Starzy Corner Cameron Highland Deserts Sedap & Murah

Julai 02, 2025

Kalau korang nak tahu, tak jauh dari kawasan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highland tu ada satu jambatan untuk pergi ke satu bazaar kecil ni. Kalau letak kereta dekat dalam Pejabat Hutan Daerah Cameron Highland, korang kena menapak sikitlah untuk pergi ke bazaar tu. Tak jauh mana pun kalau berjalan masuk ke dalam. Ada lah dalam 500 meter.


Tapi, kalau nak parking dekat dengan jambatan tu pun boleh juga. Cuma parking tu agak terhad sikit. Laluan pun sempit juga. Lepas jer korang menyeberang jambatan kecil korang akan nampak sepanjang-panjang bazaar tu ada lah kedai-kedai kecil jual makanan, minuman & souveniers yang korang boleh singgah untuk beli sebagai buah tangan.


Gambar depan kedai Starzy Corner.


Nak kata bazaarnya besar sangat tu tak ada lah. Tapi, kira bolehlah kalau nak datang singgah cuci mata. Actually, bazaar kat Kea Farm besar lagi. Macam-macam ada jual. Sayur, buah, bunga segala. Macam kat bazaar ni, kalau sekadar datang nak cuba makan deserts & cuba nasi lemak Strawberi boleh lah. 


Macam kitorang datang singgah bazaar ni pun sebab nak makan deserts yang ada jual dekat-dekat situ jer. Tak plan pun nak berbeli souveniers & buah strawberi bagai. Sebabnya konsep kitorang datang makan lepas dah kenyang masuk dalam campsite balik.


Deserts yang ada dekat Starzy Corner ni semua sedap-sedap & harga pun memang berpatutan. 


Lengang sebab ramai pengunjung pergi ke kedai Abang Strawberi. Bagus jugak kan? Senang kitorang nak bersantai-santai 😋.


Actually, masa sampai kat bazaar tu, ingatkan nak singgahlah beli makanan dekat kedai Abang Strawberi. Bila tengok terlampau ramai sangat manusia beratur panjang, kitorang decided untuk singgah dekat satu kedai hujung ni. Nama kedainya Starzy Corner. Situ macam tak ramai orang. Lebih selesa sikit nak lepak makan.


Nampak sedapkan? To be honest, MEMANG SEDAP!


Time sejuk-sejuk makan waffle panas-panas memang best! Ada pula letak aiskrim & whipping cream atas dia. Memang lagi layanlah!



Satu cup tak cukup!


Kedai ni masa kitorang pergi memang tak ramai orang. Hanya kitorang-kitorang jer yang ada. Nampak dari luar kedainya macam tak vavavom. Tapi, lepas dah cuba aiskrim strawberi homemade dia. Serius, memang jatuh cinta terus!! Makan satu cup tak cukup kome. Sampai bertapau bawa balik masuk campsite 😂.


Even sebelum nak balik pun sanggup singgah lagi semata-mata nak tapau aiskrim. Kalau ikutkan, Syu tak suka aiskrim strawberi tau. Tapi soft ice cream Starzy Corner ni memang sedap yakmat!! Tak percaya kalau korang naik Cameron Highland nanti korang cuba singgah makan kat sini. Sejenis Syu ni kalau bab makan-makan ni memang tak reti nak menipu. Kalau kata sedap tu, memang confirm sedap!! 😋💕

 

Tapau lagi sebelum nak balik campsite ðŸ˜†. Serius sedap aiskrim strawberri nya. Dah lah murah pulak tu.


Milkshake Strawberry ni RM5 jer satu cup. Yang ni husband Syu punya. Syu tukang pegang & snap gambar jer ðŸ˜œ.


Sambil jalan-jalan cuci mata. Sambil tu juga suap masuk mulut sikit-sikit.


Penuh topping buah strawberi kat atas. Memang puaslah makan.


Comments

  1. Aduhhhh...terliur dah ni....kena pergi gak ni x leh tunggu2 dah...

    BalasPadam
  2. Lamanya tak naik CH walaupun dekat je. Malas nak hadap jem kat sana.

    BalasPadam
  3. kak ana kalau entri CH ni rajin baca Syu, sebab selalu juga naik sana bercuti, wah menarik gak untuk singgah kalau ke sana nanti

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!