, Syu angkut guna Lalamove jelah. Siap-siap tambah 2 orang helpers. Senang kerja! Murah pun murah 😁. Tapi sebelum tu, let's kemas-kemas dulu apa yang patut supaya senang abang Lalamove nak buat kerojer nanti.
Oktober 12, 2025
Nor Datang Abang 🫂💕
![]() |
| Tengok dari raut wajah mak pun dah tahu mak terlalu rindu kat abah 😔. |
Mak dah lama dah habis eddah sebenarnya. Tapi, mak tak ada kekuatan nak jejakkan kaki ziarah kubur arwah abah. Bila ditanya. Mak tak boleh. Sedih & takut terkenang-kenang katanya. Dan hari ni, buat pertama kalinya mak kata mak nak ikut ziarah ke kubur arwah. Mungkin hari ni mak baru ada kekuatan.
Arwah abah cinta pertama terakhir mak. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama dengan arwah abah yang mak memang susah nak lupakan. Dulu, mak pernah kehilangan arwah abah sekali. 6 tahun hidup mak kosong tanpa arwah abah. Selaku anak sulung, kitalah saksi & kita jugalah yang dengar rintihan dia.
Dalam tempoh tu mak terpaksa belajar keluar dari kepompong dia demi kelangsungan hidup & juga anak-anak. Dari situ mak belajar. Belajar berbisnes, bergaul, bergaya & jadi diri dia yang sebenar. Kemudian, Allah jodohkan kembali & gantikan 6 tahun kekosongan mak dengan 6 tahun kegembiraan dengan arwah abah. Alhamdulillah, memang kuat jodoh mak dengan arwah abah.
Tapi, dalam sekelip mata. 6 tahun kegembiraan yang Allah gantikan tu Allah titipkan sekali lagi ujian buat kitaorang satu famili. Memang agak berat. Tapi pada Syu, semua tu ada hikmah. Mungkin satu kehilangan yang Allah bagi satu ketika dulu adalah kekuatan untuk kitaorang satu famili tempuhi hari ni. Walaupun, hakikatnya ia agak berat. Berat untuk dilalui.
Oktober 09, 2025
Selamat Hari Lahir My Bebeh!
Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!
Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.
![]() |
| Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB. |
To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.
Oktober 06, 2025
Baru Nak Buka Hadiah! 😂

![]() |
| Syomel-syomel semuanya. Thanks guys Choy, Wana & Kelvin! |
Birthday dah habis lama dah. Baru ini ada kesempatan nak hadap hadiah-hadiah yang officemate bagi hari tu - Hadiah tak banyak pasal circle dah kecik 😅. Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada yang memberi. Setiap tahun sentiasa mengingati & mengiringi diri yang semakin hari semakin menua ini dengan doa!
Semoga diri ini diberikan kesihatan & afiah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih tersisa ni. Buat rakan-rakan Blogger juga, terima kasih kerana sentiasa setia, sudi membaca & meninggalkan jejak yang kadang-kadang Syu lupa nak jejak balik - Maafkan ambo! 😂.
![]() |
| Sebelum masuk kerja kita ngopi dulu bagi segar biji mata. |
Oktober 03, 2025
Momoyo Sedap Lagi Rupanya!!

Selama hari ni memang tak pernah singgah Momoyo ni - Sukalah tengok dia punya beruang. Syomel angat!! 😚💕. Baru ini pertama kali Syu singgah. Selalu kalau nak beli soft ice cream & air memang selalu bertepek kat Mixue jer. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu nak pergi Mixue. Orang pulak ramai. Since Momoyo tak ada orang, Syu dengan si Sarah pun singgahlah berbeli.
![]() |
| Suka tengok maskot Momoyo ni. Chomey!! |
Dengar cerita Momoyo ada menu baru, egg waffle ice cream. Cadang nak try masa pergi hari tu. Tapi, dah sold out lah pulak - Laku keras juga ya. Kena cuba juga ni nanti. So, kitaorang beli air & aiskrim jer. Si Sarah beli Passion Mango Boom (RM6). Syu pulak Jumbo Milk Tea (RM9.90). Memang puaslah minum! Sebekas besar tu boleh minum 2 orang. Tapi, Syu minum seorang jer sebab sedap!
![]() |
| Milk tea sedap kurang manis. Fruit tea tu mungkin boleh minta kurang manis sikit. Aiskrim pulak terasa matcha dia. |
![]() |
| Deko kat dalam selesa. Macam best jer lepak lama-lama kat dalam ni 🤭. |
Untuk aiskrim kitaorang beli flavour matcha. Sumpah sedap! Tak tipu. Rasa susunya tak over sangat compare to soft ice cream yang Syu pernah makan sebelum-sebelum ni. Aiskrimnya lebih padat, steady & lambat cair. Overall, memang semua sedap. Walaupun harganya mahal sikit dalam seringgit dua, yang pasti rasa dia lagi sedap dari Mixue - Sorry Mixue!!
Oktober 01, 2025
Selamat Datang Oktober! 🎉
September 26, 2025
Lunch K-Fry IOI Putrajaya

![]() |
| First time makan sini. Let's KFry! |
Hari tu kena outstation ke Putrajaya dengan si Choy sebab nak setelkan kes senarai hitam pekerja asing kat Jabatan Imigrisen. Since dokumen belum siap & kena ambil petang. So, kita merayaulah kejap ke IOI City Mall Putajaya jalan-jalan cuci mata.
Sumpah tak lalu kome! Punya besar mall-nyer. Betul-betul mampu window shopping sampai takat level 2 jer. Selebihnya banyak duduk lepak makan kat K-Fry jer sampai pukul 3 petang.
![]() |
| Orang belakang tu makan ayam pintal-pintal dengan cheese tu. Cadang nak order. Tapi, takut tak habis pulak nanti. |
First time makan K-Fry sebenarnya. Ingatkan mahey bebeno macam makan kat Menate tu. He3. Total makan semalam RM76.40 untuk 2 orang makan. Bagi Syu harga macam tu still affordable lagilah. Portion pun banyak.
Memang kenyang jugalah dibuatnya. Since K-Fry ada menu baru, so kita pun try lah. Cadang nak ambil set ayam pintal-pintal dengan cheese tu. Tapi, takut terkenyang pula nanti.
![]() |
| Set apa entah Syu & Choy amik. Yang penting portion banyak. Ayam sodap! |
Selesai makan, kitaorang dua sambung lepak minum kat lobby Jabatan Imigrisen pula. Perkena kopi dalam secawan dua jap buat hilangkan mengantuk - Pukul 5 pagi dah bangun kome. Koyak biji mata.
![]() |
| Kupi-kupi dulu bagi hilangkan mengantuk ☕ |
Actually, benda dah submit lama dah (2 bulan). Sampai-sampai sana kena sidai lagi dengan officer. Mau tak barai. Tadah muka kat sana pagi-pagi, sudahnya pukul 5.30 petang baru siap dokumen-nyer 😩. Kaunter semua dah kosong. Orang pun ramai dah balik. Apolah!
September 24, 2025
Oh My Rumah! 🥴

Tahun lepas 4 kali submit baru lepas Syu punya loan rumah. Sekarang masih menghitung hari bila gamaknya boleh masuk rumah baru. Lawyer cakap MB consent dah lepas dah & sekarang diorang tengah proceed untuk buat pertukaran nama pula di Pejabat Tanah. Hopefully, before end of this year dapatlah hendaknya masuk rumah sendiri.
TEMPOH INSURANCE PENDEK
Untuk insuran rumah, Syu tak ada pilihan lain. Terpaksa juga ambil dengan Hong Leong Bank sebab dah included sekali dalam loan rumah. Syu apply under Skim Rumah Pertamaku (SRP). Guna skim ni tak payah deposit tak payah apa. 100% memang loan bank cover - termasuk legal fees, insuran & valuation fees. Cuma part insuran tu yang Syu tak berapa syiok. Tempoh loan rumah 33 tahun, tapi insuran cover 20 tahun jer 🥹. Dah lah insurance MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) pula tu. Macam rugi pun ada!
Actually, Syu cadang nak cancel kan jer insuran MRTT tu & tukar ke insurance MLTT (Mortgage Level Term Takaful). Tapi, banker cakap tak boleh cancel, pasal insurance MRTT tu wajib diambil & dah memang included sekali dalam skim SRP tu. So, nak tak nak terpaksalah proceed juga. Boleh jer nak ambil insuran MLTT. Tapi, banker cakap kena beli lain lah. Carilah mana-mana insurance providers yang ada kat luar sana - Hurmmm...duit lagi?! 😕
Walau macam mana pun, nak tak nak Syu tetap kena beli insurance MLTT kat luar juga. Risau juga kalau sepanjang tempoh loan tu berjalan ada apa-apa berlaku kat Syu. Umur makin meningkat. Insurans pula tak cover sampai habis tempoh loan. Memang betul-betul kena sediakan payung sebelum hujan ni ☔. Almaklum lah, spesis malang tu kan tak berbau. Pendapat korang macam mana?
[P/S: Tempoh insuran MRTT Syu tak boleh cover full pasal result medical check up Syu ada tak berapa cantik plus faktor umur Syu juga. So, nasihat Syu. Kalau korang nak beli rumah, belilah time muda & tengah sihat. Tak rugi invest duit kat rumah pasal harga properties sekarang makin lama makin mahal 🥹]
September 22, 2025
Dear Me, Happy Birthday!
Dear me Syuderis,
Wish you happy birthday! Semoga dipermudahkan urusan, dilimpahkan & dimurahkan rezeki & segala "itu ini". Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas & diberikan kudrat menapak di dunia tipu-tipu ni.
Orang tua-tua dulu selalu pesan, makin dekat kita dengan hari lahir kita. Makin dekat kita dengan kematian. Betul lah tu. Makin hari, makin bertambah umur kita. Bila direnung balik, setahun tu bukannya lama mana. 365 hari jer. Boleh jadi rasa macam lama sangat & boleh jadi juga rasa macam sekejap sangat.
Buat yang mengenali, terima kasih atas ucapan & juga pemberian. Teruslah menyayangi & mengingati saya. Ahaks! Sejenis Syu ni dari dulu memang tak ramai kawan. Tapi, tak apa. Kita selesa dengan circle kita sekarang. Biar sikit, janji tak serabut kepala. Kita just kawan gittew-gittew jer. Mana tahu nanti dah tua-tua kawan kat masjid ramai 😬.Boleh join team acik-acik marhaban! Sekian celoteh dari birthday woman.
September 21, 2025
Matcha Strawberry By House of Matcha (HOM)

Selalu minum matcha latte & matcha taro. Kali ni kita try matcha strawberry pulak dari House of Matcha (HOM). Bukan apa, saja nak tahu tekak kita ni boleh go ke tak boleh go dengan combination matcha ghoper gini. Matcha taro pun beli juga pasal nak tahu sedap ke tidak compare dengan Dua Budak Montel (DBM) yang Syu beli kat Gerbang Malam hari tu.
![]() |
| Matcha taro kita punya favorite! |
HOM ni time siang dia buka kat Angsana Mall. Malam-malam dia meniaga kat rumah. Tapi, boleh take away jer. Pasal owner tak open table. Penah singgah hari tu. Konon nak lepak-lepak ngetea ngan husband kat situ. Tapi, tak hado port-nya 😅. So, boleh order kat GRAB jer.
Overall, kira sedap jugalah air matcha-nyer. Cuma matcha strawberi tu Syu kurang minat sikit. Syu macam lagi prefer matcha taro 🤭. Rasa kelat-kelat lemak-lemak. Kalau matcha strawberi tu dia ada rasa masam-masam kelat-kelat gittew. Still boleh diterima tekak. Tapi, takkan repeat beli lagilah. Pasal den tak berapa gemor 🤣!
September 11, 2025
Foodfest Dataran Orkid Batu Gajah
Batu Gajah ada foodfest sampai 14 haribulan ni kat Dataran Orkid. For those yang ada kelapangan tu bolehlah pergi satu famili. Ada macam-macam makanan diorang jual. Masa Syu pergi malam Sabtu hari tu, ada lah persembahan dari artis jemputan XPDC. Tapi Syu tak tengok pun persembahannya pasal Syu nak kena balik awal. Husband nak kerojer! Lagipun, Syu tak berapa minat sangan dengan kumpulan XPDC 😅.
![]() |
| Rambang mata tengok pokok-pokok. Dah lah uncle ni jual murah. |
Dalam sibuk-sibuk nak balik tu, sempatlah grab airplant dalam beberapa pokok buat tambah-tambah koleksi yang ada kat rumah nun. Bawa balik pun sorok-sorok tau. Takut "rakan serumah" nampak! 😂 Dia bukannya gemor tengok benda gantung-gantung kat depan rumah. Tambah-tambah airplant yang Syu bela hari tu banyak yang mati kena penyakit.
![]() |
| Selain beli pokok. Kat sini pun ada labur duit jugeks 🫣. |
![]() |
| Kiri kanan depan belakang vendor makanan. Pilih jer nak makan apa 😬. |
![]() |
| Port jajan anak-anak & kaum hawa 🫣. |
Barang pemakan kat ekspo ni banyak. Rambang mata nak pilih. Cuma harga tu agak pricey sikitlah compare dengan harga kat luar. Tapi still affordable lah kalau nak beli. Feveret Syu, Kayihan Kunafa Crunchy. Memang sedap kunafanya. Lagi sedap dari kunafa sebekas RM50 tu tau. Korang ada free singgahlah. Hujung minggu ni last day. Kalau maleyh pegi. Duduk jer diam-diam kat rumah tengok Fattah & AO nikah - Channel mana? Jangan tanya pasal tak tahu 😂.
September 06, 2025
Me & My Supplements
Dari dulu memang jarang makan supplements sebenarnya. Since diri ini dah tak muda lagi 😅. Maka, kita spend lah duit sikit beli supplement buat tambah-tambah vitamin yang tak cukup kat dalam badan ni. Buat masa sekarang, Syu just beli supplement Lecithin Blackmores & Evening Primrose + Omega 3 (brand Naturalle) jer.
Supplements ni function dia untuk stabilkan balik hormon Syu & kurangkan keradangan. Pasal sekarang ni muka Syu tengah purging teruk sebab kena hormonal acne. Memang jahat hormonal acne ni. Habis buruk bawah dagu Syu naik jerawat 😩. Next round Syu mungkin akan ada tambah suppliments lain juga - Dalam wish list cadang nak beli zinc & garlic oil pulak.
![]() |
| Baru start nak berjinak-jinak makan supplements kome. Dedulu time muda tak nak makan 😂. |
Berkesan Ke?
Setakat hari ni, ada nampaklah perubahan sikit lepas consume dua supplements ni. Tidur pun makin lena. Kurang dengkur & tak terganggu macam dedulu. Kalau terjaga pun sebab nak pergi kencing jer 😂. Selera makan? Emmm...Syu rasa sama jer. Tetap berselera macam biasa bila nampak makanan sodap!
Cuma craving nak mengunyah something tu ada kurang sikit. Lepas tu makan tu nak kena on time. Bila sampai time makan, perut jadi macam lapar sangat. Tak tahu pasal apa. Ke sebab metabolism Syu bertambah lepas consume dua vitamin ni. Bila dah kenyang makan, terus selera tu stop. So far itu jelah perubahan yang Syu nampak.
Jerawat pulak?? Ada nampak pengecutan kat situ, plus no more purging lagi. Kalau tak meritip-ritip jerawatnya keluar. Siap ada nanah lagi. Tiny bumps pun dah slowly makin kurang. Tapi still lagi boleh rasa sisa-sisa menggerutunya tu kat bawa leher. Cuma dah tak banyak macam hari tu lah. Hopefully makin lama makin elok.
[P/S: Pengambilan supplements ni bergantung pada kondisi badan korang & saranan dari doktor. Kalau rasa tak perlu, tak payah consume supplements pun tak apa. Sebelum beli & consume, kena make sure korang buat research sikit pasal supplements yang korang nak makan tu. Jangan pakai beli jer. Consume ikut keperluan badan korang]
September 04, 2025
Gulai Lemak Nangka Ulam Pucuk Putat

Pokok nangka yang arwah abah tanan kat kebun tumbang hari tu kena ribut. Pokoknya memang tak dapat nak diselamatkan dah pasal akarnya dah kena makan dek anai-anai. Buah nangka pulak banyak kat pokok. Semua muda-muda lagi. So, nak tak nak mak pun clear-kan lah sikit-sikit buah nangka mudanya. Siang bersih-bersih. Rebus bagi lembut. Lepas tu simpan dalam frozen. Nak masak keluarkan.
![]() |
| Akar pokoknya dah tak kuat pasal dah kena makan dengan anai-anai 😟. |
Syu tak tahu menu apa lagi yang boleh dimasak dengan nangka muda ni. Yang pasti Syu satu famili suka buat masak gulai lemak nangka, kerabu & pecal 😋. Tapi bab nak perisi nangka tu yang maleyh tu. Banyak getah! - Mak cakap kena siang guna air mengalir. Baru getahnya tak melekat kat tangan. By the way, jemput makan korang!
![]() |
| First time makan pucuk putat. Sedap juga makan dengan sambal belacan. Makan dengan sambal kelapa pun sedap juga ni. |
![]() |
| Ni kalau tak makan dengan nasi. Ratah macam tu jer pun jadi. |
September 02, 2025
Kuih Tepung Torak

Kuih ni namanya Kuih Tepung Torak! Seumur hidup Syu, baru ini pertama kali Syu makan. Itupun Syu "accidentally terbeli" dekat satu gerai kuih ni masa on the way balik dari Sabak Bernam. Masa tu kuihnya tinggal lagi 5 ketul jer. Since pak cik gerai kuih tu dah racun kita kata kuih tu sedap - Sumpah! Memang sedap pun kuihnya korang 😩. So, kita clearkan Kuih Tepung Torak pak cik tu bagi habis.
![]() |
| Sedap Kuih Tepung Torak ni. Wangi! Cukup lemak, cukup lembut & kuihnya pun tak terlalu manis. |
Selain Kuih Tepung Torak, Kuih Cara Berlauk pak cik ni pun boleh tahan sedap juga 😋! Dia punya sedap tu sampai kitaorang repeat beli lagi 3 bungkus bawa balik kampung. Selalu kuih cara berlauk orang letak inti daging kan?! Yang ini tak. Dia guna inti sardin. Memang sedap sangat. Nasib baiklah sempat rasa masa kat dalam kereta. Kalau dah sampai kampung baru makan, confirm rasa ralat sebab tak beli lebih 😂.
By the way, berbalik pada Kuih Tepung Torak tadi. Syu ada lah search sikit pasal kuih ni. Rupa-rupanya, Kuih Tepung Torak ni antara kuih tradisi orang Banjar & boleh dikatakan kuih legend juga - No wonder lah rupa bentuk kuih ni ada iras-iras macam Burasak. Area belah-belah Teluk Intan & Sabak Bernam memang banyak orang Banjar, that's why kuih ni ada orang buat jual. Korang pernah makan Kuih Tepung Torak ni??
Ogos 27, 2025
Selamat Berkonvo Sarah Deris 🎓
Alhamdulillah selesai attend majlis konvoksyen Sarah Deris kat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam. Meriah betul majlisnya semalam. Kakaknya pula yang terlebih excited. Bila tengok orang konvo auto teringat zaman konvo masa kat UiTM Shah Alam dedulu. Penat! At the same rasa puas! Syu tengok ramai juga graduan graduated dengan cemerlang & dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Apa-apa pun tahniah buat Sarah Deris! Selamat bergelar graduan & alumni PSIS.
![]() | |
|
![]() |
| Alhamdulillah hujan boleh masuk dewan awal 🤭 |
Translate
AUTHOR






































